Monday, May 13, 2013

Bukan tak excited, cuma dalam hati.......

Assalamualaikum.

Sudah berhabuk ini blog. Banyak kerja yang tertangguh. Selepas puas berhoneymoon dirumah selama hampir sebulan. Tenaga yang ada perlu diperah-perah untuk menyelesaikan tugas yang bertimbun-timbun. Tapi sehingga ke harini, secara jujurnya tak siap lagi!! kerana mood "BELAJAR" sudah hilang, kena sedut balik nih!!

Disamping kerja sebagai pelajar, malam hari kini disibukkan dengan main pondok-pondok. Alhamdulillah. Salah satu impian tercapai. InsyaAllah dalam masa 2 tahun ini masih di JOHOR. semoga boleh khatam semua pengajian tu. Ameen. Doakan saya cepat! :)

Jadi, jadual perlu disusun dengan teliti, supaya semua kerja boleh siap pada masa yang sepatutnya. Plis2~. Persediaan untuk majlis dua hari pun telah bermula, pening juga. Semua perlu diuruskan sendiri. Perlu berjuang menegakkan syariat! hehehehe..say no tu kumpulan gitar rancak, say no tu mak bapak andam, say no to budget yang besar. But, say yes tu kakak tukang jahit, say yes to almathurat, say yes to home sweet home. INI SERIES!

Fighting HARTINY!!

p/s : mudir kata, kalau ada rezeki antum semua, insyaAllah boleh pergi bulan 12 ni..*_* excited..semoga Allah mudahkan rezeki saya, awak dan mereka semua..

Kawan saya kata, saya tak excited. bukan saya tak excited, cuma dalam hati saya, saya hanya nak beribadah. salah satu jalan saya untuk Allah mudahkan saya masuk syurga. bila Allah dah redha dengan pilihan ini, saya teruskan. Saya tahu, dulu saya banyak buat dosa.Jadi saya tak nak tambahkan lagi. Sudah cukup banyak. Saya malu pada Allah. Biarlah hanya Dia yang tahu apa niat saya. 

gambar ni azie lukis masa kat konvensyen felo,  Melaka...comel kan..joget~ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...