Tuesday, May 22, 2012

Pilihan Yang Tepat

Assalamualaikum. :)

Saya baru sahaja mendapat panggilan temuduga lagi. Walaupun masih samar-samar, harap keputusan ini adalah yang terbaik. InsyaAllah ada rezeki di tempat lain.

Semoga :

  • dapat tambah adik-adik comel di rumah, perlukan publisiti!
  • masih kekal dalam taman-taman syurga
  • masih dekat dengan mak dan ayah
  • dapat jadi Cikgu Hartiny. kene buat name tag ni :)
  • berpeluang menyertai bulatan-bulatan gembira yang lain
  • menjadi pelopor ...
Semoga Allah permudahkan urusan saya dan anda semua. Ameen.. :)

P/s : Diam tak diam tak sampai sebulan lagi. Kepada yang sedang stress ber PSM, jangan risau kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan, tapi risaulah jika tiada apa-apa yang perlu dibuat. Chaiyok! 

Saturday, May 19, 2012

Suami Soleh vs Sahabat Solehah


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. 




Kisah ini saya kongsikan bukan untuk menunjuk-nunjuk betapa baiknya diri saya. Anda yang mengenali diri saya di luar lebih tahu saya ini manusia yang bagaimana. Betapa rock, kasar dan gila-gilanya saya.

Cuma.

Kisah ini buat saya terfikir betapa pentingnya bergaul dengan orang-orang yang soleh dalam hidup kita.
Kerana kesolehan mereka bagaikan sumbangan cas untuk iman kita supaya terpengaruh baik seperti mereka juga. Walaupun kita buruk. Walaupun kita jahat. Walaupun kita tidaklah sebaik mana.


2012. 

Waktu itu, ada Program Qiamullail di universiti. Semasa duduk makan-makan dalam bulatan selepas waktu Subuh, kami bertaaruf sesama sendiri. Walaupun satu universiti, bukan semua orang kita tahu dan kenal.
Antara ramai-ramai akhawat, saya tertarik hati untuk beramah mesra dengan seseorang yang duduk berhadapan dengan saya. Orangnya murah dengan senyuman. Berwajah lembut. Seperti melihat Nur di wajahnya.

Saya: Akak tinggal di Kolej mana?
Dia: Saya duduk luar. Tidak tinggal di sini.
Saya: Jadi, datang dengan siapa?
Dia: Dengan suami.
Saya: Eh, sudah berkahwin ke?
Dia: Sudah. Baru juga. Rezeki murah. Sekarang sedang mengandung dua bulan anak yang pertama.
Saya: Alhamdulillah. Tahniah. Muda-muda sudah bernikah. 

Sejuk hati saya. Perasaan saya berbunga-bunga. Rasa teruja mengetahui ada pasangan suami isteri yang memanjangkan cinta mereka di rumah Allah. Sudut hati yang paling dalam. Ada rasa cemburu. Entahkan berpeluang atau tidak, saya ini dikejutkan suami untuk sama-sama bersolat malam di masjid.

Melihat dia yang lemah lembut, terdidik, dan bersopan-santun saya dapat membayangkan perwatakan suaminya bagaimana. Pastinya, seorang lelaki hebat. Jodoh yang Allah berikan untuk kita selalunya tidak lari jauh daripada sikap dan perangai kita juga.

Mereka berdua pastinya sekepala. Sama-sama cintakan Allah melebihi dinginnya malam bermalasan di katil. Kalau tidak masakan mereka suami isteri sanggup bersusah payah datang daripada luar melakukan Qiamullail di masjid ini.

This is sweet. Seriously, bertuahnya dia. Pada saat Tanah Melayu kekurangan lelaki-lelaki gagah,dia sudah ada seseorang yang membawanya jalan menuju rumah Allah.

Saat diulit cemburu, saya kembali teringat bagaimana kaki saya ini boleh terikat ke tempat ini. Saya kembali tersedar, saya juga bertuah. Masakan tidak. Kerana sejujurnya, saya bukan ahli tegar yang duduk solat di masjid sepenuh waktu. Tidak!

Di atas merupakan pengalaman pertama Subuh di masjid sepanjang saya bergelar sisiwi di universiti ini. Itupun selepas diajak oleh seorang kawan ataupun saya panggil dia seorang kakak yang solehah. Sudah saya katakan berulang kali, saya bukanlah seorang yang baik maksum. Saya juga pendosa. Banyak khilafnya. banyak maksiat yang saya lakukan. Namun, saya bersyukur kerana dikelilingi manusia-manusia baik yang selalu mengingatkan saya pada fitrah beragama dan kenal Pencipta.

Jikalau perempuan tadi mempunyai sorang suami soleh yang mempengaruhinya untuk pergi ke rumah Allah, saya tetap bersyukur sekurang-kurangnya Allah memberikan saya rezeki teman karib yang solehah yang selalu berusaha mengajak saya mendekati dan mencintai masjid.
Juga.

Seandainya iman saya turun, kosong dan lemah, Allah hantarkan dia untuk saya kembali ingat pada-Nya.
This is sweet tooAlhamdulillah, bertuahnya saya ada seorang sahabat macam dia. Pada saat Tanah Melayu kekurangan sahabat-sahabat yang sudi mengingatkan kita ketika alpa, saya sudah ada seseorang yang sudi menunjukkan saya jalan menuju rumah Allah.

Saya belajar satu perkara.
Kadang-kadang kita terlalu imaginastik mahu mencari seorang lelaki yang soleh untuk dibuat suami supaya hidup kita bahagia di dunia dan akhirat tetapi kita jarang sekali mengingatkan diri kita untuk berusaha mencari sekurang-kurangnya seorang kawan yang solehah supaya kita juga mendapat kebahagiaan yang sama.

Kadang-kadang kita selalu berangan-angan mahu ditemukan lelaki soleh supaya kita dapat berpimpin tangan menuju redha Allah bersama-sama padahal kita tidak berusaha mendampingkan diri mencari sahabat yang solehah yang boleh mengingatkan kita waktu solat, jom puasa sunat, ataupun mari baca Ma'thurat.
Bukankah sahabat yang baik juga adalah pembuka jalan untuk kita menjadi yang baik dan permulaan cerita untuk kita mendapat yang terbaik juga?
Bukankah seorang isteri yang baik pada masa hadapan bermula dengan menjadi sahabat yang baik juga pada masa sekarang?

Hmm. Jawab sambil melepaskan satu nafas panjang. Panjang dan berat.

Wasaalamualaikum w.b.t.

P/s : Terima kasih pada awak yang selalu menjadi idola saya. I'm copy paste what you say, what are you doing. 



Thursday, May 17, 2012

Berkobar-kobar

Assalamualaikum :)

Sebagai manusia, memang tak dapat dinafikan semangat kita sering berubah-ubah. Kadang-kadang satu masa tu kita semangat sangat-sangat nak buat sesuatu, tak kesah la apa pun, perubahan,keputusan ataupun sesuatu kerja. Tapi tak mustahil esoknya pula kita rasa macam dah tak semangat dah, dah malas, dah tak da harapan dan macam-macam alasan lagila. kan2??

Macam diri sendiri, semalam bersemangat pergi interview kerja siap photostat sijil bagai, tapi harini dah tak semangat nak kerja sebab semangat nak sambung belajar kembali berkobar-kobar di dada. Lumrah manusia, sebab apa yang manusia lakukan tak penah sempurna, sebab manusia adalah yang diciptakan, bukan yang menciptakan.

Kau pun macam tu kan? :)
ihsan : opera.com

Sumber : Halaqah.net

Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.

'Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"

Melakukan solat istikharah memberi faedah besar kerana Allah berfirman: "...dan berbincanglah dengan mereka (sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dan lain-lain). Apabila kamu sudah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah..." (AQ Ali Imran 3:159) (HR Bukhari 7/162)

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Pertama, waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.

2. Niatnya 'Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala.'

3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

p/s : "apa kah yang dikejar dalam hidupmu, berkali ku kata pada mu, kita singgah didunia yang sementara penuh tipu daya" 





Wednesday, May 9, 2012

Mahu Boleh?

Assalamualaikum. :)

Sebagai pengguna yang sangat-sangat susah nak ingat jalan, saya sangat-sangat memerlukan bantuan ini.

Sebenarnya tak tahu sangat pasal benda alah ni. Tau die boleh tunjuk jalan untuk kita je. Mana kita nak p, nanti dia tolong tunjuk la.Nanti dia cakap macam ni. 
"Dalam 300m belok kanan"

Tak pernah rasa nak something macam ni lepas rasa nak jam casio time sekolah dulu. Dulu time jam casio tu popular kat sekolah, rasa nak jugak jam macam tu. Tapi tak terbeli-beli pun. Sampai la dah masuk UTM ni. Tak tahu kenapa. Padahal jam casio je pun. Tapi bila orang lain belikan, rasa terharu sangat-sangat. Meleleh jugak la ayak mata. tak tahulah dia perasan ke tak. Sebab something yang kita nak dari zaman sekolah, tiba-tiba ada orang belikan. Siapa tak terharu, walaupun tak surprise. Tapi, tetap rasa surprise. Ribuan terima kasih kepada beliau. 

Benda alah ni pulak, tak tahu nak pergi cari kat mana. Almaklumlah, orang buta teknologi. Try jugak cari online, tapi mahal rupanya. Rm 500 paling murah. Ingatkan singgit dua je. Baru ingat nak bagi adik-beradik sorang satu..hoho.TIPU! 

Belum berkesempatan beli, tengok gambar je la yek. Ihsan gambar dari Encik Google.


alamak ni bahasa cinon. tak paham la +_+'



selalu orang duk lekat benda alahni kat cemin camni la~



oho. kaler orange,santik...pakcik, kaler pink ad jual tak??

Insyaallah..kalau ada rezeki nanti saya beli awak ye. Tunggu saya ye!

Kata Allah :
"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui" (Surah Ali Imran : 92)


P/s : Entri adik2 belum berkesempatan lagi untuk menyambung. Nanti ye adik2..nanti kakak sambung cerita kalian :)

Tuesday, May 8, 2012

Halwa Telinga


Binnabil Huda - In Team & UNIC

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam 
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam 
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam 
Selawat salam pujian untukmu 
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada 
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda 
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu 
Berkorban jiwa raga untuk agama 
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad 
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya 
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada 
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda 
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu 
Berkorban jiwa raga untuk agama 
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah 
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah, 
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad 
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya, 
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..

Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah.. 
Habiballah.. 
Nabiyallah.. 
Sofiyallah, 
Rasullallah

Pesuruh Allah,

Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad 
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad 

Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya 
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

Perbandingan : Ana is Equal to Anta

Assalamualaikum.

Adakah anda sihat harini? Akal sihat? Hati sihat? Iman sihat? Alhamdulillah semoga semuanya baik-baik sahaja. :)

Harini nak berkongsi sedikit tentang perbandingan. Lumrah manusia, tek pernah puas dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang ni. Pekara paling simple sekali, Bila belajar di universiti ni, kita rasa, masa belajar kat matrik dulu la paling heaven, seronok, Tapi masa kat matrik dulu kita rasa zaman sekolah la seronok, buat kerja gila dengan kawan-kawan, dan sudah semetinya nanti bila kita kerja, pasti akan mendambakan zaman kita masa kat universiti. Kan kan.

Lagi satu penyakit hati manusia ialah suka membandingkan apa yang kita ada, dengan apa yang orang lain ada. Sebagai contoh, kita ada isteri yang cantik. Tapi bila ada isteri orang lain yang lebih cantik, pasti hati akan terdetik, kenapalah isteri aku tak secantik itu. Allah. Tu satu hal pasal isteri, jika ayah kita seorang yang kurang bertanggungjawab, pastinya kita akan membanding-bandingkan ayah kita dengan ayah kawan-kawan kita dan sudah tentu sudah secara tidak langsung kita akan membuka aib ayah kita dihadapan kawan-kawan kita. Tak sedar bukan.

Dan selalunya, jika melakukan perbandingan, pasti akan diakhiri dengan kekecewaan. Kita punya tak cantik, kita punya tak sempurna, kita punya tak berkualiti, macam-macam lagi. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan setiap yang kita punya itu pasti ada kelemahan kerana ianya adalah penciptaan. Bukan pencipta. Jadi orang lain punya yang kita rasa sangat indah berbunga-bunga itu juga pasti ada kelemahan yang tersendiri. Bersyukurlah!
Si merah dan Si hitam. Siapa kuat??

P/s : Saya perempuan yang ganas. Tak berapa nak ayu sangat lah..


Usah Ditanya Mengapa

Assalamualaikum,

Warkah khas ditujukan buat sahabatku yang aku kasihi. Semoga kamu sentiasa bahagia, gembira dan berada dalam reda Allah.


Sahabatku,
Di kala aku sedang mencari kekuatan, 
Jangan kau tanya di mana kisahku yang dulu
Jangan kau tanya memori ku yang dulu
Kerna aku tidak mampu
Menjawab soalan-soalan mu itu


Sahabatku,
Di kala aku sedang mencari kekuatan
Jangan pula kau kataku yang bukan-bukan
Sesungguhnya aku belum cukup kebal dengan ancaman lidahmu
Aku sedar aku ini tidak sempurna
Untuk menjadi sahabat kepadamu
Untuk menjadi sepertimu
Untuk menjadi seperti Srikandi-srikandi Islam
Aku sungguh jauh untuk itu



Sahabatku,
Di kala aku sedang mencari kekuatan
Jika ada sesuatu yang memusykilkan mu
Jangan kau tuduh dia lelaki yang jahat
Jangan kau tuduh dia lelaki yang tak bertanggungjawab
Bukan salah dia, Bukan salah dia


Sahabatku,
Sesungguhnya hanya aku, dia dan pencipta kami yang lebih mengetahui
Apa yang terjadi antara kami
Apa yang telah kami lalui
Berilah kami peluang untuk memperbaiki diri kami
Agar kami sentiasa di bawah redha pencipta kami


Salam sayang daripada sahabatmu,
Yang belum mampu untuk itu,
-abk-


"AKU MAAFKAN KAMU, TAK PERLU KITA BERTEMU CUKUP KAU TAHU"
Kerana bila kita bertemu, lebih besar fitnahnya nanti.

Sunday, May 6, 2012

Bacalah Wahai Adik-adik-PART 2


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari seumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."  (Surah Al-'Alaq:1-5)


Kasihan Fazrin. aku tahu bukan salah dia sepenuhnya dia jadi begitu. Mungkin kurangnya perhatian daripada ibu bapa dan keperihatinan masyarakat sekarang yang semakin luntur terhadap pembelajaran Al-quran. Tapi alhamdulillah, Fazrin masih diberi kesempatan untuk belajar. Walaupun dengan guru yang tidak bertauliah seperti aku. Jujur, aku rasa tidak layak untuk itu. Tapi, hati sekadar terbuka untuk membantu.

"Fazrin rajin-rajin tau baca. nanti cepat dapat naik Al-quran, nanti boleh buat kenduri. Boleh duduk kat atas pelamin. kan best. Nanti boleh buat sama-sama dengan adik dengan abang. Untung tau kecik-kecik dah dapat naik pelamin, tak yah tunggu kawin. Akak dulu tak merasa pun"

Farhan, abang yang sulung. Hanya membisu dari tadi.
" Farhan, cuba baca" suruhku sambil melihat Iqra dihadapan.
" Akak, kita tak ingat Akak baca dulu boleh?" ujarnya pelahan.
" Okeh, ikut kakak baca ye"

Bila melihat adik-adik ini sendiri didepan mata. Inilah realiti sekarang. Teringat masa aku di Tingkatan 5, Ustaz Jawwad meminta tolong untuk buat kaji selidik tentang pengetahuan Al-quran terhadap para pelajar Tingkatan 1 yang baru mendaftar. Secara faktanya, lebih daripada 50% daridanya yang tidak pernah khatam Al-quran dan 10% yang langsung tidak tahu membaca Al-quran termasuk huruf jawi. MashaAllah. Ini baru tahun 2006. Macam mana bila 2014, 2015, 2020 nanti? Masa zaman anak-anakku nanti? Adakah Al-quran langsung tidak dikenali. Al-quran bakal disimpan dalam muzium sahaja. Astaghfirullah.

To be continued...

P/s : Idea yang datang mencurah-curah berkadar songsang dengan masa yang ada.

  • Buat sahabatku yang seorang itu, semoga kamu kuat. Jika kita diuji, itu maknanya kita adalah insan yang terpilih. Kalau nak jadi pelajar cemerlang kena lulus upsr, pmr,spm, kene masuk u. Sama jugak kita kalau nak jadi hamba yang cemerlang mesti kita kene tempuh banyak ujian. kalau tak kita jadi pengganggur je la. mana nak laku mintak keje kalau tak ada sijil. kan-kan :)
  • Buat sahabat yang seorang lagi, jangan kamu lari terlalu jauh, terlalu laju dan kamu hampir tersalah jalan. takut nanti bila kamu terjatuh tiada tangan yang akan menyambutmu. mungkin matlamat kita sama, cuma pendekatan kita berbeza. harap kamu tidak tersalah pilih. Tini sayang kamu. sungguh!

Saturday, May 5, 2012

Bacalah Wahai Adik-adik - PART 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari seumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."  (Surah Al-'Alaq:1-5)

"Assalamualaikum, assalamualaikum!" Kedengaran suara anak kecil yang amat aku kenali. Dalam keadaan yang masih bertelekung usai solat Maghrib secara berjemaah bersama ibu, laju ibu bersuara, sebelum sempat aku bertanya. 

"Adik-adik nak mengaji tu. Akak ajar ye. Ibu tak pandai sangat. Ada orang yang lebih layak untuk ajar adik-adik tu". Kening sedikit terangkat. Sejak bila ibu mengajar orang mengaji? Kenapa aku? Ramai ke yang perlu diajar nanti? Mereka baca apa, al-quran atau muqaddam? Berpusu-pusu soalan menerjah kedalam fikiran aku. Tapi semua itu harus kupendam dulu. Tunggu selesai semuanya, akan aku ajukan beribu-ribu soalan pada ibu. Aku menggangguk, akur akan suruhan ibu itu. Ibu pantas bangun, membuka pintu untuk adik-adik itu.

"Harini mengaji dengan kakak ye" ujar Ibu. Adik-adik itu hanya tersenyum melihatku. Ku lihat wajah seorang demi seorang. Kesemuanya 3 orang. Lelaki. Mereka adik-beradik. Yang kecil, 6 tahun giginya rongak, tersengeh melihatku. Abangnya, darjah 6, memandang tanpa perasaan. Yang sulung, Tingkatan lima. Hanya tunduk. Mungkin malu denganku.

Aku dan tiga adik itu seperti sudah paham. Kami berempat membentuk sebuah bulatan. Setelah semua persediaan seperti muqaddam rehal dan kayu penunjuk lengkap, aku menyuruh mereka memulakan pengajian dengan bacaan doa.

Ake tersenyum sendirian. Sudah lama benar tidak mendengar suara anak kecil berlagu begini. kali terakhir ketika berada di rumah mak usu. Kalu ada pun si comot Yana yang hanya tahu membaca bismillah dan selebihnya terpaksa disambung  sendiri olehku dan di 'miming' oleh yana. Tapi versi lain sedikit kerana diganggu intonasi suara yang agak garau dari pihak abang. :)

Disebabkan si abang kelihatan masih malu-malu dengan ku, aku mulakan dengan adik yang paling kecil.
" Dah sampai mana dah ngaji ni?"
" Dah an in un kak". owh tanwin, bisik hati kecil ku.
"Wah, tahniah, cuba baca akak nak dengar" 
Dengan penuh khusyuk menekan lidi penunjuk ke arah muqaddam, adik itu memulakan bacaan. Alhamdulillah, lancar cuma mungkin makhraj huruf yang perlu diperbetulkan sedikit. Mungkin juga ketiadaan gig menghalang adik itu menyebutnya dengan betul.

Berpindah pula pada adik yang tengah. Aku tidak berapa mengenali adik yang ini, kerana dia jarang berkunjung kerumah. Hanya namanya yang aku ingat. Muhammad Fazrin.
"Fazrin masih baca iqra' jugak?" tanyaku. Baru perasan dia juga membawa iqra' seperti adiknya. 
"Tapi dah jauh sikit dari die, kite dah iqra' 4" sambil menuding jari ke arah adiknya.
"Lagi hebat ni, cuba akak nak dengar" pujiku, supaya dia lagi terus bersemangat untuk meneruskan bacaannya. Allah. Panjang pendek bacaan entah ke mana Kadang-kadang huruf juga tersalah.

To be continued....


"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"


p/s : teringat impian dulu nak bukak tadika?masih ada harapankah? Bulatan baru sudah terbina. Alhamdulillah satu permulaan yang baik!

Thursday, May 3, 2012

Ku Temu Ku Duga

Bismillahirrahmanirrahim

Khamis, 3 Mei 2012, 6.15 pm

Satu nombor tidak dekenali menelefon nombor celcom. Termenung sebentar, tengok skrin telefon. Nombor telefon pejabat, dari KL atau Selangor ni, detik ku dalam hati. Biarlah, mungkin nombor sesat. Selang seminit, telefon berdering lagi. Rasa berat hati juga. dibiarkan sahaja. Tetapi pemanggil tidak berputus asa nampaknya, kembali mendail, tetapi ke no telefon yang lagi satu. Pelik. Macam mana dia ada nombor ini jugak. Mesti urgent ni. Dengan berat hati menekan punat hijau.

Cik Tini : Hello. (tak mau bagi salam sebab takut orang bukan islam)

Amoi : Hello. Miss Hartiny?

Cik Tini : (nasib bek betul orang cina). Yes. Can I help you? (terpaksa cakap omputeh jugak. kang x pasai2 die x paham pe yang di cakap.heh)

Amoi : I miss *** (x ingt nama dia apa) from Murphy Oil Corporation. Can you take a pen to write down something.

Cik Tini : Wait a minute. (blur sungguh. dalam hati apa dia nak ni, sambil teraba-raba mencari lokasi sebenar pen-pen dan seangkatan dengannya, lama jugak dalam 2 minit amoi ni tunggu). Ok I got a pen.


Amoi : You are invited to join our team. Can you attend the interview. Please take note that the interview will be at The Zone Hotel, Kuala Lumpur, first floor on 3 o'clock. You got it?

Cik Tini : Yes i got it. (tulis je apa dia cakap padahal tak sedar langsung)


Amoi : Can you attend the interview?

Cik Tini : Yes! (dengan confident jawab. tapi sebenarnya x dengar dia cakap apa. lepas letak call tu baru sedar yang i've said YES! oh no!!!!)

Amoi : Dont forget to bring your resume and related certificates, miss Hartiny, thank you for your coorperation. See you next Wednesday.

tulisan buruk dikala mau cepat dan ketika sedang mamai. asal boleh je tulis kat kertas tu. 


Ya Allah. Series tak sedar. Sebab masa tu tengah pening-pening. Tertidur masa study Food Technology. Macam mana nih. Nak pergi ke tak nak pergi?? Nak drive sorang2 kah??mana la tau jalan kat KL tu, jalan dalam johor ni pun tak pas2 lagi. Lagipun hati sekarang lebih berat untuk sambung master, insyaAllah selepas ditarbiah oleh PA selepas setahun tak jumpa. Siap dah bagi tajuk n research proposal lagi. So how?? Dan secara jujurnya memang tak ingat langsung bila entah apply mintak kerja kat Murphy ni.

Penah dengar pasal MURPHY?? Klik sini.


p/s : Nur kata, untunglah. Mak kata rezeki Allah ada kat mana-mana. Mida kata xpe cari pengalaman. Sha kata nak tiru resume. Allah kata??


Doa ketika berada dalam keadaan sedih, bimbang dan keliru atau terlibat dalam kesulitan yang membimbangkan :


لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ العَظِÙŠْÙ…ُ الحَÙ„ِÙŠْÙ…ُ


لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ رَبُّ العَرْØ´ِ الَعَظِÙŠْÙ…ِ


لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّÙ…َاوَاتِ Ùˆَالأَرْض

Ùˆَرَبُّ العَرْØ´ِ الكَرِِÙŠْÙ…ِ

Maksudnya : "Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun.
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Arasy yang agung
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Langit dan Tuhan Arasy yang mulia:. 



Juga perbanyakkanlah menyebut zikir ini :

Ø­َسْبُÙ†َا اللهُ ÙˆَÙ†ِعْÙ…َ الوَÙƒِÙŠْÙ„ُ

Bacalah sekurang-kurangnya 3 kali. Setengah daripada para solehin menjadikan zikir ini sebagai wirid atau wazifah harian mereka iaitu dengan membacanya sebanyak 100 kali pada setiap hari dan masyhur pada setengah daripada mereka mengamalkan sebanyak 450 kali setiap hari secara istiqamah.

Wallahualam.




Wednesday, May 2, 2012

Manusia itu Berbeza Fikrahnya


klik untuk tumbesaran gambaq!

Assalamualaikum.

This picture tell us everything. In the end, it is about Allah and us. Only.

Eceh. Kita manusia, selalu ada perasaan minta dibalas kan?

Contohnya, kalau tengah memandu, orang depan bagi signal nak masuk lane kita, serta merta kita perlahankan kenderaan bagi laluan. * In a certain condition.

Lepas tu, bila turn kita nak ke kanan atau kiri lane, kita harapkan orang belakang faham dan bagi laluan pada kereta kita bila signal dipasang. Dan-dan masuk lane je, orang belakang sikit punya kuat dok *hon*hon*. Ceh! Pastu dalam hati sibuk bertelagah. 'Apa daa.. Dah bagi signal, pepaham la kasi orang masuk.. Takdak perasaan memahami betul lahh..'

Heh, kan? Okeh, itu adalah saya. Jarang-jarang. Tapi pernah berlaku. Erk. Ya Allah, maafkan saya. T_T

Haha. Kita buat baik dengan orang, tapi kita tak boleh harapkan dia akan juga buat baik dengan kita.

Kita selalu nak tolong orang, tapi kita tak boleh sandarkan harapan yang orang lain akan selalu nak tolong kita.

Kita rasa nak cepat-cepat maafkan orang dan minta maaf, tak mau dendam dan sangka buruk, tapi orang lain mungkin tak macam tu. Mereka mungkin perlukan masa untuk rasionalkan sesuatu perkara.

Mudahnya, kita tak boleh anggap orang lain akan mampu jadi seperti apa yang kita sangkakan, apa yang kita lakukan.

Sebab, setiap orang punya personaliti berbeza. Dan perbezaan itu satu rahmah, untuk kita saling melengkapi.

Ia juga adalah sebab untuk kita saling menerima sahabat kita seadanya. Kelebihan dan kekurangannya.

Dear self, jangan pernah minta balasan. Berkhidmatlah seikhlasnya. Sebarkan kebaikan dengan basah. Seiring dengan namamu. Bergantung haraplah pada Allah.

Moga Allah redha dengan segala usahamu.

Ya Allah, dalam tika aku cuba memperbaiki hubungan denganMu, bantulah aku perbaiki hubunganku sesama manusia.

Moral of the story... Just being good in your whole life. To people, to Allah's creation.


P/s : Dari kakak keri yang comel..Akak, jom lumba lari. hehe.. :)

Satu Per Tiga

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa kami
Sesungguhnya kami sangat-sangat berdosa kepadamu..
Terimalah taubat kami..
Kami tahu kau masih menyayangi kami..
Terima Kasih Ya Allah …
Alhamdulillah..


Ya Rahman Ya Rahim...
Engkau telah menciptakan dia dengan mempertemukan aku dengannya..
Terima kasih untuk saat-saat indah yang dapat kami lalui bersama…
Memberi kami agar kami lebih mengerti hakikat sebenar kehidupan ini..


Ya Rabbi..
Aku datang bersujud di hadapanMu..
SUCIKANLAH hatiku ini Ya Allah…
Sehingga aku dapat melaksanakan kehendak dan rencana Mu dalam hidupku..


Ya Allah..
Jika aku BUKAN pemilik tulang rusuknya …
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya..
Janganlah biarkan hatiku di hatinya…
KIKISKANLAH pesonanya dari kelopak mataku…
Dan JAUHKANLAH dia dari relung hatiku…
Gantikan damba kerinduan dengan cinta yang bersemayam di dada ini
Dengan kasih diri padu Mu yang tulus murni..
Hentikanlah aku dengan dugaan Mu ini..
Sesungguhnya aku tak mampu Ya Allah, aku tak mampu..


Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku ..
Kau satukanlah hati-hati kami..
Kau permudahkanlah urusannya Ya Allah..
Agar dia sentiasa di bawa rahmatmu..
Agar kami mudah sama-sama meraih cintamu Ya Allah..


Bantulah aku mencintai,mengerti dan menerima dia seutuhnya
Berikan aku KESABARAN untuk memenangi hatinya…
Redhai dia agar dia juga mencintai,mengerti dan mahu menerima aku dengan segala kekurangan sebagaimana yang telah Engkau ciptakan…




Ya Allah yang Maha Pengasih…
Dengarkanlah doaku ini..
Lepaskanlah aku dari keraguan ini
Menurut kasih dan kehendak-Mu..
Aku mengerti bahawa Engkau sentiasa memberikan terbaik untukku…
Dugaan ini mengajarku untuk semakin dekat dengan-Mu
Yang membimbing aku menuju cahaya hidayah Mu
Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar..
Menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan…
Jadikanlahkehendak Mu dan bukan kehendakku…
Yang menjadi dalam setiap kebahagiaan hidupku…
Ya Allah dengan rahmat dan kasih sayangMu Engkau pekenan dan kabulkanlah doa pemohonku….
AMIN…


p/s: Wahai hati, berbaik sangkalah. husnudzon. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Merencanakan yang terbaik untuk hambanya. Kepada tulang belakang yang tidak pernah jemu, syukran jazilan. Kasihmu tiada ternilai, membawa ke syurga. 


Maaf jika terserempak, sedikit pun saya tidak akan berpaling. Bukan kerana saya membenci, tetapi saya tak sanggup menerima getaran di hati. 




Tuesday, May 1, 2012

Suara Ketika Sedang Mencari

Teruskan melangkah walaupun langkahmu hampir tersungkur
Teruskan melangkah walaupun tak mampu menahan air matamu
Teruskan melangkah walaupun peritnya lukamu
Teruskan melangkah walaupun berdarah kakimu
Teruskan melangkah dan janganlah engkau putus asa
Tidaklah Allah menguji kamu dengan sesuatu yang amat menyakitkan melainkan Dia menggantikan yang lebih baik

InsyaAllah.

Genggam bara api biar sampai jadi arang!



Alhamdulillah, puan emak dan incik ayah dah bagi green light untuk bergelar pelajar lagi, abang dan kakak juga menggalakkan. Hanya perlu petunjuk dari Dia. Bak kata mak, pendapat Dia adalah yang terbaik berbanding pendapat orang lain. Biar masa menentukan segalanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...