Thursday, April 26, 2012

Mencik!

 ENTRI 1 :

"Hye wat pe tu?"

Dari tengah tersenyum boleh terus termasam mencuka
Dari gelak ketawa boleh berkerut seribu
Dari mood buat kerja terus jadi mood tidur

Ok. Aku TAK SUKA!



ENTRI 2 :

Setiap kali diganggu. Aku masih ingat akan peristiwa itu. Walaupun tak seteruk mana, tapi ia tetap berkesan dalam hati. Sungguh!

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, banyak kes rogol yang berlaku. Selalu kalau kat rumah, walaupun nak pergi kedai beli ABC kat kedai Cik Coman yang jauhnya seminit kalau naik motor pun adik dengan paksa rela kena teman. Kalau tak mesti kena dengar emak pot pet sampai dia nak teman, ataupun tak boleh keluar. Apatah lagi nak pergi bersuka ria di bandar yang tak berapa bandar tu. BAk kata orang putih, prevention is better than cure. Tapi rasenye kalau bab ni memang tak boleh cure dah.

sumber : incik google

Jumpa sesuatu yang ingin dikongsi :

Cara untuk mengelakkan diri daripada diganggu/dirogol (secara fizikal) : 
  • Gunakan laluan yang digunakan oleh ramai orang. Elakkan dari berjalan di tempat sunyi
  • Jangan berpakaian seksi/ menjolok mata. Berpakailah mengikut syariat. memang wajib kan.
  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar atau bermakan minum dengan orang yang baru/ tidak dikenali
  • Jangan biasakan diri balik lewat malam
  • Biasakan diri berjalan di dalam kumpulan
  • Jerit sekuat hati jika diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali
  • lapor kepada polis dengan segera jika diganggu
Senjata umat Islam adalah berdoa. Cara untuk mengelak diri daripada diganggu (secara rohani) :


Maksdudnya : Ya Allah sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMU dan RasulMU, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan zalim. 

Wallahualam. 


p/s : Hadi bagi kad kawin sorang satu. Jadi WAJIB pegi weeding dia. Dia kata dia nak hadiah tv. Kene korek tabung gi beli hadiah dia. Jom p Key Ell!


Wednesday, April 25, 2012

Do Re Mi

Assalamualaikum.

3 April 1989.
Hari ini anak yang sulung dilahirkan. Jauh dari semenanjung Malaysia. Di rumah sewa, rumah panjang kaum Iban, Sarawak. Do.

4 Julai 1989.
Lahir adik kepada Do, Re. Bermata bulat tetapi kuat nangis. Dari kecil, lebih sihat dan tinggi daripada kakaknya.

6 Ogos 1989
Mi. Anak ketiga. Paling cantik. Gebu kulitnya. Kalah Siti Nur Haliza. Mewarisi kecantikan ibu kandungnya ketika muda.

1997
Dari kecil, mereka pantang berjumpa. Ada sahaja colehnya. Ada sahaja cerita baru yang ingin dikongsikan. Ada sahaja baju dan buku baru yang ingin dikongsi bersama. Kalau makan, perlu dikongsi. tak mahu makan guna pinggan, makan guna dulang, betiga. Seronok rasanya bila dapat suap sama-sama.

Kalau ada waktu cuti sekolah yang panjang, adalah perkara yang wajib untuk tinggal dirumah antara tiga. Tak boleh berdua, mesti bertiga. Teringat suatu hari, haritu Do dan Re bertandang ke rumah Mi. Sejak dari awal, Do sudah memberitahu ibunya akan tinggal di rumah Mi beberapa hari. Re tidak tahu akan itu. Yela dulu tiada khidmat pesanan ringkas lagi. Telefon rumah juga tiada. Setelah ahli keluarga lain bersiap untuk pulang, Re berkeras untuk tinggal bersama Do dan Mi. Tetapi orang tua Re berkeras tidak memberikan keizinan dengan alasan tidak menyediakan sebarang persiapan. Re menangis dipaksa pulang. Do dan Mi tidak mampu berkata apa. takut dimarah oleh orang tua. Selang puluhan minit, kelihatan kenderaan yang dipandu ayah Re kembali. Menghantar Re untuk bersama Do dan Mi. Katanya tidak tahan melihat tangisan Re yang tersedu sedan itu. Mereka bahagia berkumpul bertiga. Bukan berdua.

Do Re dan Mi mempunyai trademark tersendiri. Iaitu cara mereka bersalam. Ala-ala gaya Kuch Kuch Ho TA hai gitu. Setiap kali memulakan pertemuaan salam itu adalah wajib bagi mereka bertiga. Bila bersalaman, pasti ada mata yang melihat, tersenyum melihat telatah mereka.

25 April 2012
Tapi itu dulu, Ketika Do Re dan Mi masih kecil, masih di alam persekolahan. selepas SPM, Do membawa haluan ke Tangkak, Re membawa diri ke Perlis dan Mi masih kekal di dalam rumah kerana tidak dibenarkan oleh orang tuanya. Mi akur dan bekerja.

Hari semakin berlalu, masing-masing mempunyai komitmen sendiri. Sukar untuk bertemu antara satu sama lain. Kadang-kadang hanya berjumpa setahu sekali. Hari Raya. itupun Bukan seharian. Beberapa minit sahaja. Bila berjumpa, sudah tidak ada lagi cerita untuk dikongsikan. Kadang-kadang janggal. Tapi trademark mereka masih kekal. Kekal sehingga ke hari ini.


gambar terakhir bertiga

hari bahagia mu


rindu nak berceloteh dengan kalian...sungguh!!


p/s:next weeding 1-2 jun 2012. Insyaallah. Pengapit tak bergaji lagi~

Tuesday, April 24, 2012

Benci dan Rindu

Assalamualaikum w.b.t.


Kadang-kadang, setiap saat, setiap langkah, setiap perbuatan kita selalu bercanggah dengan kemahuan hati kita kan. Tapi, bersabarlah sesungguhnya banyak hikmah lain yang kita belum tahu lagi. Bersabar, bersabar dan bersabarlah.


Kadang kala susah untuk memujuk hati sendiri kan. Memang. Kerana sangat selalu kemahuan hati dan percaturan akal itu bercanggah. Belum dicampur lagi dengan hawa nafsu dan peraturan Allah yang selalu bersaing. Hakikatnya? tepuk lah dada, tanyalah iman. Sihatkah iman kita ketika ini?


"Cinta sejati itu menyenangkan. Tidak menyakitkan."  


Ibnu Athaillah berkata :


"La yukhriju asy syahwatan illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun!"

Ertinya, tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada ALLAH yang menggetarkan ...hati, atau rasa rindu kepada ALLAH yang membuat hati merana!"

Masih jauh aku dari itu. Kau bagaimana??


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia



nota kaki: ubat doktor bagi tak lut. virus-virus dalam diri sangat kebal. perlu ada statergi peperangan yang lebih utuh dan mantap.

Monday, April 23, 2012

Hari yang Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berjaya manemui kedamaian semalam. Yang berlalu biarkanlah berlalu. Hari-hari perlu diteruskan. Tapi semakin hari-hari berlalu, semakin dekat kita dengan ketentuan itu.

P/s : Proses menjadi baik adalah sesuatu yang tidak pernah berhenti. Kita tidak pernah menjadi baik. Berusahalah menjadi yang baik sehingga sampai expired date. Hari ketentuaan itu.

Tiada tarbiah yang lebih baik kepada seorang muslim selain mengingatkannya kepada mati.
Sumber gambar : encik google

Penghujungnya pasti yang indah :)

Keliru.

" Di lubuk hatiku tersimpan
Ada rasa bimbang
Yang enggan ku ceritakan"

Assalamualaikum.

Kadang-kadang diri kita sendiri pun tak paham dengan perangai kita sendiri. Apatah lagi orang lain yang baru kenal kita baru setahun dua.

Akhir-akhir ini, aku tiba-tiba menjadi seorang yang mudah marah. Tapi bukan pada kawan-kawan, tetapi kepada orang yang paling rapat dengan diri aku. Bila salah sikit je aku dah marah. Bila dia tanya lebih-lebh je aku naik angin. Sebab aku memang marah. Tak boleh nak simpan. Tetapi aku telah lepaskan pada orang yang salah. Tapi dia reda je. Sebab dia sangat-sangat kenal aku. Tak reti nak marah orang lain. Jauh di sudut hati aku, aku tak berniat pun nak marah kau. Maafkan aku. Dia selalu tanya kenapa, tapi aku senyum ja. Tak mampu nak cerita.

Lagi satu, kebanyakkan ahli keluarga aku tahu pasal dia. Setiap kali jumpa tanya dia. Kadang-kadang aku cipta alasan yang aku sendiri tak pasti. Satu soalan melahirkan satu garisan pada hati.

Sampai bila aku harus macam ni aku pun tak pasti. Sehari, sebulan atau bertahun-tahun. Cakap memang mudah. Tapi aplikasinya sangat susah.

Selalu bila aku ada masalah macam ni, aku ada tempat nak luahkan. Tapi kali ni aku tak mampu nak cerita pada dia. Sebab dia sangat-sangat berharap. Dia suka dia. Bila timbul cerita tentang ini, dia selalu cakap hari-hari dia doa aku tetap dengan dia, Sebab dia sangat baik untuk aku, dia percaya dia mampu jaga aku sebaik dia jaga aku. Bila dia cakap, aku senyum ja. Tapi lepas tu aku....

Tapi yang paling penting, Aku percaya pada janji Dia.


Bila aku kata aku tak kesah, Sebenarnya aku sangat-sangat kesah
Bila aku kata tak apa, tapi sebenarnya aku berharap kau tanya aku balik
Bila aku kata aku mampu, sebenarnya aku tak mampu
Bila aku senyum, sebenarnya aku sembunyikan sesuatu
Bila aku marah, sebenanya aku perlukan perhatian
Itulah aku, double meaning.


Hujan di luar dan di dalam bilik. Cepat angkat jemuran!

Kisah Wanita

Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.


sebab Allah SAYANG pada KITA..


saya keliru!

Sunday, April 22, 2012

Pelupa.

Sepatutnya hari ini perlu ke SEREMBAN! ada plant visit pukul 9 pagi. Tapi sedang duduk bersenang-lenang di hadapan laptop buat assignment. Ini adalah kelemahan duduk bilik single. Jika terlupa tiada yang mengingatkan .Tersedar apabila jam sudah menunjukkan 9.05 pagi. Sudah ditinggalkan oleh pakcik bas.


Maaf kawan-kawan sebab kalian mempunyai sorang kawan yang sangat PELUPA. Maaf sangat-sangat.


  • Interim presentation hari rabu ini. Semoga saya dan kawan2 berjaya. Selamat berusaha membuat report design!!
  • Nur kata, semua ni berbalik pada agama. Tini pilihlah sendiri. 

Thursday, April 19, 2012



"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
[2 : 216]

Wednesday, April 18, 2012

Bulatan kecilku

Bulatan kecilku. Aku kau dan dia.
Jika kau rindukannya
Aku juga rindukannya
Ya sangat2 merindukannya.

Aku tahu kau telah jumpa bulatan yang baru
Bulatan yang lebih besar dan lebh kukuh
Tapi bukan bersamaku aku dan dia lagi
Bersama teman-teman bulatan baru mu

Aku rindu bulatan kecil kita.
Dan aku juga sedang berusaha membina bulatan yang baru
Tapi masih tidak sama dengan bulatan kecil kita yang dulu

Fasabrun Jamil = Sabar Itu Indah

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian.


Soalan  : Kenapa perempuan lain. Bukan saya?


Jawapan : Sebab dengan orang lain tiada getaran. Dengan awak ada. Sebab tu saya berhenti


Soalan : Kenapa lelaki suka diam?


Jawapan : Sebab ego lelaki itu tinggi. Kalau saya ada masalah saya tak kan share. Perlu bersabar. Mungkin sehari, Sebulan dan tak mustahil bertahun lamanya. Ikut rentak saya. Kena banyak bersabar. Kalau betul sayangkan saya.


Soalan :  Takpa ke diam? Bila nak selesai masalah?


Jawapan : Diam juga adalah solution.


Soalan : Allah. berat. tak sanggup.


Jawapan : Sabarlah. Sekarang Allah nak uji. 
  1. nak hapuskan dosa
  2. nak tambah pahala
  3. nak angkat darjat (pahala yang besar bagi orang yang sabar)

Soalan : Apa nak buat sekarang?

Jawapan : banyakkan bersabar. Ikut rentak. Jangan lupa istikharah. Inilah saatnyanya nak jaga hubungan dengan Allah selepas sibuk menjaga hubungan dengan yang lain. Allah sayang awak. Awak terpilih. Kalau ada jodoh insyaAllah. ingat janji Dia. 


Syukran. Sangat membantu. 

Monday, April 16, 2012

Berhenti Menulis

  • Banyak perkara yang perlu diselesaikan
  • Banyak hati yang perlu dijaga
  • Banyak aktiviti yang perlu diperbaiki


Ya Allah.. Aku tidak mampu melihatnya.. Hati ini bagai dihiris-hiris.. Sangat kejam.. Berikan aku kekuatan!

Monday, April 2, 2012

Bertambah lagi satu angka.

Selamat Hari Lahir Hartiny.
  • terima kasih  emak yang melahirkan 
  • terima kasih ayah yang memberi nafkah
  • terima kasih abang yang  mengambil berat
  • terima kasih adik2  menjadi pelindung
Bye!

Sunday, April 1, 2012

Andai kata Dia kata pergi tetap akan pergi.

Terpisat-pisat mata itu. Terkejut. Jam di dinding menujukkan jam 1.30 a.m. Hanya mampu menangis. Terasa ingin mengadu. Tapi dihentkan niat itu. Thabat kamu!

Kalau dah tiba masanya Allah ambil Allah tetap akan ambil.
Kalau dah bukan milik kita. Selamanya ia tetap tidak akan menjadi milik kita.

Namun Allah mengajar kita untuk berdoa dan berusaha supaya merubah takdir Allah yang 'A' kepada takdir Allah yang lebih baik 'B'.


Ya Allah, luka ku berdarah kembali.....

Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...