Monday, October 22, 2012

Awak, awak tidak berseorangan tau!

Dengan nama Allah yang maha agung. Semoga kita semua masih berada dibawah rahmatnya.



Awak. Awak tak pernah berseorangan. Dia akan selalu temankan awak. Walaupun awak jauh diseberang. Dia ada. walaupun awak kena campak kat kutub utara sekalipun. Dia tetap ada. Awak boleh jumpa, merintih pada Dia paling kurang 5 kali sehari. Dan awak boleh dengar kata-kata dia. Bila-bila masa awak mahu. Dia sentiasa ada, bila awak perlukan dia.

Walaupun kadang-kadang awak selalu lupakan Dia, Dia tak pernah lupakan awak. Walaupun sesaat., walapun sedetik.

Awak, jangan bersedih, walaupun saya tiada, Dia tetap ada bersama awak. Walaupun awk tiada, Dia pun tetap setia bersama saya. Kita sama-sama punya Dia. Dia yang tak pernah curang dengan kita.

Ingat ye awak. tanam kuat-kuat dalam diri.


Sunday, October 21, 2012

Kelantan~

Assalamualaikum.

Semasa tahun pertama berada di UTM, boleh dikatakan separuh daripada kawan-kawan rapat adalah orang Kelantan. Serius, bagi sesorang yang tak pernah keluar daripada johor, aku rasa macam teruja *_*. Sangat2~~ Mesti korang pelik sebab apekan..Banyak sebab sebenarnya.. Tapi macam banyak pulak nak kene explain. Nanti la..

Sejak itu, aku memang berhasrat untuk jejak ke Kelantan suatu hari nanti. Pernah seseorang tanya, apa impian aku buat masa terdekat ni.. Dengan bangga nya aku jawab "Nak Pergi Kelantan!". Dia tanya bila?? Aku jawab, entah. Tunggu aku kawin dengan orang kelantan kot. Tapi itu dulu. jawapan aku 3 tahun lepas.

Sebenarnya banyak kali jugak plan nak pergi. Tapi selalu je ade aral yang melintang.

Sekarang, rumet 2 tahun dah gi belajar kat Kelantan. Beliau tahu tentang impian aku ni. Dan menyuruh aku kumpul duit. Melawat dia kat sana. Tiba-tiba rasa semangat aku kembali berkobar-kobar. Betul!!

Kelantan~~Wait For me~~

Salah satu sebab buat aku teruja : papan tanda. 
p/s :

  • Kadang-kadang ada sesuatu yang kita excited sangat nak buat. walaupun benda tu orang tak pandang pun sebelah mata. Ada aku kesah?? Tapi Kita tetap akan buat untuk puaskan hati kita. Kalau bukan kita yang nak puaskan hati kita??Siapa lagi??
  • Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. tapi aku tak suka perumpaan ini. Aku tetap akan nilai seseorang based on orang tu. Bukan negeri dia. Bukan background family dia. Dia adalah dia.



Ada Sesuatu yang Saya Nak Beritahu

Assalamualaikum.

Dear Awak,
Ada sesuatu yang saya nak beritahu pada awak.
Betul.
Saya rasa saya memang patut beritahu.
Pada awak.
Depan-depan muka awak.
Sebab soalan tu saya tak pernah jawab depan awak.
Dan saya pernah berjanji untuk jawab suatu ketika dulu.
Dan ada janji-janji saya yang lain.
Walaupun tentang sebiji gula-gula, saya masih ingat semuanya.
Tapi saya tak tunaikan janji saya lagi.
Saya harap saya dapat tunaikan.
Sebab tidak mahu jadi
Orang yang tak berpegang pada janji.

Saya tunggu masanya tiba. Saya ada sesuatu nak beritahu awak.

Yang benar,
Saya. Kawan awak.

p/s : Saya sayang semua kawan saya. Termasuk awak. Jika saya mampu, saya harap awak juga sama. Macam saya. Sebab kita kan kawan.



Thursday, October 18, 2012

Abang saya dah maju~

Assalamualaikum. atas permintaan , saya ingin promote blog abang saya. Dia dah maju. dah pandai buat blog.

Ini beliau 5 tahun lalu :
kurus~
Dan ini beliau aidilfitri yang lepas :
lagi kurus..kekekekeke~~
Ini latest entri beliau : 

cik kok : nama timangan sejak kami kecil~
Dan saya sangat sayang abang saya (terharu tak??)hehehe :). Kepada kipas susah mati beliau. Boleh follow blog beliau disini.

p/s : Teringat dulu zaman sekolah, berebut nak pergi sekolah agama, sampai tersalah pakai baju, terpakai baju melayu beliau. memang malu #_#. Beliau terpaksa ponteng sekolah pada hari itu kerana tidak mempunyai baju melayu yang lain..

Tuesday, October 16, 2012

Doa Seorang Kekasih, hamba yang daif...

Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan..

dia akan mejadi teman menapaki hidup..

Satukanlah hatinya dengan hatiku..

Titipkanlah kebahagiaan diantara kami..

Agar kemesraan itu abadi..

Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..

Seiringkanlah kami melayari hidup ini..

Ke tepian yang sejahtera dan abadi..


Tetapi ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan...

Dia bukan milikku...

Bawalah ia jauh dari pandanganku..

Luputkanlah ia dari ingatanku.....

Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku...


Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Melontar bayangannya jauh ke dada langit..

Hilang bersama senja nan merah

Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta...

Gantikanlah yang telah hilang

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah

Walaupun tidak sama dengan dirinya....


Ya Allah ya Tuhanku...

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu..

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..

Adalah yang terbaik untukku..

Karena Engkau Maha Mengetahui..

Segala yang terbaik buat hambaMu ini..


Ya Allah...

Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku..

Di dunia dan di akhirat..

Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini..


----------------------------------------

Jangan Engkau biarkan aku sendirian..

Di dunia ini maupun di akhirat..

----------------------------------------


Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..

Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup..

Ke jalan yang Engkau redhai..

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang sholeh..& sholehah


Aamiin... Ya Rabbal 'alamiin

p/s : Setiap hari berazam...setiap hari bermulanya kehidupan yang baru..tanam kuat-kuat..ameen..

Monday, October 15, 2012

Gemuk dan Tua

Assalamualaikum.

Tertarik dengan satu application yang ade kat hp Lin, Samsung wonder~~
Bila ambil gambar dia akan buat kita jadi tua, 30 tahun akan datang. Lagi satu aplikasi, dia buat kita jadi gemuk sebab makan burger banyak sangat. Kenapa die pilih burger, saya pun tak tau, Tapi mungkin sebab kalori burger sangat tinggi kot.. *entah~

2012                                           2042
Agak-agak, kalau bagi gambar kat bakal suami die nak terima tak??kekekeke..
ni nampak sgt menipunye..kedut sampai tudung2 skali berkedut..
gadis obesiti~
p/s : pandangan mata selalu menipu. pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih~

KOMBOKASI~

Assalamualaikum.
Tahniah kepada diri sendiri dan juga kepada semua sahabat-sahabat. Alhamdulillah. Perjuangan kita yang satu ini telah berakhir. Namun, ini hanyalah permulaan buat segalanya.

besties~
skuad yang sangat ceria : credit to camerawomen~
the girls~

bff~

p/s: Bila terlihat dia bersama mereka, akukah yang kejam??

Tuesday, October 9, 2012

Cuba Jadi Baik

Assalamualaikum.

Lumrah manusia. Semua orang nak jadi baik. Bila dah baik, nak jadi lagi baik.
Sebagai contoh,
Dulu kita tak pakai tudung. Sekarang dah cuba pakai tudung. walapun kadang-kadang je. Alhamdulillah.
Dulu kita pakai tudung silang-silang. Macam-macam fesyen ada. Satelit, Mangkuk, macam-macam jenama ade. Tapi sekarang kita setia pada tudung akel. bidang 50, 55,60. Alhamdulillah.
Dulu kita tak pernah pakai stokin. Tapi sekarang dah cuba nak pakai stokin. walaupun pada niat asalnya nak tutup kaki kita yang tak cantik, sebab ada kulat air. Tapi kita pakai stokin. Alhamdulillah.
Dulu, semua jenis lelaki kita layan. Niat kita kawan kena la ramai. Tapi bila kita sedar semua tu kita dah tak nak layan dah lelaki2 tu semua. Kita cuba nak jaga hati, jaga ikhtilat kita. Sebab kita tahu hati perempuan ni tak sama dengan lelaki. Mudah jatuh hati, mudah perasaan bila ada lelaki yang ambil berat pasal kita. Alhamdulillah.

Walau apapun cara kita, niat kita. Memang lumrah manusia inginkan yang baik, yang cantik.Tapi bagi yang ikhlas ingin berubah, pasti banyak halangan kan.

Ihsan encik google~

Masa kita cuba nak pakai tudung labuh sikit daripada biasa, nanti orang cakap sejak bila kita jadi ustazah.
Masa kita cuba nak membuang lelaki-lelaki dalam hidup kita, akan datang laki ramai lelaki-lelaki yang caring,daring yang handsome datang nak mengurat kita,
Masa kita cuba pakai handsocks sebab nak tutup lengan kita, orang fikir kita malu nak tunjuk parut kudis kita.

Adik-adik, kakak-kakak, sahabat-sahabat yang disayang. bersabarlah. Dekatkan diri kita dengan orang-orang yang boleh bimbing kita. Tak rugi mana pun kita buang kawan-kawan kita yang langsung tak support kita. Jom kita sama-sama berbulatan gembira, kerana disitu kita punya teman-teman yang sefikh, sealiran dengan kita, punya nasib yang sama dengan kita.


Bingkisan buat kalian,
Engkau memang cantik - Burhan Siddiq

AKHWAT SEJATI.......

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada wajahnya yang manis dan menawan, tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang-orang disekitarnya. Pantang baginya membuka aurat, dan mempamirkan kepada sesiapapun, kecuali pada mahramnya. Dia senantiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalamberghadul bashar(menundukkan pandangan) dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempersona, tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang senantiasa menjaga lisan dan ghibah dan namimah. pantang baginya membuka aib saudaranya. dia yang sentiasa memahami dan merasakan betul bahawa Allah SWT senantiasa mengawasi segala tindak tanduknya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat drpd liuk gemalainya ketika dia berjalan, tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan. Dia yang sentiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan siapapun, dimana dirinya berada. Tak ada pembendaharaan kata "cemburu buta" dalam kamus kehidupannya. Dia senantiasa merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan untuknya, juga atas nafkah yang diberikan sang suami kepadanya. Tak pernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan pada seorang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar diwajahnya. Sifat tawadu' adalah pakaian yang senantiasa dia pakai sepanjang perguliran zaman.

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi orang-orang di tempat kerja (wajihah dakwah). tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan dimanapun tanpa memandang status yang disandangnya. Dia yang dilihat menyejukkan mata dan meredupkan api amarah. Baiti Jannati (rumahku syurgaku) selalu berusaha dia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga. Totalis dalam menyokong dakwah suami dan berderma bakti mengurus generasi penerus yang berjiwa Rabbani.

Akhwat sejati bukanlah dilhat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah SWT dan Rasullullah SAW. Dia yang selalu menghindari sesuatu yang shubhat terlebih hal-hal yang yang diharamkanNya. Akhwat sejati bukanlah banyaknya air mata yang menitik, tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayang yang melesat tajam untuk selalu berbuat ihsan kala di tempat umum mahupun kala sendirian.

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Quran dan banyaknya hadis yang dia hafal, tetapi daripada keteguhan dan konsistennya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum memahaminya. Al-Quran dan as-Sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta pijakan dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelaran yang disandangnya serta luasnya wawasan atau lincahnya dia bergerak, tetai tingginya ghairah untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang. Menjadi akhawat sejati, nescaya akan membuat iri dan cemburu para bidadari, menjadi dambaan bagi mereka para insan yang berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta para hamba Allah SWT yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang semu....

Menjadi Akhwat sejati,

Seperti yang dicontohkan oleh Khadijah, Aishah, Hafsah, Maimunah, Shafiyah, Fatimah Az Zahra dan para sahabiah radiyallahu'anha ajmain....

p/s: Alhamdulillah :)



Cinta - Prosa Tradisional, Seuntai Kata Untuk Dirasa (Tingkatan 2)


CINTA 


Aku cinta padamu 
wahai laut yang bergelora
kerana aku bisa belajar
menjadi seorang jejaka
yang tabah menerima cabaran


Aku cinta padamu
wahai langit yang luas
kerana aku bisa terbang bebas
menjelajah dunia saujana
antara batas dan tradisi



Aku cinta padamu
wahai gunung yang tinggi
kerana aku bisa menjadi
seorang pendaki gagah
yang tidak cepat menyerah kalah




Aku cinta padamu
wahai kata yang bernama cinta
kerana aku bisa menjadi
seorang pencinta 
yang akan terus setia
pada cintanya....

Cintailah Cinta..

p/s : dulu ada seorang kawan yang bersuara lunak menjadikan sajak ini sebuah lagu. best.terngiang-ngiang di telinga hingga kini. best..

Tiba-tiba teringat pasal sajak ni. Tiada kaitan dengan sesiapa. Then google. ada satu statement yang pakcik google bagi :

 Pentingnya berfikir dengan bijak. Manusia yang dapat menggunakan akal untuk berfikir
 ke arah kebaikan akan dapat menjalani kehidupan dengan sejahtera.

Contoh: «kerana aku bisa terbang bebas menjelajah dunia 
saujana antara batas dan tradisi. (Rangkap 2, Baris 3-5)

Sunday, October 7, 2012

Melankolik~


credit

Waktu itu apabila segalanya bagai tak menentu dan tiada siapapun yang menyedarinya.

 Terimalah hakikat kita adalah manusia lemah yang tak mampu menanggung segala bebanan permasalahan seorang diri walau sekuat mana tabah pun kita. Allah tidak pernah memerlukan kita untuk DIA tetap berdiri teguh di Arash-Kursi-Nya sedang kita sesaat pun takkan mampu meneruskan hidup tanpa pertolongan dan rahmat-Nya.

Saat manusia tak pernah tahu, Allah itu sentiasa tahu. Percayalah dan jangan pernah berputus harapan lagi. Kuatkan semangat. Sedih dan penat ini takkan lama lagi. Takkan lama. Cuma sementara dan bertahanlah sedaya-dayanya.

P/S: Susah mahu memujuk orang lain, susah lagi mahu memujuk diri sendiri. Iya kan? 


  • Saya sayang kamu.
  • Teringat kata-kata seorang 'abang' : "Abang tak sanggup melihat kamu bersama dengan seseorang yang tidak mampu membimbing kamu. Sebab abang sangat sayangkan kamu"
  • Mak ngah dapat anak buah baru lagi. Welcome to the world, Alya Farhana. Semoga menjadi anak yang solehah, permata syurga mama dan ayah. 

Kalah Hati - Karya RINZUAS,2012

Ini kisah seorang aku. 
Seorang aku yang telah mengalami kalah hati.

29 September 2012.
Bumi Athens,Greece.  

Aku menghantar pemergiannya dengan lambaian dan senyuman. Sehingga dia hilang daripada pandangan barulah aku berpusing dan masuk ke perkarangan rumah. Pagar berjeriji lukisan bunga-bunga dandelion segera kukatup. Tiba-tiba telefon Ungu-ku berdering. Aku melihatnya sepintas. Dia. Senyumku kembali mekar.

"Jangan berdiri di tepi jalan. Nanti kena langgar kereta!Marahnya

Tanpa ucapan salam, dia terus mengomel.  Aku hanya mampu tertawa. Baru beberapa saat dia hilang daripada pandangan mata, aku terus diterjah dengan larangannya. 

"Aku lega dapat melihat dan menghantar kau sehingga pergi." Jawabku jujur. 

Pendek saja perbualan kami. Yang sebenarnya, aku mahu mengucapkan terima kasih atas kesudiannya melawatku di sini namun ayat itu sekadar bermelodi di hujung hati. Tidak dapat kusuarakan. Walaupun hanya kebetulan dia lalu di Bandar Athens untuk menguruskan hal-hal perkahwinannya, aku rasa terharu dia masih mengingatiku. Sekurang-kurangnya sebagai sahabat baik. 

Sampai saja di bilik, aku meletakkan Pasta Pistachios dan Chicken Olives pemberiannya tadi di atas meja. Lansung aku ke kamar mandi. Mengambil wudhu' dan mendirikan solat. Laungan azan daripada Puncak Acropolis segera kusahutkan.
 

Senja itu, ada air mata yang tertinggal di lusuh sejadah hijauku. Kiranya air mata yang kutahan sejak tadi mula menitik. Mula-mula setitis. Selepas itu dua titis. Dan lama-lama titisannya ibarat salji yang telah luruh. Menderu-deru seraya bergenang di pelupuk mata.
  
Dan aku menangis kerana aku terlalu gembira.  

Aku gembira dapat melihatnya di hadapan mata. Aku gembira melihat dia sihat dan baik-baik saja. Aku gembira dapat menghantarnya pulang sehingga dia hilang daripada pandangan mata. Aku gembira kerana mengetahui dia bahagia. Kuandaikan itu adalah yang terakhir yang aku mampu lakukan untuknya. Yang terakhir sebagai seorang saudara kepada saudaranya. Yang terakhir sebagai seorang sahabat kepada sahabatnya.

Pesanan Aliya Rassendyle lewat musim luruh dulu kembali terngiang-ngiang di cuping telinga ini.

"Dia berhak bahagia. Dia berhak gembira. Doakanlah dia selalu. Restuilah dia selalu. Bila kau sayangkan sesuatu kerana Allah, itu bermakna kau menerimanya tanpa bersyarat. Dan syarat yang ditetapkan adalah, kau dan dia kekal bersaudara ibarat sedarah satu ibu satu bapa kerana takdir pintanya sebegitu. Dunia ini bukan Syurga yang segala yang terlintas di hati Tuhan akan baca dan segera akan tunaikan. Dunia ini tempatnya untuk menguji dan diuji. Dunia ini tempatnya untuk menduga-duga. Bila menang, kau ucap syukur. Bila kalah, lansung kau redha. Dan. Satu yang kau perlu pelajari daripada pertemuan ini adalah terimalah hakikat kau telah kalah."
 

Aliya Rassendle merupakan sahabat baikku yang serba tahu sedikit kisah antara aku dengan lelaki itu. Dan kerana nasihatnya, aku masih berpijak di bumi yang nyata. Belajar apa itu ertinya melepaskan sesuatu yang bukan milikan kita.

"Cuba beritahu aku, dalam dunia ini apa yang kita punyai? Tiada satu pun yang kita punyai. Dunia ini bukan kita yang punya, Anna. Segalanya Allah yang punya." Begitu pesanan Aliya Rassendle lengkap tersemat di dalam hati ini. 

Malam itu, aku menikmati Pasta Pistochoius dan Chicken Olives pemberiannya sambil ditemani udara dingin dan laungan syair daripada penyanyi klasik berbangsa Roman di hujung antena radio yang sepintas seakan membaca isi hatiku, 


Matahari kalah terang dengan hatinya,
Bulan kalah indah dengan senyumannya,
Air kalah jernih dengan jiwanya,
Bumi kalah subur dengan amalnya,
Langit kalah cerah dengan akhlaknya,
Batu kalah keras dengan imannya,
Dan aku pun kalah hati kepadanya...
(Siti Khadijah Bashir, 2010) 

Kalah hatiku padanya walaupun bukan diriku gadis pilihannya

Malam pun datang, setelah siang pun hilang. Begitu putaran hidup dan pelajarilah daripada alam. Bukalah mata. Bukalah hati. Semoga bertemu dengan teman pengganti dan jangan dikalahkan lagi hati. (Sidratul Muntaha, 2012)

Dan aku tertanya-tanya, setelah aku mati nanti, bolehkah aku bertemu dengannya lagi? Jika di dunia ini, aku tidak berjodoh dengannya, bolehkah aku meminta pada Allah, jodohkanlah aku dengannya di akhirat sana?

Malam semakin dingin. 
Bulan juga seakan-akan malu menunjukkan wajahnya. 

Dalam kesamaran malam, kapsul putih Isosorbide dinitrate segera kutelan, untuk seketika waktu aku berusaha untuk terlelap setelah letih menahan sakit.   

Mataku kian kabur. Apa yang kutahu aku hanya mahu bersendiri kala ini. Ya Allah, aku mahu hanyut dalam kayuhan menyebut Asma'-Mu. Izinkanlah, Tuhanku.

Anna Raflavia, Athens Greece.
2012.

p/s : Rinzuas adalah sekeping kawan baik saya. Kata-kata, tingkah laku, dan apa yang ada padanya saya suka. saya kagum *_*

Thursday, October 4, 2012

Ku MilikMu..

Kuberdoa
Dengan jiwa dan tubuhku
Setiap hari sepanjang hidupku
Dengan nafasku
Aku berjanji pada-Mu
Untuk hidup hanya untuk-Mu
O Allah!
Kau bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

O Allah!
Kubersyukur pada-Mu
Walau kata tak sanggup ungkapkan
Kau buatku,
Mampu lawan keraguan
Dan tegar hadapi tantangan
Hanya Engkau
Sanggup bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Dan hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua
untuk-Mu [x2]
Dan tiada satu pun dapat bersaing dengan-Mu di hatiku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untuk-Mu

Monday, October 1, 2012

Tommorrow~

Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....Esok....

Esok....Esok....

Esok....

p/s : tomorrow will never come~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...