Monday, December 31, 2012

4 perkara, tapi 1 yang utama...

 "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s : bukan wanita sahaja..lelaki juga..kita berhak memilih!!

Wednesday, December 26, 2012

Anda berat apa?


Assalamualaikum.

Ini kisah benar. Kebanyakan rakyat Malaysia meninggal dunia disebabkan oleh makanan. Sama ada terlebih makanan, kekurangan zat makanan ataupun makan makanan yang tidak sehat. Betul kan?

Tapi rakyat di negara miskin meninggal dunia disebabkan oleh makanan juga tetapi disebabkan oleh tiada makanan ataupun mati kelaparan.

Rasanya diri ini, sudah lama tidak berjogging. Sudah lama tidak menjaga kesihatan diri. Sudah lame tak sambung makan pil tambahan tu. Sebab bila pi kedai tu je mesti out of stock..stress~ so malas nak pergi. tapi bila bercerita dengan puan emak pasti dimarahin..adeh~

murah dan serasi. tapi depends on org jugak : curi gambar encik google~
Ubat ni ade 4 jenis. Perlu dimakan pil yang berbeza untuk setiap hari.

i) mimilan mintuno - memelihara kesihatan badan dan melegakan keputihan (isnin dan khamis)
ii) pare anom - memelihara kesihatan badan dalam membantu menyegarkan badan (selasa dan jumaat)
iii) ratu ayu - memeliharan kesihatan badan dan melegakan badan (rabu dan sabtu)
iv) memelihara stamina dan mengurangkan lenguh2 sendi (ahad)

Tapi jamu ni kita kena pandai pilih. Ada jugak yang tiruan. So better pergi beli dekat stokis yang betul2 mengeluarkan produk yang ori.

Dan yang paling penting, kadang2 badan sesorang tu tak perlukan langsung apa-apa jenis makanan tambahan. So bila dia ambil sebarang vitamin atau minuman tambahan, ia takkan beri apa2 kesan pun. Hanya akan diuraikan menjadi najis2 sahaja. Amat membazir. So angat penting untuk ckeck dengan dr apa sebenarnya badan kita perlukan. Setiap orang tidak sama. 

Paling senang sekali. Sila jaga BMI anda itu yang paling penting and obviously senang nak nampak dan jaga. 

Berat terkini. oh my. jom diet!

Selamat menjaga kesihatan fizikan, mental dan spiritual~

p/s : Hati juga perlu makanan. Jangan biar ianya kosong..kosong..oh!



Tuesday, December 25, 2012

si putih~

testing2~

p\s : boleh rupenye update gune si puteh..baru perasan boleh~


Monday, December 17, 2012

Comel..tembam..booolaaattt

Assalamualaikum :)

Hari ahad yang lepas, sempat melawat cik yang dan pakcik yang baru pulang indonesia. Mereka pergi melawat ibu pakcik yang dah 30 tahun tak berjumpa. Ibu yang sakit terus sihat, bahagia bila anak yang sudah 30 tahun tak jumpa..Setelah pulang ke Malaysia, pakcik tak berapa sihat, mengalami kebas separuh badan. Tapi alhamdulillah, pakcik tak ada apa2. Semoga pakcik cepat sembuh!!Ameen..

Tapi bukan tu topik utama sebenarnya, nak cerita pasal cucu kedua pakcik, yang sudah berusi 4 bulan kalau tak silap. Alya Farhana namanya. Sebelum ni, last jumpa Alya bulan Oktober yang lepas, mase walimah sepupu. Tapi hari tu jumpa Alya.. Sudah bulat putih gebu dan montel sangat.. Dah pandai ajak orang berbual comel sangat.....T_T.. 
Alya - Seminggu sudah pandai menjeling!

Alya  4 bulan
Semoga Alya yang comel, mampu menjadi anak solehah yang comel akhlaknya untuk mama dan ayahnya..Ameen..

p/s : Walid!!! makngah nak anak buah lagi.. nak lelaki pulak..boleh lawan gusti!

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Assalamualaikum.

Ada apa tarikh? tarikh hanya lah angka. Tidak memberi apa-apa. Namun jika ada memori terindah yang berlaku. Pasti senang untuk dingati. Di kenang sepanjang zaman...

Alhamdulillah tarikh ini buat pertama kali membuatkan aku bertentangan mata dengan kak Z, R, adik F. Dan sepatutnya ada lagi 3 org sahabat baru kami. Tapi, masing-masing punya alasan sendiri untuk tidak dapat berkumpul bersama. Kami mempunyai backgrond family, pendidikan yang cukup berbeza. Masing-masing punya cerita tersendiri. Tapi, walaupun baru pertama kali, R sudah boleh berbaring di bahu ku dan kak Z memberikan hadiah kepada kami semua. Jika hati terikat hanya kerana yang satu, semuanya akan indah belaka. Tiada kejanggalan, tiada rasa malu. Kita semua sama. Kita cuma hamba.

Semoga Allah memudahkan perjalanan kami. dan semoga aku membuat keputusan yang terbaik. Ameen.

p/s : Teringat kata-kata rinzuas, proses menjadi seorang yang baik tidak pernah berhenti.
Sebab kita memamng tidak akan pernah menjadi baik 100%. kan...

Saturday, December 8, 2012

Weeding #1

Ahmad Ammar Luqman dan Syahidah
Alhamdulillah. minggu lepas berjaya berombongan bersama skuad palapes UTM batch 19 ke Kedah. Dah lame x gather sesame. Rasa seronok sangat. Walaupun macam halangan yang ada, tapi kami berjaya juga sampai ke destinasi.

Geng rombongan~
Ammar merupakan skuad ke dua yang kawin. First kaklong, tapi mase tu kami kadet lagi, n masing2 ade komitmen..2-3 org budak skot je yg dpt g..insyaAllah berjanji pada diri, akan cuba untuk pergi majlis kawan-kawan yang bakal berderet2 nanti.. Sebab wajib kan kita menyempurnakan undangan orang selagi punya kemampuan :)

Next year pnye wedding : ana, amin, lina, maryam...

p/s : mak kata, lepas kawin, ikut suami. Suami lagi penting dari emak. Oh... :(


THE TRUTH

Assalamualaikum.


Saya tahu sesuatu. Sesuatu yang dia tidak pernah beritahu. Ya, ianya pahit. Tapi terima Kasih Ya Allah. Sesungguhnya hati ini sangat tenang. Tenang dengan hakihat sebenar itu.

Allah lebih tahu. Ihsan Google.

Senyum pada diri sendiri dan terdetik dalam hati...patutlah...............................

p/s : Sangat seronok berada di penang. Pergi majlis ilmu disini, tak sama di Johor. Aura nya lain sangat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...