Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Cheklist azam tahu baru masihi (2013) :



  • No more panggung wayang. Plis. Zero Plis~ Not once, twice..but null..  Alhamdulillah
  • Kurangkan keluar malam. Kalau nak window shopping, balik sebelum maghrib. Kecuali keluar dengan family. Malam boleh keluar hanya untuk pergi makan. only. baru 60%. need to improve.
  • Joging 2 minggu sekali 30%. maybe.hahaha.come on! kate nak kurus dan sihat
  • Jaga waktu tidur,tidur awal, jaga waktu makan, waktu qiam and ofkos waktu solat.. 50%. tak setiap hari dapat buat. tapi tahniah untuk diri sendiri
  • Melebihkan hal akhirat melebihi hal duniawi. (make it possible it is only between me and Him) undescribe. bila fikir2 balik, tak sangka ada tulis bende ni haritu. InsyaAllah. Allah lebih tahu.sepatutnya lebih detail azam ni. baru boleh fokus. 
  • nak pergi umrah..terpaksa tangguh sebab mengutamakan yang lebih utama. InsyaAllah. after this.  doakan :)

This is for my HIJRAH (1435H)!

  • Improve yang atas ni!
  • Belajar menjahit. at least paling kurang sebelum tahun depan dah pandai jahit jubah.
  • Ada mesin jahit sendiri. 
  • Start bisnes. jangan lupe beli nanti :)
  • Everyday in lab. 9.00 am - 5.00 pm.
  • Solat Dhuha EVERYDAY.
  • Puasa sunat Isnin Khamis, dan hari-hari yang disunatkan berpuasa.
  • After nikah, perlu merajinkan diri bersama encik suami ke p****k. 

p/s : Apapun yang kita lakukan kat dunia ni, hanya untuk mencari redha Allah. Banyak mana pun amalan yang kita buat, kita pun tak tahu yang mana satu Allah terima, Allah redha. Selamat mengubah diri. Semoga saya dan awak sentiasa dalam redha Allah, dan pengakhiran kita juga masih tetap dalam redha Allah. Ameen....


InsyaAllah saya akan diakad nikahkan bersama pasangan oleh wali saya pada 25 Muharram ini. Mohon doa kalian. Syukran Jazilan. 

Thursday, October 17, 2013

2 BIG things in November.

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak menjenguk kesini.

Kesibukan untuk prepare dua perkara penting dalam hidup ni. Satu insyaAllah, hampir 70% setlle, tapi yang satu lagi, punya masalah yang besar,SANGAT!..

Allah. Moga Allah mudahkan urusan keduanya.

Mohon doa dari kalian.

Terima kasih.

p/s : semuanya tentang yang akhirnya. dimana kita berada. bukan sekarang, bukan siapa kita dulu. Allahu....

Allahummasolliwasallim alaik...

Thursday, September 12, 2013

Awak. Yang pertama digelar.

Assalamualaikum.

Kesibukan melanda. Perlu struggle menyiapkan proposal. Sifat MALAS sangat menguasai diri. Allah.

Kehidupan yang lain berjalan seperti biasa.


tapi...
tapi...
tapi...


biarlah hati yang berbicara.....


#maaf hafiz. tak dpt nak hadirkan diri ke weeding mu. ada tuntutan yang lebih penting.

Sunday, July 21, 2013

Jadual.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ke 12. Dah masuk sesi pengampunan. Bacaan surat cinta macam mana? dah sampai juz ke 12??

Jadual dah keluar. Tersenyum lebar. Tarikh seperti yang dijangkakan. Semoga Allah mudahkan segala urusan. Fight for the first stage of the research, and the first stage of my life.

"Allahumma yassir wala tu'assirRabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Friday, July 19, 2013

secebis kain...

Satu

Sering dipandang pelik. Tegar kerana melanggar peraturan, sedangkan itu sunnah.
Pernah merasai perasaan itu. Cuba. Rasa. Baru tahu. Jangan komplain. Jangan pandang serong. Kata AHHAWAT??kalau perangai akhawat begini, bagaimana pula mereka yang lain?kalau penegak agama akhlaknya begini, bagaima akhlak orang lain. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kerana akhlak, tudung dipersalahkan. kerana sifat buaya, kopiah diperslahakan.

Dua
Sangat sukar menjadi sperti itu. Kawan amat penting. Pasti dapat tempiasnya. Jika kau bersama kawan-kawan mu, kau akan bahagia. Tapi jika kau bersama yang lain, pasti kau jadi ALIEN. pelik dan aneh. tapi disisimu pasti ada  seekor dua alien juga. tetapi dlm hatinya sahaja. itu pasti boleh jadi kawanmu.

#monolog dalaman hati#



Sunday, June 9, 2013

Wedding #4

Assalamualaikum :)

My dear ex rumet at MJSC Pontian, Barakallah. Semoga bercinta sampai syurga bersama encik suami. :)

Lokasi : Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang.


Kakak berniqab, ke sana kemari... bersama KAMERA.

Bismillahirrahmanirrahim...

buang habuk sikit..
....................
.........
....
...
.


Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah, cuti sekolah yang lepas berjaya meluangkan masa bersama adik-adik untuk masa seminggu. Pada mulanya, aku ditugaskan sebagai fasilitator sepenuh masa. Jaga adik-adik dalam kumpulan. Tapi, tiba-tiba jadi bidan terjun, bersama kamera sepenuh masa. Sebelum tu, nasib baik sempat berguru ibu kecik, si 'RR'. Terima kasih awak :)

peminat setia amek gambar :)
Setiap kali program macam ni, pasti ada kisah yang tersendiri, boleh dijadikan panduan dlm diri sendiri. InsyaAllah baiki hati, baiki niat.


Gambar adik -adik...



abang dan adik. suwit~

barisan fasilitator

Monday, May 13, 2013

Bukan tak excited, cuma dalam hati.......

Assalamualaikum.

Sudah berhabuk ini blog. Banyak kerja yang tertangguh. Selepas puas berhoneymoon dirumah selama hampir sebulan. Tenaga yang ada perlu diperah-perah untuk menyelesaikan tugas yang bertimbun-timbun. Tapi sehingga ke harini, secara jujurnya tak siap lagi!! kerana mood "BELAJAR" sudah hilang, kena sedut balik nih!!

Disamping kerja sebagai pelajar, malam hari kini disibukkan dengan main pondok-pondok. Alhamdulillah. Salah satu impian tercapai. InsyaAllah dalam masa 2 tahun ini masih di JOHOR. semoga boleh khatam semua pengajian tu. Ameen. Doakan saya cepat! :)

Jadi, jadual perlu disusun dengan teliti, supaya semua kerja boleh siap pada masa yang sepatutnya. Plis2~. Persediaan untuk majlis dua hari pun telah bermula, pening juga. Semua perlu diuruskan sendiri. Perlu berjuang menegakkan syariat! hehehehe..say no tu kumpulan gitar rancak, say no tu mak bapak andam, say no to budget yang besar. But, say yes tu kakak tukang jahit, say yes to almathurat, say yes to home sweet home. INI SERIES!

Fighting HARTINY!!

p/s : mudir kata, kalau ada rezeki antum semua, insyaAllah boleh pergi bulan 12 ni..*_* excited..semoga Allah mudahkan rezeki saya, awak dan mereka semua..

Kawan saya kata, saya tak excited. bukan saya tak excited, cuma dalam hati saya, saya hanya nak beribadah. salah satu jalan saya untuk Allah mudahkan saya masuk syurga. bila Allah dah redha dengan pilihan ini, saya teruskan. Saya tahu, dulu saya banyak buat dosa.Jadi saya tak nak tambahkan lagi. Sudah cukup banyak. Saya malu pada Allah. Biarlah hanya Dia yang tahu apa niat saya. 

gambar ni azie lukis masa kat konvensyen felo,  Melaka...comel kan..joget~ 

Thursday, April 18, 2013

Jangan Politikkan Isu Ini - Ayat Klishe~~

Assalamualaikum.
Klishe kan.....

Kalau dah memang ada campur tangan politik, nak cakap macam mana lagi. Tak payah nak berbasa-sasi lagi la..... (mood marah!)

Sebelum ini, banyak benda yang tak kena batang hidung sendiri. Tapi bila dah jadi depan mata, sendiri yang kena, baru nak gelabah. Amek kau sebijik!

__________________________________________________


Perasaanku bercampur baur. Entahlah. Sejak mendapat teguran haritu aku rasa tawar hati. Sungguh. Ye aku tahu ianya polisi, tapi aku rasa DISKRIMINASI. Aku rasa ini hak aku. Walaupun, itu bukan perkara wajib, tapi itu hak aku.. Dia lebih tahu apa niat aku.

Sebenarnya ada dua benda yang nak aku ceritakan. Tapi, dah bercampur macam rojak. Sama seperti perasaan aku ketika ini.

Kalau ada rezeki aku nanti, insyaAllah AKU BERHENTI. FULL STOP.

Dari aku,
Orang yang rasa teraniaya.


p/s : macam mana eja klishe ni??klise???ke klishe?? ke kelisa..eh??

Thursday, April 11, 2013

Wedding #3

Assalamualaikum. Bulan lepas sempat bersinggah singgahan ke Batu Pahat mengahadiri weeding Lina, ex classmate kat UTM mase undergrade. Satu benda yang paling suka bila pegi wedding x-classmate ialah boleh jumpe sayang2..hehe,,ila..bibi..azack..tqa..sha..surhanis..dan yang lain2..ye la..mereka2 wanita bekerjaya.so time2 cenggini la ley jumpa pn..
Tapi..xde gambar yg 'sopan' untuk dikongsi..cuma boleh curi gambar dari fb bride yang comel je..
mereka memang comel. photogenic!

Lepas pi wedding tu, mase tu la nak habiskan masa bersama mereka..sebab kan jarang jumpa..sob2~

Tak ada pa nak share sgt pn, cuma rindu mereka.

Next  wedding target : Nadia Ibrahim..insyaAllah..

p/s : sori buat shy, amin dan ana kerana tak mampu hadiri majlis walimah kalian..semoga kalian bercinta sampai syurga dengan pasangan masing-masing dan memperoleh keluarga sakinah, mawaddah, warahmah..ameennn.....

Tuesday, April 9, 2013

Muka Baru

Assalamualaikum. Sudah lama tidak bercoretan di sini. Kangen banget~~~

Untuk fasa hidup yang baru ni, hanya mampu tersenyum mengucap syukur wink *_*.. Buat mereka yang banyak membantu, memberikan sokongan, syukran jazilan diucapkan. Moga aku mampu istiqamah dalam jalan ini. Sentiasa membetulkan niat. apa?mengapa? aku begini...

Mungkin akan ada yang berkata-kata, mungkin akan ada pandangan yang sinis. aku akur, aku insan yang lemah. Redha dengan ketentuanya. Aku hanya seorang yang berusaha membaiki diri. Masih banyak kelemahan, dan sesungguhnya aku tidak layak. Tapi hanya aku dan Dia yang mengetahui segala isi hati.

Dalam aku mencari kekuatan, dapat 2 helai hadiah dari teman. sempena pertambahan angka. terharu #_#
purple, turqoise




p/s : terima kasih UTM sebab dah tukar polisi (baru tahu). Terima kasih awak bagi sokongan pada saya. Terima kasih Allah. Alhamdullillah :)
 


soalan standard lepas jumpa beberapa orang kawan lama dan kawan baru : eh, da kahwin ek??senyum nampak mata *_* 


Wednesday, February 27, 2013

2 atau 1

Assalamualaikum. Sudah lama tidak mengupdate rasanya. Hye iman, hya hati? bagaimana keadaan anda harini?

Menghitung hari untuk melangkah satu tangga kehidupan. Banyak persiapan yang perlu dilakukan. InsyaAllah, jika semuanya selesai, akan dicoretkan semula, insyAllah boleh dijadikan panduan pada semua (ceh, macam ramai pembaca.kekekeeke).

Tapi, apa yang dapat dikongsikan di sini, setiap apa yang kita ingin lakukan, firstly kena betulkan niat. Untuk apa kita buat. InsyaAllah, jika niat kita betul, lillahi taala, mencari keredaan allah, insyaAllah. Dia akan mudahkan urusan kita dan kita tahu apa panduan yang perlu kita buat, dan kita tinggalkan. Ketepikan pandangan manusia, pandangan Allah itu yang paling penting.

p/s : Alhamdulillah. menjadi adik pelajar kembali. Tajuk baru buat rasa nourvouse. Tapi, Allah tahu yang terbaik . Sengih sorang2.

Eh, kalau tempat korang, 1 ke due ek??yang penting, Johor 2.ek..ek..ek...

you, complete me~
.ihsan incik google. sekadar hiasan.

Tuesday, February 5, 2013

Sirah : Kisah Cinta Salman Al-Farisi

Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang
dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi shalihah juga telah mengambil
tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah
pilihan dan pilahan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sehat. Dan
pilahan menurut perasaan yang halus, juga ruh yang suci.

Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat
kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki
adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia
berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang
pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi
Madinah berbicara untuknya dalam khithbah. Maka disampaikannyalah gelegak
hati itu kepada shahabat Anshar yang dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’.

”Subhanallaah. . wal hamdulillaah. .”, girang Abu Darda’ mendengarnya.
Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa
cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru
tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang
Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah
memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang
utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sampai-sampai
beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili
saudara saya ini melamar putri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abud
Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.
”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua,
shahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini
bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak
jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi
isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan
segala debar hati.

”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata
sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi karena Anda berdua yang
datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahwa puteri kami
menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ kemudian juga memiliki
urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.”

Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah.
Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya! Itu
mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah karena satu
alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan
persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu
yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesadaran; bahwa dia memang
belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita dengar ia
bicara.

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan
ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi
pernikahan kalian!”
???

Cinta tak harus memiliki. Dan sejatinya kita memang tak pernah memiliki
apapun dalam kehidupan ini. Salman mengajarkan kita untuk meraih kesadaran
tinggi itu di tengah perasaan yang berkecamuk rumit; malu, kecewa, sedih,
merasa salah memilih pengantar –untuk tidak mengatakan ’merasa
dikhianati’-, merasa berada di tempat yang keliru, di negeri yang salah,
dan seterusnya. Ini tak mudah. Dan kita yang sering merasa memiliki orang
yang kita cintai, mari belajar pada Salman. Tentang sebuah kesadaran yang
kadang harus kita munculkan dalam situasi yang tak mudah.

sumber :  kisah.web.id

p/s : belajar sesuatu.

Sunday, January 27, 2013

scary~

ada org scary...meremang bulu roma..

k..
bye!

Monday, January 21, 2013

Mas Kahwin Vs Hantaran

Disuatu petang....

Anak : Mak, ayah.. adik nak tunang bila??

Mak : Aritu dia kata bulan depan nak pergi merisik. raya nanti bertunang. dekat je kan. boleh la pergi 2 kali

Ayah : kamu bile pulak?

Anak : insyaallah. yakin pada Allh. adalah nanti. Agak2 mahal tak ek hantaran adik nnt kesian dia kene kumpul duit.. huhu

Ayah : alah keje kat farmasi je. x kan die nak letak mahal2. lain la  mcm kamu ni. ada master. paling kurang ayah letak 10 ribu.memang standard harga sekarang la tu.

Anak : paling kurang?

Mak : ish awak ni. orang nak jadi anak kita. tak kan kita nak susahkan anak kita. seberapa dia mampu la.

Ayah : kalau dia bg 3 ribu ja. macam mana. ??

Mak : xpe kita terima jela buat doa selamat sudah. boleh jemput ramai orang. kalau nak mewah kita guna duit kita sendiri. jgn susahkan anak orang. insyaallah masa adik nanti Allah mudahkan anak kita juga. tak membebankan dia. insyaallah.

Anak : akak nak ckp sikit boleh..jgn marah ye ayah mak.Rasullullah mengajar kita ada 4 ciri utk pilih pasangan. tapi plg penting pilih la yg beragama. akak fhm mak ayah mesti tau bab ni. tapi mcm mne dgn pelaksanaanya. sekarang ni sgt susah utk cari org yg baik. mmg tak dinafikan. tapi bila akak dah jmpe org yang baik tu, akak hrp mak, ayah memudahkan urusan akak dan dia. tak membebankan. dan kita buat yang mana perlu. tinggalkan yg mana tak perlu. akak harap mak dan ayah faham dgn kehendak akak. Kalau dia kaya mcm mne pun tapi tak beragama tak gune jugak kan..

mak : mak sokong je.

ayah : ayah nak ada karoke boleh??

anak : boleh.tapi akak nak semunya lelaki. boleh ayah janji xde perempuan yg nyanyi..mesti tak kan.. so x perlu kot..maaf ye ayah..

ayah : em..ikut la..

mak : tu la awk. lain kali jgn hantar anak belajar tinggi2.. dia dah belajar. bnyk la yg die x dttgr ckp kita. len kali jgn anta belajar tinggi2..keje kilang..hahahhaa


semua tertawa mendengar celoteh mak...hehehehe..

p/s : amat penting buat ibu bapa kita faham apa yang kita tahu. apq yang sepatutnya. berbincanglah dgn baik sypata tidak mengecilkan hati ibu bapa kita. terima kasih mak ayah kerana sangat memahami..


mas kahwin johor paling murah : rm 22.50. milik mutlak isteri.. encik suami..tambah sikit boleh?? :)

Friday, January 18, 2013

Mulai saat ini...



Hari itu aku bekerja seperti biasa. Pakaian yang biasa. Dan tidak lupa aksesori yang wajib itu. Ya, memang tidak dinafikan, setiap kali aku memakainya. pasti akan ku ingat pada dia. Dia yang memberi. Walaupun aku tahu aku sudah tidak bersedih hati lagi, tapi jauh disudut hati, aku sangat sayang barang itu. Walaupun ianya kecil dan tidaklah mahal mana, tapi aku sangat menghargainya. Salah satu sebab mengapa aku tidak membuangnya kerana aku tidak boleh menipu diri aku sendiri. Aku masih teringat tentang dia. Dia yang memberi.

Namun, hari itu, sesuatu yang berada diluar jangkaan berlaku. Seperti biasa, setiap kali untuk menunaikan solat, aku perlu membuka aksesori itu. Perkara wajib perlu dilakukan. Membasuh pergelangan tangan, berkumur, membasuh hidung, membasuh muka beserta niat, dan seterusnya beberapa anggota badan yang perlu sehingga yang terakhir..kaki.. Aku kembali memakai tudung dan mencapai barang aku letak di kawasan yang lebih tinggi. Tanpa aku sedar, barang itu terlepas daripada tangan aku. Pecah. Tercabut. Aku tergamam.

Aku kutip semua serpihan. Simpan di dalam beg. Terus menunaikan solat, mengikuti jemaah yang sedia ada. Usai solat, aku kembali melihat barang itu. Memang tidak mampu untuk dibetulkan lagi. Namun, alhamdulillah, aku tidak bersedih. Dalam hatiku terdetik, mungkin Allah menegurku. Mulai saat ini, tiada lagi kenangan dia. Lupakan semuanya. Aku tersenyum sendiri. Tak perlu bersedih. Allah ada. Alhamdulillah.

Mungkin jika ia tidak rosak, aku akan terus memakainya.
Mungkin jika ia tidak rosak, aku masih terkenang pada dia.
Mungkin jika ia tidak rosak, aku tidak bergantung pada Allah sepenuh hatiku..

Ya Allah. Terima kasih. Ampunkan hambamu yang selalu terleka, terlupa dan lalai..

InsyaAllah, mulai saat ini..

bukan aku seorang..bersyukurlah hartiny...
p/s : Menghitung hari. Sepmoga Allah mudahkan. Urusan Saya dan Awak. InsyaAllah. ini yang terbaik. Allah redha. 

Sunday, January 13, 2013

Azam Tahun Baru

Assalamualaikum..

Em..x lewat lagi kan nak share pasal azam tahun baru??hehe..

Banyak sebenarnya azam tahun baru. Tapi nak share azam-azam tahun baru yang tak pernah pun terlintas kat fikiran sebelum ni adalah :


  • No more panggung wayang. Plis. Zero Plis~ Not once, twice..but null..
  • Kurangkan keluar malam. Kalau nak window shopping, balik sebelum maghrib. Kecuali keluar dengan family. Malam boleh keluar hanya untuk pergi makan. only. 
  • Joging 2 minggu sekali
  • Jaga waktu tidur,tidur awal, jaga waktu makan, waktu qiam and ofkos waktu solat..
  • Melebihkan hal akhirat melebihi hal duniawi. (make it possible it is only between me and Him)
  • nak pergi umrah..

p/s : dah boleh survey2 barang hantaran..huntungler~~

Tuesday, January 8, 2013

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati.

Assalamualaikum.

Hari nak share sedikit pasal kesihatan. Sebagai wanita yang yang sangat concern pasal kesihatan, seriously bila baca apa-apa artikel pasal kesihatan akan membuatkan aku sangat teruja, and sangat excited untuk tahu.   Jadi nak share sedikit pasal info nak kat kalian.

Menurut WHO (World Health Organization) kanser serviks / kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua yang kerap berlaku selepas kanser payudara.

ini sumber dari encik google :


Kanser servik merupakan kanser yang boleh dicegah dan kunci kepada pencegahannya adalah melalui ujian saringan pap smear. Di negara-negara maju, kanser ini sangat jarang berlaku disebabkan oleh kesedaran dan langkah pencegahan yang diamalkan tetapi di negara kita kejadian dan kematian disebabkan oleh kanser ini adalah masih tinggi.

Punca terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ). Kajian menunjukkan 99.7% daripada kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV ini. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV dan ianya boleh dibahagikan kepada virus HPV berisiko rendah yang menyebabkan kutil atau wart dan virus HPV berisiko tinggi yang berkait rapat dengan prakanser dan kanser. Virus ini berkeupayaan untuk memasuki sel permukaan servik dan melepaskan DNA mereka untuk bercantum dengan DNA sel permukaan servik dan seterusnya terjadi pembiakan sel-sel di luar kawalan. Bagi kebanyakan wanita (lebih kurang 80%) yang sihat dan normal serta mengamalkan seks yang baik (tidak berbilang pasangan), mereka dapat menghapuskan jangkitan HPV ini dan bebas daripada mendapat prakanser dan kanser.

Seandainya jangkitan virus ini dapat dicegah, sudah tentu ini dapat mencegah dari terjadinya kanser dan prakanser. Sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh ‘Federation of Drug Administration’ ( FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia. Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun. Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut. Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks. Sebaik-baiknya vaksin ini diberikan ketika mereka berada pada peringkat awal remaja.
Namun, perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear MASIH perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.

Dr Murizah Mohd Zain
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah

Ha. So camne?? Ada tak kesedaran nak ambil vaksin?? Sebenarnya untuk kakak2 yang belum berkahwin macam saya  ni perlu la ambil inisiatif pergi sendiri klinik swasta untuk mendapatkan vaksin. Memang agak MAHAL (lebih kurang rm 180 satu suntikan + rm 30 untuk konsultasi doktor so total dalam rm 210 sekali suntikan). tapi mencegah lebih baik dari mengubati kan?? Tapi untuk adik2 sekolah menegah tingkatan satu anda patut berbangga sebab kerajaan memberi inisiatif untuk beri suntikan percuma. 

Suntikan ni adalah tiga kali dalam masa 6 bulan. 

pamplet untuk adik sekolah~

Dan ada terbaca blog kakak sorg ni..ngeri kot..kakak ni dah berkahwin..dan dia kata lepas kahwin 3 tahun macam tu kene pergi buat ujian pap smear. sebab virus hpv ni berjangkit selalunya disebabkan hubungan suami isteri. Tapi TAK MUSTAHIL jugak untuk berlaku walaupun tidak melakukan seks. Ok. Takut. Series. Banyak je info yang di baca tapi tak muat nak sumbat semua kat sini. so korang rajin2 la tanya encik google. Supaya ada keinsafan untuk pergi ambil suntikan dan buat pemeriksaan pap smear. Kepada yang nak berkahwin tu jangan lupa 6 bulan sebelum nak kahwin dah start pergi ambil suntikan ini. So sila simpan duit untuk vaksin skali, bukan simpan duit untuk walimah ala mak datin jer!!

Selamat menjaga kesihatan!! rajin2 lah membaca buku2 tentang kesihatan dan pemakanan..

P/s :  Ubat yang paling mujarab ialah berdoa kepada Allah s.w.t. Tapi Usaha kita sebagai manusia perlu ada. Bukan ubat yang menyembuhkan penyakit kita. Tapi semuanya berlaku atas keizinan Allah. Ingat tu kawan-kawan!!

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبِأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَفَمًا

“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, yang menghilangkan segala petaka, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada yang bisa menyembuhkan kecuali Engkau, sebuah kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Al-Bukhari).

Tengok link doa2 Rasullullah di sini

Suka pergi Klinik Siti Fatimah kat Taman Universiti. Doktor dia perempuan dan sanngggaaaaaattttt baik. Jemputlah datang klinik beliau..


Monday, January 7, 2013

Weeding #2

Assalamualaikum.

Last weekend berjaya menghabiskan satu hari bersama classmate yang dah lama tak jumpa.. Walaupun satu fakulti, tapi lama kot tak jumpa diorg. tapi hanya berkesampatan berjumpa tqa n shahirah ja. Yang lain, lain kali ye..hehe :)

Nak jumpa diorang opkoz sebab ada sesuatu yang penting. iaitu nak p weeding classmate kami Yam dan pasangannya yang comel di Kota Tinggi. Sebenarnya aku yang paksa Sha n Tqa tuk teman aku pergi, sebab aku tak dpt nak pergi majlis belah perempuan kat KL sebab mase tu ade Jambori KRIM. So mereka terpaksa meneman aku atas keizinan pengantin sehari sebelum hari kejadian..hehe..Terima kasih kawan2..

Nak share gambar pengantin :

Kegelapan gambar berkadar terus dengan sistem pencahayaan di pelamin, walaupun dah guna kamera mahal note 2 si Jumain.  Sila abaikan muka yang berminyak lagi mata bercahaya setiap orang.
Keadaan jammed yang teruk membuatkan kaki sengal-sengal kerana memandu kereta manual. bagi memuaskan kaki yang sakit, menghabiskan masa yang lama di Jusco Tebrau sambil bergambar di tempat yang sepatutnya. Dan membawa tqa and Sha pergi makan burger bakar abg burn for the first time. mereka excited!!

saya, mereka dan bege kami.
p/s : rindu iela, bibie, dan azack :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...