Tuesday, July 31, 2012

1 Ogos 2012 - RSG Research Student Grant

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.

Hari ini 1 Ogos 2012 bersamaan 12 Ramadan 1433 secara tidak rasminya saya, Hartiny Binti Runa telah bergelar RSG. Secara rasminya tak tahu la bila. Alhamdulillah.

Walaupun sebelum ni banyak halangan untuk nak sambung belajar ni contohnya masalah kewangan, masalah malas nak belajar, masalah nak kerja, masalah kolej, masalah hati, tetapi  alhamdulillah Allah telah mudahkan segalanya.

Terima kasih mak dan ayah yang tidak pernah membantah
Terima kasih balong n kak long yang sentiasa menaikkan semangat
Terima kasih alang yang bagi akak pinjam kereta
Terima kasih uteh dan yana yang selalu menceriakan keadaan
Terima kasih ana yang teman tini duduk bilik sorang-sorang
Terima kasih syida yang selalu ajak pi jalan-jalan
yang paling penting..
Terima kasih Allah kerana mentakdirkan segalanya....

InsyaAllah dalam masa dua tahun ini ada sesuatu yang Allah telah rencanakan yang terbaik buat hambanya..

P/s : Pendaftaran 5 September, tapi satu persediaan pun tak buat lagi~~~

Wednesday, July 25, 2012

Speachless

Setiap kali
Berkali-kali
Acap kali

p/s: Alhamdulillah sudah 6 Ramadhan. bagaimana hari anda?? Lebih baik daripada semalam??

Saturday, July 21, 2012

Ramadan Kareem~

Assalamualaikum. Alhamdulillah :)

Ramadan telah menunjukkan tirai. Masih dapat berjumpa lagi dengan kamu, harap sehingga ke akhirnya. Dan ianya lebih bermakna.





  • Mari marathon baca kalam Allah. 1 hari 1 juzuk. tapi ada hari cuti, so perlu target lebih dari itu. kamu boleh!
  • Mari marathon tarawih dekat surau tiap hari, jangan buat dekat rumah, kalau pakcik tua boleh 20 rakaat, anda yang masih muda, remaja bertenaga superb macam mana?? Malu seyh...
  • Rajin -rajin melawat rumah Allah berdekatan, insyaAllah banyak pengisian pagi-pagi
  • berhenti buat perkara yg lagha!


p/s : selamat mencari kerja. kalau dah dapat kerja nanti, jangan lupa belanja saya,I hope that will be the best for you.

Wednesday, July 18, 2012

Perjuangan Lebih Terarah

Assalamualaikum

Alhamdulillah, telah selamat mendarat di Bumi Johor setelas 16 hari berhempas pulas tenaga di Kedah. walaupun pada awalnya hati tidak berapa ingin kesana, tapi akhirnya redha dengan tanggunggjawab yang telah di amanahkan. 

Semakin ramai mengenali manusia, semakin macam-macam ragam yang dapat dilihat dan semakin banyak pengalaman hidup yang dapat dikutip. Tahniah. Kepada sema pegawai muda yang baru sahaja ditauliahkan, All the best. Pengalaman selama 3 tahun itu sangat berharga dan gunakanlah se4baik-baiknya. Bijak lah dalam memilih mana yang perlu atau tidak. 

Selamat ke bumi johor, bermaksud juga perjangan yang baru akan bermula. Busy dengan bilangan student yang semakin ramai, duduk memerap di dalam lab bertungkus lumus menyiapkan proposal, 
perlu berulang-alik dari rumah ke UTM setiap hari, martahon siapkan kuih raya "selamat hari raya :) hehehe"
dan akhir sekali perlu manfaatkan Ramadhan kali ini sebaik-baiknya. Mungkin agak mustahil semuanya, dan pasti bisa tertekan dengan masa yang sangat mencumburui, tapi selalu ingat pesan balong, kadang-kadang kita perlu korbankan rasa penat dan malas kita untuk sesuatu yang bermanfaat. Baik bos!

Alhamdulillah, setelah punya sesi curhat bersama encik abang, berasa sangat lega. dan sangat-sangat berharap ianya lebih jelas matlamat dan tujuanya. Adik akan pegang sampai bila-bila. 

P/s : Buat tak dirinya, saya tidak kesah jika kamu memilih dia yang dulu. Kamu berhak memilih. Saya juga tidak akan memaksa agar kamu tidak rasa terpaksa. Tipu jika saya tidak kecewa, tapi saya yakin Allah sayang saya lebih dari saya sayang kamu. So?? Tak perlu nak sedih sangat lah. Chill baby!

Saya sangat yakin!


Ramadhan, its the time to clean our heart. 
.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...