Thursday, September 27, 2012

Allah Lebih Tahu

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam masa 2 minggu ni pelbagai perkara yang dilalui. Pelbagai perkara yang dipelajari. Hanya mampu menarik nafas sedalam-dalamnya. Redha dengan ketentuannya.

Banyak perkara perlu diselesaikan. Sudah dua hari ulang-alik dari faluti-sps-rmc-bilik-sps-fakulti-rmc. Itu rutin harian. Tetap bersabar. Tiada perkara yang mudah dalam hidup ini.

Perlu tetap menyelesaikannya hingga semua kembali sediakala.

Manusia merancang hari esok. Tapi bila Allah kata hari ini. Tetap hari ini. Bukan esok, bukan semalam. 

1. PENANGGUHAN PENGAJIAN

Apapun, terima kasih kepada sahabat-sahabat, Pn. Zarina yang memahami. Terima kasih mak ayah sebab sentiasa memberi sokongan walau apa sahaja yang berlaku. Walaupun ianya belum lagi selesai, insyaAllah dengan doa-doa kalian, Allah akan mudahkan urusan saya. Satu langkah sudah lepas, masih berlangkah-langkah lagi yang menanti.

Perlu berusaha keras mencari sesuatu yang telah digunakan. WAJIB!

p/s : Perlu menghadap tn. pengetua, tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. kadang-kadang tak tahu yang mana betul, yang mana salah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...