Thursday, August 9, 2012

Cantik Luar Dalam



Hey wanita

Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata

Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa

Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek

Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Dia..

Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia..
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya 


Dia..

Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek...

Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek...
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka
Di jiwa...
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Aku..

Melihat kita bersama di hari tua
Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek..

Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka di jiwa
Oh chantek...
Sungguh aku cinta kamu
Cantik bukan hanya pada perempuan, tetapi lelaki juga perlu cantik. Cantik agamanya, cantik akhlaknya cantik hubungan sesama manusia. Cantik hubungan dengan Allah.
P/s : Sangat penting lelaki dan perempuan itu menjaga pergaulan nya. Kalau macam ustaz dan ustazah dekat wall post, tapi galak berchatting dengan kaum berlainan jantina tanpa keperluan, walaupun tanpa sebarang perasaan, sesuaikah??
Alhamdulillah. I'm feel free :)
Bagi aku, perkataan 'saya' dan 'awak' hanya untuk orang-orang tertentu sahaja. Bukan untuk semua.

Tuesday, August 7, 2012

4 KETUL

Saya ada kawan
Saya seketul dan ada lagi tiga ketul
Walaupun background keluarga kami sangat-sangat berbeza antara satu sama lain
Tetapi kami sangat mesra

Kami berempat sayang antara satu sama lain
Kami ambil berat antara satu sama lain

Kalau seketul tak ada pasti lagi tiga ketul tahu ke mana hilangnya lagi seketul
Kalau seketul rasa marah, pasti yang lain juga rasa marah
Kalau seketul rasa sedih, pasti yang lain juga rasa sedih
Tiada rahsia antara kami

Kalau nak pergi program ilmu,  pasti berempat ketul
Kalau nak pergi makan, pasti berempat ketul
Kalau nak pergi main layang-layang dan badminton, pasti berempat ketul
Tapi kalau ambil gambar, selalunya pasti tiga ketul ja, sebab lagi seketul kena jadi camerawomen. 

4 KETUL


2 KETUL

lagi 2 KETUL

  • Sahabat yang baik bila kita lihat mukanya pasti kita ingat Allah, Bila dengar dia berbicara, pasti bertambah ilmu kita, bila melihat tingkah lakunya pasti kita juga mahu menjaga akhlak kita. 
  • Rindu kalian, rindu nak dengar coteh kalian, rindu nak gelak kuat-kuat dengan kalian. 
  • Masa pergi shopping baju raya dengan puan emak, mahal gileerrrr baju budak kecik, expecially jubah yang comel untuk anak lelaki bawak pergi surau. Memang sejuk perut ibu mengandung bila tengok anak-anak comel comot pakai telekung, berjubah. Dear future husband, tolong belikan sayang mesin jahit sebab sayang nak jahit sendiri baju anak-anak kita, dan baju abang awak sekali.Plis2~
  • Uit2, malam ni dah 20 ramadhan. Sedar tak nih?? zass~~

Ku AdaMu, Allah


Bila ku pejam mataku
Aku selalu membayangkan kau ada di sebelahku, melihatku
Tersenyum aku sendiri
Kau selalu memberiku ku kekuatan

Walaupun aku sering ingkar dengan suruhanMu
Terima kasih kerana sentiasa bersamaku




Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu 
Ku adaMu selalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...