Monday, August 13, 2012

Kisah Dongeng - Wanita Paling Comel

Assalamualaikum. :)

6 tahun lepas

Dulu, semasa sedang menjalani Program latihan Khidmat Negara (PLKN) di Mersing, ada seorang cikgu lelaki (jurulatih disana dipanggil cikgu) bagi teka-teki. katanya :

"Perempuan akan kelihatan cantik dan paling comel ketika bila??"

"Time kawin la cikgu"
"Time bersolek!"

"Iskh tu cantik tipu-tipu ja tu"

"Tengah tido"

"Meleleh air liur basi cantik ka??"

Semua tergelak. Ada seorang lagi pelatih yang belum putus asa ingin menjawab,

"Masa malam pertama!!kan CIKGU!!" excited dia menjawab. Semakin galak semua pelatih ketawa. Tetapi cikgu masih dengan pendiriannya mengatakan semua jawapan itu salah. Dan macam-macam jawapan yang diberi lagi, semakin merepek dan tetap salah.

Setelah semua berputus asa, cikgu memberikan jawapannya

"Ketika seorang perempuan itu mengandung. Kamu akan dapat lihat betapa ayunya wanita itu dan penuh dengan sifat keibuan."

Waaaaa................................................................................

Bulan Lepas 
Disebuah tempat bernama muka buku. Tiba-tiba ada orang tegur.
Dia : Oit! tak balik rumah ke??
Saya : Hehe..dua ari sekali kot balik rumah. Ko tu je yang x mo melawat aku kat rumah..ye la..isteri orang..mane boleh kaco..hehe
Dia : Haha..merepek je ko ni..weh..aku dah ada dah..
Saya : Dah ada??dah ada apa??
Dia: aish lambat betul la cakap dengan orang suci murni ni..macam minyak masak..aku dah mengandung la..
Saya: wah..excited makngah nak dapat anak buah baru..heheh..laki ke pempuan??
Dia : ishk ko ni..sengal jugak..Mengandung baru 2 bulan, tak kan dah tau laki ke pempuan..
Saya : hehehe..saje je..tahniah..aku turut bangga mempunyai sepupu yang subur..heheheh..
Dia : Amboi, kasar gurau tu..ko bile pulak??
Saya: erk..tunggu anak ko la..hahahaha..x pasal2~~

Minggu Lepas
Menunggu giliran untuk dipanggil dikaunter RMC. Seorang yang saya boelh panggil akak kelihatan berpeluh-peluh, keluar masuk bilik tersebut. Setelah giliranya tiba, urusanya pula lama. Dia berehat sebentar. Mengambil tempat di sebelah saya. Dia bersuara,

Akak: Aish penat akak ni ha, berpeluh-peluh. Sambil mengusap-usap perut nya yang sudah kelihatan bulatnya.
Saya : Yela, akak duk keluar masuk dari bilik ni tadi, cuba akak duduk ambil nafas dulu,
Dia tersenyum, sambil mengelap peluh di dahi..
Saya: Dah berapa bulan akak??akk student jugak ke?? (kerana melihat borang claim yang ada padanya sama seperti saya)
Dia : 6 bulan dah ni, Akak tengah amek master, full time, suami pulak jauh..kene la menghadap sorang2..

Saya terpegun..dalam hati..saya nak jadi macam akak jugak la..

------------------------------------------------------------------

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harga nya. Tetapi, tidak semua pasangan yang dikurniakan anak, ataupun mungkin anak yang dikurniakan tidak sempurna seperti orang lain.Kita tak tahu nasib kita akan datang..kan..

P/s : Saya pun ada anak, anak mata,anak tekak, anak kucing.. Mak inet tengah tunggu hari..mesti anak die 5 ekor lagi..Rindu abang yang dah berbulan-bulan x balik :(

Petua ibu mengandung : Ibu yang mengandung atau suaminya(lebih afdhal) membacakan surah Al-Hasyr ayat 21 sambil sapu arah lawah jam di perut isteri yang mengadung. bagus untuk anak dalam kandungan dan mengelakkan sebarang gangguan jin dan syaitan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...