Thursday, September 20, 2012

Give Me More Time..


Ini kisah seorang pelajar yang belum rasmi.

Sejak semalam. Hati itu tidak tenang. Sepatutnya bersua semalam. Tetapi asyik ditangguh. Semalam pagi. Petang. Tak jadi. Hari ini pagi. Tengah hari. Tetap tak kunjung tiba. Dalam kebosanan menunggu, 1 message received.
"Maaf, saya ada hal lain. Jumpa saya petang ini. Pukul 3.30."

Satu keluhan panjang dan berat terluah. Tapi tetap digagahkan jua untuk bertahan sehingga ke petang. Bila tiba masanya. Satu kenyataan telah terluah. Yang mungkin tak pernah terfikir oleh seorang pelajar. Sebak yang dirasa. Air mata telah hampir bergolek-golek. Tetapi ditahan. Dalam hati, tahan, sabar, bukan disini tempatnya. Sabar..sabar..

Selama hampir satu jam lebih, suara-suara berharap, menagih simpati.

Next Friday, take it or leave it!!

Kaki melangkah pantas keluar dari bilik itu. Seperti mahu lari sejauh-jauhnya. Tanpa menoleh kebelakang lagi. Mencari-cari kereta. yang lupa entah diletak dimana. Tak ingat. tidak mampu berfikir. Mujur tempat itu tidak luas. masih mampu mencari lagi.

Masuk kereta. Hidupka enjin. kedengaran bilal masjid UTM melaungkan azan Asar. Hati berasa sangat sayu. Air mata yang ditahan sejak tadi terlimpah jua. Menangis sepuasnya. sehingga azan itu habis dilafazkan..

Aku tak boleh begini. Perlu mencari sesuatu yang mampu menenagkan hati. Mencari-cari handphone. Perlu menaip pesan ringkas. Hp tiada. mungkin tertinggal di bilik. Dengat pantasmemecut. perlu pulang dengan segera.

Bukak pc. Online skype. oh. dia online..

Aku : Awak..
Dia : ni mesti pasal dia kan..
Aku : ^^%$#%$^%&^*&*^&^^&%%
Dia :sabarlah. insyaAllah ada masa lagi untuk usaha. Allah yang gerakkan hati dia . Percaya itu.
Aku : Baik terima kasih.

Berasa sedikit lega dan mampu menghabiskan setengah balang kuih raya. Sekian.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...