Thursday, April 18, 2013

Jangan Politikkan Isu Ini - Ayat Klishe~~

Assalamualaikum.
Klishe kan.....

Kalau dah memang ada campur tangan politik, nak cakap macam mana lagi. Tak payah nak berbasa-sasi lagi la..... (mood marah!)

Sebelum ini, banyak benda yang tak kena batang hidung sendiri. Tapi bila dah jadi depan mata, sendiri yang kena, baru nak gelabah. Amek kau sebijik!

__________________________________________________


Perasaanku bercampur baur. Entahlah. Sejak mendapat teguran haritu aku rasa tawar hati. Sungguh. Ye aku tahu ianya polisi, tapi aku rasa DISKRIMINASI. Aku rasa ini hak aku. Walaupun, itu bukan perkara wajib, tapi itu hak aku.. Dia lebih tahu apa niat aku.

Sebenarnya ada dua benda yang nak aku ceritakan. Tapi, dah bercampur macam rojak. Sama seperti perasaan aku ketika ini.

Kalau ada rezeki aku nanti, insyaAllah AKU BERHENTI. FULL STOP.

Dari aku,
Orang yang rasa teraniaya.


p/s : macam mana eja klishe ni??klise???ke klishe?? ke kelisa..eh??

Thursday, April 11, 2013

Wedding #3

Assalamualaikum. Bulan lepas sempat bersinggah singgahan ke Batu Pahat mengahadiri weeding Lina, ex classmate kat UTM mase undergrade. Satu benda yang paling suka bila pegi wedding x-classmate ialah boleh jumpe sayang2..hehe,,ila..bibi..azack..tqa..sha..surhanis..dan yang lain2..ye la..mereka2 wanita bekerjaya.so time2 cenggini la ley jumpa pn..
Tapi..xde gambar yg 'sopan' untuk dikongsi..cuma boleh curi gambar dari fb bride yang comel je..
mereka memang comel. photogenic!

Lepas pi wedding tu, mase tu la nak habiskan masa bersama mereka..sebab kan jarang jumpa..sob2~

Tak ada pa nak share sgt pn, cuma rindu mereka.

Next  wedding target : Nadia Ibrahim..insyaAllah..

p/s : sori buat shy, amin dan ana kerana tak mampu hadiri majlis walimah kalian..semoga kalian bercinta sampai syurga dengan pasangan masing-masing dan memperoleh keluarga sakinah, mawaddah, warahmah..ameennn.....

Tuesday, April 9, 2013

Muka Baru

Assalamualaikum. Sudah lama tidak bercoretan di sini. Kangen banget~~~

Untuk fasa hidup yang baru ni, hanya mampu tersenyum mengucap syukur wink *_*.. Buat mereka yang banyak membantu, memberikan sokongan, syukran jazilan diucapkan. Moga aku mampu istiqamah dalam jalan ini. Sentiasa membetulkan niat. apa?mengapa? aku begini...

Mungkin akan ada yang berkata-kata, mungkin akan ada pandangan yang sinis. aku akur, aku insan yang lemah. Redha dengan ketentuanya. Aku hanya seorang yang berusaha membaiki diri. Masih banyak kelemahan, dan sesungguhnya aku tidak layak. Tapi hanya aku dan Dia yang mengetahui segala isi hati.

Dalam aku mencari kekuatan, dapat 2 helai hadiah dari teman. sempena pertambahan angka. terharu #_#
purple, turqoise




p/s : terima kasih UTM sebab dah tukar polisi (baru tahu). Terima kasih awak bagi sokongan pada saya. Terima kasih Allah. Alhamdullillah :)
 


soalan standard lepas jumpa beberapa orang kawan lama dan kawan baru : eh, da kahwin ek??senyum nampak mata *_* 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...