Sunday, January 27, 2013

scary~

ada org scary...meremang bulu roma..

k..
bye!

Monday, January 21, 2013

Mas Kahwin Vs Hantaran

Disuatu petang....

Anak : Mak, ayah.. adik nak tunang bila??

Mak : Aritu dia kata bulan depan nak pergi merisik. raya nanti bertunang. dekat je kan. boleh la pergi 2 kali

Ayah : kamu bile pulak?

Anak : insyaallah. yakin pada Allh. adalah nanti. Agak2 mahal tak ek hantaran adik nnt kesian dia kene kumpul duit.. huhu

Ayah : alah keje kat farmasi je. x kan die nak letak mahal2. lain la  mcm kamu ni. ada master. paling kurang ayah letak 10 ribu.memang standard harga sekarang la tu.

Anak : paling kurang?

Mak : ish awak ni. orang nak jadi anak kita. tak kan kita nak susahkan anak kita. seberapa dia mampu la.

Ayah : kalau dia bg 3 ribu ja. macam mana. ??

Mak : xpe kita terima jela buat doa selamat sudah. boleh jemput ramai orang. kalau nak mewah kita guna duit kita sendiri. jgn susahkan anak orang. insyaallah masa adik nanti Allah mudahkan anak kita juga. tak membebankan dia. insyaallah.

Anak : akak nak ckp sikit boleh..jgn marah ye ayah mak.Rasullullah mengajar kita ada 4 ciri utk pilih pasangan. tapi plg penting pilih la yg beragama. akak fhm mak ayah mesti tau bab ni. tapi mcm mne dgn pelaksanaanya. sekarang ni sgt susah utk cari org yg baik. mmg tak dinafikan. tapi bila akak dah jmpe org yang baik tu, akak hrp mak, ayah memudahkan urusan akak dan dia. tak membebankan. dan kita buat yang mana perlu. tinggalkan yg mana tak perlu. akak harap mak dan ayah faham dgn kehendak akak. Kalau dia kaya mcm mne pun tapi tak beragama tak gune jugak kan..

mak : mak sokong je.

ayah : ayah nak ada karoke boleh??

anak : boleh.tapi akak nak semunya lelaki. boleh ayah janji xde perempuan yg nyanyi..mesti tak kan.. so x perlu kot..maaf ye ayah..

ayah : em..ikut la..

mak : tu la awk. lain kali jgn hantar anak belajar tinggi2.. dia dah belajar. bnyk la yg die x dttgr ckp kita. len kali jgn anta belajar tinggi2..keje kilang..hahahhaa


semua tertawa mendengar celoteh mak...hehehehe..

p/s : amat penting buat ibu bapa kita faham apa yang kita tahu. apq yang sepatutnya. berbincanglah dgn baik sypata tidak mengecilkan hati ibu bapa kita. terima kasih mak ayah kerana sangat memahami..


mas kahwin johor paling murah : rm 22.50. milik mutlak isteri.. encik suami..tambah sikit boleh?? :)

Friday, January 18, 2013

Mulai saat ini...



Hari itu aku bekerja seperti biasa. Pakaian yang biasa. Dan tidak lupa aksesori yang wajib itu. Ya, memang tidak dinafikan, setiap kali aku memakainya. pasti akan ku ingat pada dia. Dia yang memberi. Walaupun aku tahu aku sudah tidak bersedih hati lagi, tapi jauh disudut hati, aku sangat sayang barang itu. Walaupun ianya kecil dan tidaklah mahal mana, tapi aku sangat menghargainya. Salah satu sebab mengapa aku tidak membuangnya kerana aku tidak boleh menipu diri aku sendiri. Aku masih teringat tentang dia. Dia yang memberi.

Namun, hari itu, sesuatu yang berada diluar jangkaan berlaku. Seperti biasa, setiap kali untuk menunaikan solat, aku perlu membuka aksesori itu. Perkara wajib perlu dilakukan. Membasuh pergelangan tangan, berkumur, membasuh hidung, membasuh muka beserta niat, dan seterusnya beberapa anggota badan yang perlu sehingga yang terakhir..kaki.. Aku kembali memakai tudung dan mencapai barang aku letak di kawasan yang lebih tinggi. Tanpa aku sedar, barang itu terlepas daripada tangan aku. Pecah. Tercabut. Aku tergamam.

Aku kutip semua serpihan. Simpan di dalam beg. Terus menunaikan solat, mengikuti jemaah yang sedia ada. Usai solat, aku kembali melihat barang itu. Memang tidak mampu untuk dibetulkan lagi. Namun, alhamdulillah, aku tidak bersedih. Dalam hatiku terdetik, mungkin Allah menegurku. Mulai saat ini, tiada lagi kenangan dia. Lupakan semuanya. Aku tersenyum sendiri. Tak perlu bersedih. Allah ada. Alhamdulillah.

Mungkin jika ia tidak rosak, aku akan terus memakainya.
Mungkin jika ia tidak rosak, aku masih terkenang pada dia.
Mungkin jika ia tidak rosak, aku tidak bergantung pada Allah sepenuh hatiku..

Ya Allah. Terima kasih. Ampunkan hambamu yang selalu terleka, terlupa dan lalai..

InsyaAllah, mulai saat ini..

bukan aku seorang..bersyukurlah hartiny...
p/s : Menghitung hari. Sepmoga Allah mudahkan. Urusan Saya dan Awak. InsyaAllah. ini yang terbaik. Allah redha. 

Sunday, January 13, 2013

Azam Tahun Baru

Assalamualaikum..

Em..x lewat lagi kan nak share pasal azam tahun baru??hehe..

Banyak sebenarnya azam tahun baru. Tapi nak share azam-azam tahun baru yang tak pernah pun terlintas kat fikiran sebelum ni adalah :


  • No more panggung wayang. Plis. Zero Plis~ Not once, twice..but null..
  • Kurangkan keluar malam. Kalau nak window shopping, balik sebelum maghrib. Kecuali keluar dengan family. Malam boleh keluar hanya untuk pergi makan. only. 
  • Joging 2 minggu sekali
  • Jaga waktu tidur,tidur awal, jaga waktu makan, waktu qiam and ofkos waktu solat..
  • Melebihkan hal akhirat melebihi hal duniawi. (make it possible it is only between me and Him)
  • nak pergi umrah..

p/s : dah boleh survey2 barang hantaran..huntungler~~

Tuesday, January 8, 2013

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati.

Assalamualaikum.

Hari nak share sedikit pasal kesihatan. Sebagai wanita yang yang sangat concern pasal kesihatan, seriously bila baca apa-apa artikel pasal kesihatan akan membuatkan aku sangat teruja, and sangat excited untuk tahu.   Jadi nak share sedikit pasal info nak kat kalian.

Menurut WHO (World Health Organization) kanser serviks / kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua yang kerap berlaku selepas kanser payudara.

ini sumber dari encik google :


Kanser servik merupakan kanser yang boleh dicegah dan kunci kepada pencegahannya adalah melalui ujian saringan pap smear. Di negara-negara maju, kanser ini sangat jarang berlaku disebabkan oleh kesedaran dan langkah pencegahan yang diamalkan tetapi di negara kita kejadian dan kematian disebabkan oleh kanser ini adalah masih tinggi.

Punca terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ). Kajian menunjukkan 99.7% daripada kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV ini. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV dan ianya boleh dibahagikan kepada virus HPV berisiko rendah yang menyebabkan kutil atau wart dan virus HPV berisiko tinggi yang berkait rapat dengan prakanser dan kanser. Virus ini berkeupayaan untuk memasuki sel permukaan servik dan melepaskan DNA mereka untuk bercantum dengan DNA sel permukaan servik dan seterusnya terjadi pembiakan sel-sel di luar kawalan. Bagi kebanyakan wanita (lebih kurang 80%) yang sihat dan normal serta mengamalkan seks yang baik (tidak berbilang pasangan), mereka dapat menghapuskan jangkitan HPV ini dan bebas daripada mendapat prakanser dan kanser.

Seandainya jangkitan virus ini dapat dicegah, sudah tentu ini dapat mencegah dari terjadinya kanser dan prakanser. Sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh ‘Federation of Drug Administration’ ( FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia. Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun. Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut. Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks. Sebaik-baiknya vaksin ini diberikan ketika mereka berada pada peringkat awal remaja.
Namun, perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear MASIH perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.

Dr Murizah Mohd Zain
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah

Ha. So camne?? Ada tak kesedaran nak ambil vaksin?? Sebenarnya untuk kakak2 yang belum berkahwin macam saya  ni perlu la ambil inisiatif pergi sendiri klinik swasta untuk mendapatkan vaksin. Memang agak MAHAL (lebih kurang rm 180 satu suntikan + rm 30 untuk konsultasi doktor so total dalam rm 210 sekali suntikan). tapi mencegah lebih baik dari mengubati kan?? Tapi untuk adik2 sekolah menegah tingkatan satu anda patut berbangga sebab kerajaan memberi inisiatif untuk beri suntikan percuma. 

Suntikan ni adalah tiga kali dalam masa 6 bulan. 

pamplet untuk adik sekolah~

Dan ada terbaca blog kakak sorg ni..ngeri kot..kakak ni dah berkahwin..dan dia kata lepas kahwin 3 tahun macam tu kene pergi buat ujian pap smear. sebab virus hpv ni berjangkit selalunya disebabkan hubungan suami isteri. Tapi TAK MUSTAHIL jugak untuk berlaku walaupun tidak melakukan seks. Ok. Takut. Series. Banyak je info yang di baca tapi tak muat nak sumbat semua kat sini. so korang rajin2 la tanya encik google. Supaya ada keinsafan untuk pergi ambil suntikan dan buat pemeriksaan pap smear. Kepada yang nak berkahwin tu jangan lupa 6 bulan sebelum nak kahwin dah start pergi ambil suntikan ini. So sila simpan duit untuk vaksin skali, bukan simpan duit untuk walimah ala mak datin jer!!

Selamat menjaga kesihatan!! rajin2 lah membaca buku2 tentang kesihatan dan pemakanan..

P/s :  Ubat yang paling mujarab ialah berdoa kepada Allah s.w.t. Tapi Usaha kita sebagai manusia perlu ada. Bukan ubat yang menyembuhkan penyakit kita. Tapi semuanya berlaku atas keizinan Allah. Ingat tu kawan-kawan!!

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبِأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَفَمًا

“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, yang menghilangkan segala petaka, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada yang bisa menyembuhkan kecuali Engkau, sebuah kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Al-Bukhari).

Tengok link doa2 Rasullullah di sini

Suka pergi Klinik Siti Fatimah kat Taman Universiti. Doktor dia perempuan dan sanngggaaaaaattttt baik. Jemputlah datang klinik beliau..


Monday, January 7, 2013

Weeding #2

Assalamualaikum.

Last weekend berjaya menghabiskan satu hari bersama classmate yang dah lama tak jumpa.. Walaupun satu fakulti, tapi lama kot tak jumpa diorg. tapi hanya berkesampatan berjumpa tqa n shahirah ja. Yang lain, lain kali ye..hehe :)

Nak jumpa diorang opkoz sebab ada sesuatu yang penting. iaitu nak p weeding classmate kami Yam dan pasangannya yang comel di Kota Tinggi. Sebenarnya aku yang paksa Sha n Tqa tuk teman aku pergi, sebab aku tak dpt nak pergi majlis belah perempuan kat KL sebab mase tu ade Jambori KRIM. So mereka terpaksa meneman aku atas keizinan pengantin sehari sebelum hari kejadian..hehe..Terima kasih kawan2..

Nak share gambar pengantin :

Kegelapan gambar berkadar terus dengan sistem pencahayaan di pelamin, walaupun dah guna kamera mahal note 2 si Jumain.  Sila abaikan muka yang berminyak lagi mata bercahaya setiap orang.
Keadaan jammed yang teruk membuatkan kaki sengal-sengal kerana memandu kereta manual. bagi memuaskan kaki yang sakit, menghabiskan masa yang lama di Jusco Tebrau sambil bergambar di tempat yang sepatutnya. Dan membawa tqa and Sha pergi makan burger bakar abg burn for the first time. mereka excited!!

saya, mereka dan bege kami.
p/s : rindu iela, bibie, dan azack :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...