Tuesday, January 17, 2012

FACEBOOK

Assalamualaikum.

Korang ada facebook? Kebanyakan masyarakat muda mudi masa kini ada facebook. Waima makcik-makcik dengan pakcik-pakcik yang menetap sepenuh masa di rumah pun ada facebook. Aku pun ada juga facebook. tapi setiap orang yang ada facebook mesti ada matlamat dan tujuan masing-masing buat facebook ni kan,

Secara jujurnya aku sendiri pun ada matlamat aku jugak. Sebabnya aku rasa macam ketinggalan maklumat-maklumat yang penting pasal pelajaran ke, pasal kawan-kawan nak kahwin ke. Tu la sebab utama aku buat facebook. Jadi aku memang tak kan add orang-orang yang aku tak berapa nak pasti asal-usul kejadian kamu-kamu. So the request to be friend will be rejected. I'm sorry.

Tapi sekarang matlamat tu agak dah berubah. kadang-kadang aku pun TERRRR'SHARE' masalah peribadi aku sendiri untuk di beritahu kepada seluruh pelusuk dunia. Teruk kan aku. Ko pun sama jugak kan. Bagi aku   privacy itu sangat tinggi nilainya dan tak semua benda kita patut kongsi di FACEBOOK dan tunggu untuk di COMMENT oleh orang-orang yang tak sepatutnya.

Untuk awak-awak yang cantik. saya tahu Allah bagi kelebihan awak CANTIK. Alhamdulillah. Saya tahu saya tak secantik awak. Saya jeles dengan kecantikan awak. BETUL saya tak tipu. Tapi saya rasa awak tak perlu nak tunjuk kecantikan awak dan saya tahu hati awak mesti berbunga-bunga kan bila orang lain puji awak cantik. Saya tahu perasaan itu. Dan saya selalu rasa nak berbuat begitu tapi saya terpaksa tahan hati saya untuk itu. Saya tahu saya bukan budak baik macam awak. saya JAHAT. Tapi saya terpaksa tahan sebab perkara itu sangat ANNOYING awak tahu tak! Simpan ye kecantikan awak itu. Saya berpesan pada awak. dan pada diri saya jugak. Cukuplah sekadar gambar yang orang tahu milik siapakah facebook ini dan tak adalah orang lain tertanya-tanya ni sape ek??

Bila kita meg 'add' friends di facebook secara automatik kita menambah kawan kita. Menambah ukhwah kita dengan orang lain. Kan. Tapi bila kita dah tak suka dengan kawan kita tu kita UNFRIEND kawan kita tu ataupun bila lagi teruk kita BLOCK kawan kita tu..MOTIF????lebih-lebih lagi kawan kita tu kita kenal. Kita selalu terserempak dengan dia. Apa agaknya perasaan kawan kita tu bila dia tahu kita BLOCK dia tanpa alasan yang kukuh dari kita. Tak rasa sama ke kita unfriend kawan kita tu dengan kita memutuskan ikatan silaturrahim dengan dia? Mungkin tak sama, tapi mungkin serupa kan.

Entahlah, mungkin tu hak peribadi individu untuk meng ADD dan meng REMOVE orang yang kita nak. Tapi tak mustahil orang lain akan buat kita macam tu jugak. Betul x??tapi orang selalu kata..
ADA AKU KESAH???

p/s : Tapi saya sangat kesah bila ada kawan saya BLOCK dan REMOVE saya. BETUL. Saya sangat-sangat terasa. Anda bagaimana??

Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...