"Kita demand untuk dapat yang sempurna, sebab kita rasa kita cukup sempurna untuk dapat yang sempurna. Kita tak pandang dah yang lain yang tidak sempurna sebab kita sudah sangat yakin bahawa yang sempurna itu milik kita. Tapi, bila Allah tarik balik yang sempurna itu, yang sempurna itu sebenarnya bukan milik kita, Barulah kita sedar, sebenarnya kita tak sempurna, dia juga tak sempurna. Kita lupa ada yang paling sempurna, bukan kita. Kita angkuh, kita sombong" -CINTA HALAL-
Aku seperti terbangun dari mimpi. Mimpi yang panjang. Seperti hatiku diketuk sesuatu. Dalam diam, ya, aku punya rasa yang sama. Mengejar yang sempurna, sehingga takut berdepan dengan kenyataan. Membelakangkan pandangan yang agung, mementingkan nafsu dan pandangan mata sendiri.
Apa yang perlu aku lakukan??kecewa??menangis??ketawakan diri sendiri??
Sesungguhnya aku belajar sesuatu...Sesuatu yang sukar untuk aku ungkapkan.. Hanya aku dan Dia yang faham.. Terima Kasih Ya Allah, kerana tidak biarkan aku lena dibuai mimpi indah dunia..
p/s : Bukan kerana jarak, tetapi ikatan hati yang menentukan perhubungan kita...
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.
Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),
Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.
Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,
Betapa beruntungnya kami,
Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.
InsyaAllah akan berusaha menubuhkan kelab qasidah dan sebuah pusat pengajian Alquran macam raudatul mujawwidin (tempat mengaji pertama saya dan abang saya semasa kecil) suatu hari nanti.. insyAllah..Ameen..ini impian terbesar abang saya..bak kata beliau, saya perlu cari suami yang sanggup korbankan harta demi jalan Allah..Sebab dia nak jadi rakan kongsi suami saya.. InsyaAllah abang, encik suami saya nanti akan jadi rakan kongsi abang. hehe. so abang kene carikan saya calon suami yang macam ni ok. kaya dari segi ilmu, agama dan akhlaknya.. :)
Dear readers. I'm so sorry for the inconvenient with all my photos in my blog. This id due to i've deleted all the photos while online with my handphone. I hope this will not happen again for the next entry, and all the previous photo are cannot be restored again. I hope you all will understand. Thank you for your cooperation.
Heh kan~.
p/s: selamat tinggal wajah bermasalah, berjerawat. Alhamdulillah :)