Thursday, March 29, 2012

Marah Tapi Comel :)

Assalamualaikum. Anda sihat? Hati sehat? Iman sihat? Akal sihat?


Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.) 


Jangan marah-marah hehe :) 

Wednesday, March 28, 2012

Entri Lama. Khas untuk kamu.

Assalamualaikum.

Geledah rumah lama yang dah berhabuk itu. Tak sangka. Diri yang dulu panda berkata-kata, pandai mengubat hati yang lara. InsyaAllah akan cuba mengumpulkan kekutatan untuk menjadi diri yang dulu.

Buat sahabat yang satu itu. Harap kamu tabah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Memang. Aku bukanlah seorang penyair yang pandai mengubah bait-bait lagu untuk memujuk hatimu. Aku bukan juga ustazah yang selalu menyampaikan hujah berlandaskan dalil akli dan nakli yang sentiasa menenangkan fikiran. Aku hanyalah seorang sahabat kepadamu. Seorang sahabat yang menginginkan yang terbaik untukmu. Tidak lebih dari itu.

Tapi percayalah. Mungkin Allah sedang menguji kamu. Menguji sejauh mana keimananmu. Menguji sejauh mana kebergantungan mu kepadaNya. dan yang paling penting, Allah sedang menarik balik kamu kembali. Kembali menjadi diri yang dulu.

Kamu kecewa?ya aku tahu kamu kecewa. Kamu pun tahu aku kecewa bukan? Tapi  berbaik sangkalah. Tak perlu untuk bersedih. Tak perlu untuk berduka. Percayalah sahabat. Percayalah padaNya.

Life must go on. Finish your study. Jangan lupa kumpul duit banyak-banyak. Nanti belanja aku lembu seekor buat kenduri kawin. :)

Kau masih ingat entri transformers??

Kawan saya kata saya patut jadi doktor cinta. Tapi assistant jek la..Tak layak lagi..Kui3..Jom pergi CECE kawan2~
Encik..saya nak mintak keje boleh??Jadi cleaner pun ok. Besar pahala. 


Bye!

Tuesday, March 27, 2012

Bandung - The Making of

Assalamualaikum.

Harini sepatutnya hari terakhir status kertas kerja 'Student Tour of Chemical Engineering Student to Institute Technology Bandung' akan diberitahu. Sebelum ni hari-hari s/u a.k.a Tiqa duk kol Pn. H (bukan nama sebenar) untuk tnya perkembangan. Bulan lepas aku yang menjadi penunngu setia Pn. S untuk tnya perkara yang sama. Tapi kami tetap tak dapat jawapan. Serius. Memang penat. Dah lama kot . Dari SEM LEPAS tahu tidak!aish~ Jawapan-jawapan mereka :

  • Sori dik, dia ada meeting.
  • Saya pun tak pasti bila boleh bagi jawapan
  • Pn. S cuti hari ini
  • Saya dah 4wrd tapi dato x sign lagi
  • Dah hantar kat department lain
  • Sy kena tnya bos dulu
  • Nanti petang2 sikit awak telefon semula ya
  • Saya call awak ptg nanti. Saya ada no awak
Dan banyak lagi la alasan2 yang munasabah dan alasan yang kami dah hafal. Mana taknya hari-hari menjadi penalifon setia. 
Akhirnya jawapan hari yang dinanti2 :

"Maaf semua kertas kerja telah dibekukan. Peruntukan juga dibekukan. Tapi sebab awak punya program ni bulan 4 nanti Encik I akan review balik nak tgk awak punya program ni ada IMPAK ke tak. Kalau ada baru kita boleh consider. Kalau tak maaf."

Allah. macam tu je kak? Bek cakap siang2 awal-awal. masa kami hantar SEM LEPAS! boleh nak gebang banyak-banyak. Kami perlukan kelulusan kak. Kami nak bas pergi LCCT. Kesian kat kami. Sponsor pun tak boleh nak mintak. Kawan-kawan saya yang tajaan MARA masih staus berhutang kak. Sapa nak sedekah lagi RM500 tu??

Macam-macam masalah kami kak. Awal2 aritu nak kene deal dengan agen yang psiko. Pastu kawan2 kami tarik diri last minute. Salah kami ke??

Pergi tetap pergi, tapi........

Bandung oh Bandung!


Seuntai2 : 
Macam mana perasaan bila semua kesalahan diletakkan atas bahu kita. Semua orang mengeluh pada kita, sedangkan kita??Tiada tempat untuk mengadu. Kecewa?? Tak perlu. Kerana ada Dia yang mengetahui. Hilang satu, insyaAllah akan digantikan satu yang lebih baik. Mungkin dua, tiga. Kita tak tahu.

Uit2. Abang yang hensem dan adik yang baik hati, sedekah duit sikit kat akak boleh?nak shopping lebih sikit ni.. untuk keluarga..hehe..

Bye!


Monday, March 26, 2012

23 tahun 1 Hari..

Sepatutnya semalam aku yang menjadi orang pertama
Sepatutnya semalam kek itu untuk kamu
Sepatutnya semalam hari yang bahagia untuk kamu
Sepatutnya semalam aku dapat salah seorang penyumbang kebahagiaan kepadamu
Sepatutnya semalam aku dapat melihat wajahmu yang suka tersenyum itu

Ya semuanya sepatutnya semalam
Bukan hari ini
Bukan esok
Bukan lusa
Bukan minggu depan
Tapi sepatutnya Semalam

"SELAMAT HARI LAHIR SAYANG"


Thursday, March 22, 2012

Simple tapi menusuk der~

 Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwa gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

Allughatul al Arabiah

Assalamualaikum. Salam Ukhwah.

Tadi berbual2 dgn azack.Tiba2 terkeluar perkataan berbahasa arab. Manzil. Tajuk sebuah novel Manzil dot dot dot. Tak ingat apa. Dengan pantas dan confident mengeluarkan soalan

"Manzil tu bukan rumah ke?maanil kalimah dgn al bait".(terasa bangga bila boleh cakap arab. sbb beberapa kawan lain macam tak paham pe yang saya ckp.hehe.padahal satu perkataan je pun)

Azack dengan pantas menggeleng kepala. Tak ingat lah tini.

Lumrah manusia. Termasuk diri sendiri. Selalu kita belajar hanya untuk lulus periksa. Bila keluar dewan peperiksaan kita dah tak ingat apa yang kita belajar. Tak kisah la ilmu dunia ataupun ilmu agama. Sebab kita tak hayati ilmu tu dan tak praktikkan ilmu tu kat dalam kehidupan kita seharian.

Cuba sekarang ni ada pak arab tanya saya siapa. Dalam bahasa arab. mesti jawapan nya..er..emm..dan akhirnya senyum =)..
Padahal dulu berbuih mulut kat kelas cakap pasal biodata diri dalam bahasa arab. Ye la Bahasa Arab Komunikasi. Belajar Bahasa arab untuk bercakap. Tapi hasil?? Setakat wahid ithnaini salasa boleh la.

The moral of the story :
Lepasni kena cakap bahasa arab hari-hari. Masuk toilet pun nak baca doa kuat-kuat. Tipu ok~
Bahasa arab sebenarnya sangat indah. Sebab tu Allah pilih Bahasa Arab sebagai bahasa Al-quran.
Makhraj huruf dalam alquran sangat penting. sebab bila salah sebut sikit je akan menjadi makna lain.Sensitif!

Mari belajar :
1) orang melayu cakap selamat pagi. jawab pun selamat pagi. tapi org arab cakap sobahulkhair (pagi yang baik) jawab nya sobahunnur (pagi yang bercahaya). sweet kan~

2) bila isim (kata nama) berakhir dengan huruf 'ya' akan menunjukkan isim tu kepunyaan orang yang bercakap. paham tak der??
cth :

  • bait (rumah ) baiti (rumah saya)
  • usrah (keluarga) usrati (keluarga saya)
  • kitab (buku) kitabi (buku saya)
  • habib (kekasih) habibi (kekasih saya)
3) tukar huruf ya dgn huruf kaf. akan jadi ka (untuk awak lelaki) dan ki (untuk awak perempuan)


  • baituka( rumah awak lelaki) baituki (rumah awak perempuan)
  • kitabuka, kitabuki
  • habibuka, habibuki
Last nak share perumpaan dalam bahasa arab yang selalu dijumpa dlm surat drpd kakak angkat abang masa dia sekolah arab dulu (selalu curi2 baca surat dia)



"Man Jadda wa jada wa man zaro’a hasoda" 
Siapa yang bersungguh-sungguh,dia akan mendapatkannya.
Siapa yang menanam,dialah yang akan menuai.
Siapa yang berusaha,dialah yang akan berjaya

Tapi orang melayu cakap..
"USAHA TANGGA KEJAYAAN!"

Cuit-Cuit :

  • Cakap 'ah' pun dah boleh di declare sebagai anak derhaka apatah lagi kalau ibu kita dah sangat-sangat terasa hati dengan kita. Siapakah kita dihatinya?? Mak..akak minta maaf
  • Berjaya membeli Sebarkan Cintamu~~ Nak pinjam??amik nombor dulu..List menungu dah ramai..
  • Berjimba di hujung minggu. Hye Berkelah!

Bye!

Tuesday, March 20, 2012

Memberi dan Menerima

Maaf
Aku sudah tidak mampu lagi untuk memberi
Kerana aku juga kehausan
Kerana aku juga sudah lama tidak mencari

Yang aku mampu
Mencari dan menyimpannya untuk diri sendiri
Mungkin kau kata aku pentingkan diri
Maafkan aku
Kerana aku rasa ini sudah cukup sangat hina
Untuk memberi yang ini kepadamu

Please. I need my heart back!

p/s : ada lagi satu janji belum ditepati. perlu berusaha merialisasikannya. chaiyok makcik!

Bye!

Wednesday, March 14, 2012

Tumblr~

"Jujur ku katakan,menahan perasaan di hati yang datang bertandang bukanlah sesuatu yang senang.Lebih lebih lagi jika perasaan itu berkisarkan rasa rindu,cinta dan kasih sayang. Tapi ingatlah bahawa rasa itu datangnya daripada Tuhan. Jadi,luahkanlah segalanya sambil menadah tangan dan berdoa agar diberi kesabaran dan ketenangan."

Bye!

Monday, March 12, 2012

Monday, March 5, 2012

Rasa itu Kejam!

Series memang kejam. Sakit.

Nota kaki :
Tak mampu nak beri tunjuk ajar sebab diri sendiri pun belum kuat. Harap kamu tabah. Saya tahu kamu boleh. Saya sayang kamu. Lillahitaala. Always remember. Family will always with us~


Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...