Thursday, September 27, 2012

Allah Lebih Tahu

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam masa 2 minggu ni pelbagai perkara yang dilalui. Pelbagai perkara yang dipelajari. Hanya mampu menarik nafas sedalam-dalamnya. Redha dengan ketentuannya.

Banyak perkara perlu diselesaikan. Sudah dua hari ulang-alik dari faluti-sps-rmc-bilik-sps-fakulti-rmc. Itu rutin harian. Tetap bersabar. Tiada perkara yang mudah dalam hidup ini.

Perlu tetap menyelesaikannya hingga semua kembali sediakala.

Manusia merancang hari esok. Tapi bila Allah kata hari ini. Tetap hari ini. Bukan esok, bukan semalam. 

1. PENANGGUHAN PENGAJIAN

Apapun, terima kasih kepada sahabat-sahabat, Pn. Zarina yang memahami. Terima kasih mak ayah sebab sentiasa memberi sokongan walau apa sahaja yang berlaku. Walaupun ianya belum lagi selesai, insyaAllah dengan doa-doa kalian, Allah akan mudahkan urusan saya. Satu langkah sudah lepas, masih berlangkah-langkah lagi yang menanti.

Perlu berusaha keras mencari sesuatu yang telah digunakan. WAJIB!

p/s : Perlu menghadap tn. pengetua, tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. kadang-kadang tak tahu yang mana betul, yang mana salah.

Tuesday, September 25, 2012

1600

pink interframe jugak~

p/s : harga tudung semakin mahal. jom pakat beli kain. jahit tudung sendiri. semoga istiqamah..

Sunday, September 23, 2012

Hati Putih, Putih Hati

Assalamualaikum. Baru keluar ICU. Alhamdulillah kembali pulih seperti sediakala.

Mari menyambung membaca journal!!

p/s: berusaha mengembalikan ukhwah bersama mereka. Semoga Allah mudahkan. Doakan ye :)

Thursday, September 20, 2012

Give Me More Time..


Ini kisah seorang pelajar yang belum rasmi.

Sejak semalam. Hati itu tidak tenang. Sepatutnya bersua semalam. Tetapi asyik ditangguh. Semalam pagi. Petang. Tak jadi. Hari ini pagi. Tengah hari. Tetap tak kunjung tiba. Dalam kebosanan menunggu, 1 message received.
"Maaf, saya ada hal lain. Jumpa saya petang ini. Pukul 3.30."

Satu keluhan panjang dan berat terluah. Tapi tetap digagahkan jua untuk bertahan sehingga ke petang. Bila tiba masanya. Satu kenyataan telah terluah. Yang mungkin tak pernah terfikir oleh seorang pelajar. Sebak yang dirasa. Air mata telah hampir bergolek-golek. Tetapi ditahan. Dalam hati, tahan, sabar, bukan disini tempatnya. Sabar..sabar..

Selama hampir satu jam lebih, suara-suara berharap, menagih simpati.

Next Friday, take it or leave it!!

Kaki melangkah pantas keluar dari bilik itu. Seperti mahu lari sejauh-jauhnya. Tanpa menoleh kebelakang lagi. Mencari-cari kereta. yang lupa entah diletak dimana. Tak ingat. tidak mampu berfikir. Mujur tempat itu tidak luas. masih mampu mencari lagi.

Masuk kereta. Hidupka enjin. kedengaran bilal masjid UTM melaungkan azan Asar. Hati berasa sangat sayu. Air mata yang ditahan sejak tadi terlimpah jua. Menangis sepuasnya. sehingga azan itu habis dilafazkan..

Aku tak boleh begini. Perlu mencari sesuatu yang mampu menenagkan hati. Mencari-cari handphone. Perlu menaip pesan ringkas. Hp tiada. mungkin tertinggal di bilik. Dengat pantasmemecut. perlu pulang dengan segera.

Bukak pc. Online skype. oh. dia online..

Aku : Awak..
Dia : ni mesti pasal dia kan..
Aku : ^^%$#%$^%&^*&*^&^^&%%
Dia :sabarlah. insyaAllah ada masa lagi untuk usaha. Allah yang gerakkan hati dia . Percaya itu.
Aku : Baik terima kasih.

Berasa sedikit lega dan mampu menghabiskan setengah balang kuih raya. Sekian.



Monday, September 17, 2012

Barakallah

" BARAKALLAH HULAKUMA WA BARAKALLAH ALAIKUMA WA JAMAA BAINAKUMA FIL KHAIR"

 jari manis~


doa suami buat isteri. semoga menjadi isteri cerdik yang solehah. ameen~


  • Tahniah juga buat kak Nurul Wahida Binti Ibrahim. Semoga memperolehi keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.

Monday, September 10, 2012

Setahun Setengah Lagi!

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah minggu lepas telah berjaya mendaftar secara rasminya sebagai student master in research di Universiti Teknologi Malaysia. Tapi ada sikit masalah teknikal, x dapat la kad metrik. Tak tahu la siap bile. Pakcik tolong ye siapkan cepat-cepat kad merik saya. Saya perlu uruskan permohonan RSG secepat mungkin.. Tolong ye Pakcik :(

Harapan untuk menghabiskan research ni dalam masa setahun setengah ja (normally orang buat 2 tahun) harap2 tercapai.. InsyaAllah akan berusaha tekun setiap hari mengadap laptop mebaca jurnal dan memerah otak semaksima yang mungkin.

Dan sangat-sangat berharap impian selepas setahun setengah nanti akan tercapai jugak. Ameen..

Dalam masa setahun setengah ini saya perlu :

  • bagi duit pada mak ayah every month. insyaAllah rezeki itu berkat walaupun sedikit.
  • berjimat cermat, dan perlu ada simpanan yang tetap setiap bulan
  • fokus pada research. semaksimumnya.
  • pandai bahagi masa untuk anak-anak, adik-adik, kawan-kawan, family
  • daftar haji!
  • kawin. hehe :)

Buat Encik I, sila fokus 6 bulan ini. Ingat pesan umi dan ayah. Lupakan yang lain.
Buat Cahaya, insyaAllah ada rezeki kamu nanti. Persiapan itu lebih penting.
Buat rumet angkat, jangan malas pergi kerja. nanti DIBO buang kerje baru tahu..hehe :)


p/s : Selamat bekerja. Mencari nafkah untuk keluarga. :)

Wednesday, September 5, 2012

Buat Ibu-ibu dan Bakal Ibu :)





p/s : Alhamdulillah. Boleh bernafas dengan leganya *tersenyum simpul* :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...