Tuesday, March 27, 2012

Bandung - The Making of

Assalamualaikum.

Harini sepatutnya hari terakhir status kertas kerja 'Student Tour of Chemical Engineering Student to Institute Technology Bandung' akan diberitahu. Sebelum ni hari-hari s/u a.k.a Tiqa duk kol Pn. H (bukan nama sebenar) untuk tnya perkembangan. Bulan lepas aku yang menjadi penunngu setia Pn. S untuk tnya perkara yang sama. Tapi kami tetap tak dapat jawapan. Serius. Memang penat. Dah lama kot . Dari SEM LEPAS tahu tidak!aish~ Jawapan-jawapan mereka :

  • Sori dik, dia ada meeting.
  • Saya pun tak pasti bila boleh bagi jawapan
  • Pn. S cuti hari ini
  • Saya dah 4wrd tapi dato x sign lagi
  • Dah hantar kat department lain
  • Sy kena tnya bos dulu
  • Nanti petang2 sikit awak telefon semula ya
  • Saya call awak ptg nanti. Saya ada no awak
Dan banyak lagi la alasan2 yang munasabah dan alasan yang kami dah hafal. Mana taknya hari-hari menjadi penalifon setia. 
Akhirnya jawapan hari yang dinanti2 :

"Maaf semua kertas kerja telah dibekukan. Peruntukan juga dibekukan. Tapi sebab awak punya program ni bulan 4 nanti Encik I akan review balik nak tgk awak punya program ni ada IMPAK ke tak. Kalau ada baru kita boleh consider. Kalau tak maaf."

Allah. macam tu je kak? Bek cakap siang2 awal-awal. masa kami hantar SEM LEPAS! boleh nak gebang banyak-banyak. Kami perlukan kelulusan kak. Kami nak bas pergi LCCT. Kesian kat kami. Sponsor pun tak boleh nak mintak. Kawan-kawan saya yang tajaan MARA masih staus berhutang kak. Sapa nak sedekah lagi RM500 tu??

Macam-macam masalah kami kak. Awal2 aritu nak kene deal dengan agen yang psiko. Pastu kawan2 kami tarik diri last minute. Salah kami ke??

Pergi tetap pergi, tapi........

Bandung oh Bandung!


Seuntai2 : 
Macam mana perasaan bila semua kesalahan diletakkan atas bahu kita. Semua orang mengeluh pada kita, sedangkan kita??Tiada tempat untuk mengadu. Kecewa?? Tak perlu. Kerana ada Dia yang mengetahui. Hilang satu, insyaAllah akan digantikan satu yang lebih baik. Mungkin dua, tiga. Kita tak tahu.

Uit2. Abang yang hensem dan adik yang baik hati, sedekah duit sikit kat akak boleh?nak shopping lebih sikit ni.. untuk keluarga..hehe..

Bye!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...