Saturday, December 8, 2012

THE TRUTH

Assalamualaikum.


Saya tahu sesuatu. Sesuatu yang dia tidak pernah beritahu. Ya, ianya pahit. Tapi terima Kasih Ya Allah. Sesungguhnya hati ini sangat tenang. Tenang dengan hakihat sebenar itu.

Allah lebih tahu. Ihsan Google.

Senyum pada diri sendiri dan terdetik dalam hati...patutlah...............................

p/s : Sangat seronok berada di penang. Pergi majlis ilmu disini, tak sama di Johor. Aura nya lain sangat..

Friday, November 23, 2012

Sempurna

"Kita demand untuk dapat yang sempurna, sebab kita rasa kita cukup sempurna untuk dapat yang sempurna.  Kita tak pandang dah yang lain yang tidak sempurna sebab kita sudah sangat yakin bahawa yang sempurna itu milik kita. Tapi, bila Allah tarik balik yang sempurna itu, yang sempurna itu sebenarnya bukan milik kita, Barulah kita sedar, sebenarnya kita tak sempurna, dia juga tak sempurna. Kita lupa ada yang paling sempurna, bukan kita. Kita angkuh, kita sombong" -CINTA HALAL-

Aku seperti terbangun dari mimpi. Mimpi yang panjang. Seperti hatiku diketuk sesuatu. Dalam diam, ya, aku punya rasa yang sama. Mengejar yang sempurna, sehingga takut berdepan dengan kenyataan. Membelakangkan pandangan yang agung, mementingkan nafsu dan pandangan mata sendiri.

Apa yang perlu aku lakukan??kecewa??menangis??ketawakan diri sendiri??

Sesungguhnya aku belajar sesuatu...Sesuatu yang sukar untuk aku ungkapkan.. Hanya aku dan Dia yang faham.. Terima Kasih Ya Allah, kerana tidak biarkan aku lena dibuai mimpi indah dunia..

p/s : Bukan kerana jarak, tetapi ikatan hati yang menentukan perhubungan kita...

Thursday, November 15, 2012

Awak..

Awak, saya baru perasan.
Semalam masa saya ajak awak pergi masjid.
Awak pakai stokin!
walaupun mase tu awak pakai selipar je.
Awak beria suruh saya gosokkan baju kurung awk
sebab awak dah lambat
tak sempat nak gosok sendiri.
Awak kate takde tshirt besar macam saya
Awak ohsem!
saya pun malas nak pakai baju kurung.

InsyaAllah, saya bangga jadi kawan awak..

kalau saya lupa, awak tolong tarik saya, saya juga akan tarik awak bila awak lupa
ihsan : google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...