Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Assalamualaikum.

Ada apa tarikh? tarikh hanya lah angka. Tidak memberi apa-apa. Namun jika ada memori terindah yang berlaku. Pasti senang untuk dingati. Di kenang sepanjang zaman...

Alhamdulillah tarikh ini buat pertama kali membuatkan aku bertentangan mata dengan kak Z, R, adik F. Dan sepatutnya ada lagi 3 org sahabat baru kami. Tapi, masing-masing punya alasan sendiri untuk tidak dapat berkumpul bersama. Kami mempunyai backgrond family, pendidikan yang cukup berbeza. Masing-masing punya cerita tersendiri. Tapi, walaupun baru pertama kali, R sudah boleh berbaring di bahu ku dan kak Z memberikan hadiah kepada kami semua. Jika hati terikat hanya kerana yang satu, semuanya akan indah belaka. Tiada kejanggalan, tiada rasa malu. Kita semua sama. Kita cuma hamba.

Semoga Allah memudahkan perjalanan kami. dan semoga aku membuat keputusan yang terbaik. Ameen.

p/s : Teringat kata-kata rinzuas, proses menjadi seorang yang baik tidak pernah berhenti.
Sebab kita memamng tidak akan pernah menjadi baik 100%. kan...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...