Sunday, June 24, 2012

Bacalah Wahai Adik-adik - Part 3

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari seumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."  (Surah Al-'Alaq:1-5)


Satu
Tersergam sebuah rumah banglo. Di sebuah taman yang sangat-sangat hampir dengan tempat aku belajar. Aku pastikan alamat yang diberikan, sama dengan pesanan ringkas yang dihantar satu jam sebelum. Melihat sahaja kawasan luar rumah, aku dapat membayangkan tentu pemilik rumah merupakan orang-orang kenamaan ataupun tergolong dalam golongan profesional. 
“Ting-tong.” Loceng rumah aku tekan. Pintu pagar rumah dibuka, tanpa melihat si pembuka. Alat kawalan jauh. 
“Assalamualaikum.” Aku melangkah masuk tanpa dipelawa.
“Waalaikumsalam, tini ye. Masuklah.” Jerit tuan rumah dari dalam.
Aku sedekahkan senyuman bersama gigi sambil menghulur tangan untuk bersalaman sejurus melihat makcik tuan rumah menyambutku dihadapan pintu. Aku yang sudah terbiasa beramah mesra dengan orang yang lebih tua tidak kekok untuk memulakan perbualan dan memulakan cerita. Sehingga seluruh ahli keluarga dalam rumah itu telah aku ketahui walaupun tidak seorang pun yang aku lihat berada di rumah itu selain kucing berbulu lebat berwarna putih yang diberi nama Gebu, segebu bulunya.

NA, perempuan, pelajar Sekolah Agama Islam Hidayah tingkatan 3, kelas pertama. Anak bongsu dalam keluarga itu. Seorang yang sangat cerewet untuk memilih orang yang disukainya. Itu perkara yang paling ibunya highlight kan sepanjang perbualan kami. Reminder makcik itu

“ Makcik minta maaf kalau nanti dia tak suka dengan tini. Nanti makcik terpaksa tukar cikgu lain. Tapi setakat yang makcik tengok, tini ada persamaan dengan anak makcik. InsyaAllah tini boleh masuk dengan anak makcik tu”


Dua
Perpustakaan Sultanah Zanariah. Suhu dibawah 20 darjah celcius mengganggu perbualan kami. Pesan pada diri sendiri lepas ini perlu bawa sweater. Makcik kali ini kelihatan lebih muda, lebih kurang sebaya dengan puan emak dirumah. Sama daerah rupanya, dan anaknya semua lelaki, dan salah seorang daripadanya adalah kawan zaman sekolah menengah dulu. Tapi sudah pasti anak makcik tu tidak mengenali diriku yang kerdil dan tidak pernah berkata-kata dengan spesis berlainan sewaktu zaman sekolah. Tapi aku kenal anaknya. Penat si makcik explain peribadi aku pada anaknya. Aku tetap undefined.  Hoho. Malu =_=' . Low profile~~~


ME, lelaki, pelajar darjah 6, SK Bandar Pontian. Pelajar kelas akhir. Juga anak bogsu dalam keluarga. Pendiam dan sangat pemalu. Sangat gembira apabila dipuji. :)


Sifat peramah makcik membuatkan aku rasa selesa. Seperti berbicara dengan Puan Emak. Namun ada sesuatu yang buat aku tersentuh. 


"Walaupun makcik tahu dia lemah, tapi setiap kali solat makcik berdoa supaya dia dapat 5A. Makcik harap sangat-sangat bila Allah jumpakan tini dengan makcik, salah satu jalan Allah nak kabulkan doa makcik"




Tiga
  • Apabila kita semakin banyak kita menjalin ukhwah, semakin indah rasanya ciptaan Dia.  Macam-macam perkara baru kita boleh pelajari
  • Anak anugerah Allah. Setiap anak ada kelemahan dan kelebihan. Sebagai ibu bapa, perlu bijak untuk mendidik dan menggilap bakat anak-anak
  • Dunia ini sangat kecil. Sejauh mana kita lari, kita tetap akan jumpa kembali.
  • Banyak perkara yang buat saya "Speachless~"



p/s : Doa ibu, sangat tinggi nilainya. Saya Taching +_+~



Saturday, June 23, 2012

Tentang Rasa


Astrid  - Tentang Rasa
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

p/s : Saya masih ingat janji yang dulu. Saya juga berpegang pada janji Allah. Semoga kalian kuat macam saya. Jom wrestling! 

Thursday, June 21, 2012

Anak Kecil Ibarat Kain Putih

Assalamualaikum :)

Tragedi 1 :
Selepas asar, baca almathurat.
"Angah, ana nak ngaji ugak,opah ye cakap..baca bismillah" (dialog upin ipin)
Tersenyum, sambil baca doa makan bersama-sama.


Tragedi 2 :
Dalam bilik air.
"Ana nak gocok gigi. Nanti ade uyat dalam gigi. Acam dalam tibi"

Tragedi 3 :
Dihadapan tv. 
"Angah-angah!!" terjerit-jerit budak kecik ni..
"Ana nak apa??angah nak wat keje ni!!"(dalam keadaan marah)
"Tak guna angah!"
"Aish sape ajar ni??sape yang tak guna??"
"Ana la tak guna" tersengih-sengih tanpa rasa bersalah.


Takut dengan realiti sekarang. Budak-budak semakin bijak. Apa yang mereka dengar, lihat dan dengar, itu yang mereka akan ikut. Kalau benda baik, baiklah jadinya. kalau sebaliknya keluar la ayat macam 
"TAK GUNA ANGAH!!" bila carik-carik balik, rupanya dia tiru Adudu cakap pada boboboi bila dia marah 
Ni lah ADUDU

Kesimpulannya, perlu bijak untuk bercakap dengan anak kecil. Rajin-rajin tanya diorang sesuatu yang boleh buat diorang berfikir dan tunjukkan contoh yang baik. Kalau kita rajin baca surah pendek-pendek dengan diorang, nanti dia akan ikut kita baca. insyaAllah nanti diorang akan hafal??tak percaya??saya dah cuba..anada ce try buat kat anak-anak kalian nanti :) kalau korang suka menyanyi lagu omputeh kat diorang, konfem jugak diorang akan ikut sambil menari-nari..



Puasa tu kita tak boleh makan tak boleh minum, dari pagi sampai petang, PAHAM??

p/s: budak-budak akan ulang-ulang apa yang kita ajarkan pada dia

Monday, June 18, 2012

Finally :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,

Tiada lagi kelas berjam-jam
Tiada lagi gosip rakan sekumpulan
Tiada lagi assignment berjela-jela
Tiada lagi kertas peperiksaan
Tiada lagi nota kuliah

kerja rumah terakhir yang paling panjang~

team mate paling AWESOME sepanjang undergrade~

separuh classmate~

Saya bakal merindui semuanya
Dan bersedia menempuh alam hidup yang baru yang lebih mencabar

p/s : beruntung rumah dekat. tak payah pening-pening nak simpan barang kat mana. hangkut semua bawak balik. kehkehkeh :)

Thursday, June 14, 2012

I Love You So Much. Lillahi Taala.


Did I will have the opportunity to repay them?
Did I will have the strength enough when the time is coming?
Did I will make sure them will always happy with me?
Did i will??

Allah, please give me the chance to give the best for them.

"Allhummagfirli waliwalidaia warhamhuma kama rabbayani saghira"



Maher Zain - So Soon


Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever



Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon



Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever


There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

Wednesday, June 13, 2012

I am an English Teacher

"Did he feels the same as me??" I'm just wondering. 

ngeh~~
heh~~
lo~~

Nothing..
Two more paper to go. Please paper, be nice to me.

But tonight I' still need to meet my first 'formal' student. ah~~ I'am so nervous!!
I hope everything will be fine. InsyaAllah.


p/s: I just knowing that your viva is not too good. but, I know you can do it!Allah just wanna to test you. Just proceed with the thesis because I know you are very diligent and good student. I admit it Fighting!

Sunday, June 10, 2012

Alhamdulillah :)

Jika semalam kita bersedih, InsyaAllah esok kita akan gembira;
Jika semalam kita kecewa, InsyaAllah esok kita akan dapat yang lebih baik;
Jika semalam bukan rezeki kita, InsyaAllah esok kita akan dapat rezeki yang lain;
Jika semalam kita letih berpenat lelah, InsyaAllah esok kita akan dapat ganjaran yang setimpal;
Jika semalam kita susah, InsyaAllah esok kita pasti merasai kesenangannya..

Percayalah!
Itu janji Allah yang tidak pernah lupa sedetik pun usaha hambanya.

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

kami, gigi, dr.Sahar dan beg itu~

Terima kasih kepada ketua kumpulan yang suka kacau saya;
Terima kasih kepada ahli kumpulan yang sangat paham;
Terima kasih supervisor yang baik hati sangat;
Terima kasih Allah sebab bagi kami peluang kali ini.


most innovative award~


P/s : Dah boleh lupakan semuanya dan mula buka buku. Rasa semangat nak sambung belajar kembali berkobar-kobar..Fighting!

Saturday, June 9, 2012

Tiada Tajuk

Assalamualaikum,

Siapa kata kalau psm da siap awal satu sem untungla~~~
Siapa kata buat design je pun~~~
Siapa kata present design tak sama dan tak sestressss dengan viva~~~

Ok. SAYA STRESS!

Rasa macam perlu lari, lari jauh-jauh. Sampai letih. Pastu sambung stress~~~

badan penat. akal penat. hati penat. semua penat. i'm done..

Thursday, June 7, 2012

Setiap Kali

Setiap kali ia tersingkap
Setiap kali ia terukir di fikiran
Setiap kali ia dikenang
Sungguh ia amat menyakitkan

Setiap kali aku terlihat
Setiap kali aku mengetahui
Setiap kali aku membuka
Sungguh ia sangat mengecewakan

Setiap kali dia menulis
Setiap kali dia berkongsi
Setiap kali dia meluahkan
Sungguh aku terlalu cemburu

Setiap kali mereka bertanya
Setiap kali mereka berkata
Setiap kali mereka bergurau
Sungguh aku amat terasa pilunya

Sesungguhnya ianya amat sukar bagiku
Mempunyai mata terpaksa untuk dibutakan
Mempunyai telinga terpaksa untuk dipekak kan
Mempunyai mulut untuk dibisukan
Mempunyai perasaan untuk dipatungkan
Mempuyai kekuatan untuk dimusnahkan

Sungguh aku hilang semuanya.....

P/s : Mereka dalam diam-diam rupanya. Semuanya perancangan Dia.

Tuesday, June 5, 2012

Tentatif~

Assalamualaikum :)

Walaupun psm dah siap, selagi bergelar PELAJAR tidak terkecuali untuk setiap hujung semester tetap akan TENSION dan SIBUK.

Walaupun minggu BELAJAR dah mula, tapi usaha untuk belajar, tak mula-mula lagi. Hari-hari duk menghadap pelan kilang yang tak siap-siap. Nak keluar pergi makan pun malas. Hanya ditemani air ribena bancuh sendiri dibilik. InsyaAllah lepas final, berat badan turun. Tak payah minum herbalife.

-tanpa pewarna tiruan-tanpa perisa tiruan-tanpa pemanis tiruan-


Tentatif sepanjang bergelar pelajar 'undergrade' lagi :
7/6 - Havard Case Study
9/6 - Family Day
11/6 - Poster Presentation Plant Design Project
12/6 - Encik Environmental Management
14/6 - Encik Food Technology
15/6 - Encik Plant Operation
18/6 - Encik Mathlab
20/6 - BBQ SKK
21/6 - Mohon mengadap super2visor for post grade
22/6 - Selamat pagi Cikgu Hartiny!
30/6 - Mai pakat pi Melawat negeri orang, UUM!
Sepanjang Ramadhan - Main pondok-pondok

Teringat kata-kata Encik Hisam "Kalau kita buat kerana nak kejar duit, duit tu akan lari, percayalah. Tapi kalau niat kita ikhlas, betul nak tolong orang, nak tolong adik-adik ni berjaya. InsyaAllah kita akan dapat hati yang tenang, dan lebih daripada itu".
I'll take the chance and the opportunity!

Semoga Allah masih memberi saya kesempatan untuk melakukannya..Ameen..

"Ya Allah Permudahkanlah urusan duniawi dan urusan akhiratku dan sahabat-sahabatku, serta mereka-mereka yang aku kasihi"

Kematangan seseorang itu bukan diukur melalui usianya.
Pak Anjang


Dear you. Good luck for your VIVA and final. All the best. I'll always pray for you. Pray for your happiness.

Sunday, June 3, 2012

RUN!

Assalamualaikum w.b.t.

Kadang kala, bila kita ditimpa sebarang masalah, kita rasa perlu lari dengan semua ini. SUNGGUH! Dan memaksa diri dalam redha ataupun tidak untuk POSITIF!

Buat hati-hati yang sedang gusar,
Buat hati-hati yang tidak redha,
Buat hati-hati yang sering menyalahkan takdir,
Buat hati-hati yang sudah berputus asa,
Bersabarlah. Bersabarlah dan bersabarlah dengan ujian Allah.

La yukaliilfullahu nafsan illa wusa'ha. Allah tidak membebani seseorang melainkan kesanggupannya. 
(Al-Baqarah :286)


Allah beri kaki bukan untuk kita lari dari masalah. We have to face it. Sesungguhnya pengalaman merupakan cikgu paling berharga dalam kehidupan.

Wallahualam.



P/s : 

  • Minggu cuti sekolah merupakan minggu walimatul urus. Tapi mak kata jangan buat walimatul urus waktu cuti sekolah, sebab kompom harga ayam MAHAL!! x percaya?? cuba pergi pasar, survey! Kepada semua zauj dan zaujah yang baru diijabkabulkan. Barakallahu lakuma wa jamaa bainakuma fil khair~
  • Semua orang sibuk duk pi interview kerja..Semoga kawan-kawan dapat kerja-kerja yang diimpikan! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...