Assalamualaikum.
Lumrah manusia. Semua orang nak jadi baik. Bila dah baik, nak jadi lagi baik.
Sebagai contoh,
Dulu kita tak pakai tudung. Sekarang dah cuba pakai tudung. walapun kadang-kadang je. Alhamdulillah.
Dulu kita pakai tudung silang-silang. Macam-macam fesyen ada. Satelit, Mangkuk, macam-macam jenama ade. Tapi sekarang kita setia pada tudung akel. bidang 50, 55,60. Alhamdulillah.
Dulu kita tak pernah pakai stokin. Tapi sekarang dah cuba nak pakai stokin. walaupun pada niat asalnya nak tutup kaki kita yang tak cantik, sebab ada kulat air. Tapi kita pakai stokin. Alhamdulillah.
Dulu, semua jenis lelaki kita layan. Niat kita kawan kena la ramai. Tapi bila kita sedar semua tu kita dah tak nak layan dah lelaki2 tu semua. Kita cuba nak jaga hati, jaga ikhtilat kita. Sebab kita tahu hati perempuan ni tak sama dengan lelaki. Mudah jatuh hati, mudah perasaan bila ada lelaki yang ambil berat pasal kita. Alhamdulillah.
Walau apapun cara kita, niat kita. Memang lumrah manusia inginkan yang baik, yang cantik.Tapi bagi yang ikhlas ingin berubah, pasti banyak halangan kan.
|
Ihsan encik google~ |
Masa kita cuba nak pakai tudung labuh sikit daripada biasa, nanti orang cakap sejak bila kita jadi ustazah.
Masa kita cuba nak membuang lelaki-lelaki dalam hidup kita, akan datang laki ramai lelaki-lelaki yang caring,daring yang handsome datang nak mengurat kita,
Masa kita cuba pakai handsocks sebab nak tutup lengan kita, orang fikir kita malu nak tunjuk parut kudis kita.
Adik-adik, kakak-kakak, sahabat-sahabat yang disayang. bersabarlah. Dekatkan diri kita dengan orang-orang yang boleh bimbing kita. Tak rugi mana pun kita buang kawan-kawan kita yang langsung tak support kita. Jom kita sama-sama berbulatan gembira, kerana disitu kita punya teman-teman yang sefikh, sealiran dengan kita, punya nasib yang sama dengan kita.
Bingkisan buat kalian,
Engkau memang cantik - Burhan Siddiq
AKHWAT SEJATI.......
Akhwat
sejati bukanlah dilihat daripada wajahnya yang manis dan menawan,
tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang-orang
disekitarnya. Pantang baginya membuka aurat, dan mempamirkan kepada
sesiapapun, kecuali pada mahramnya. Dia senantiasa menguatkan iltizam
dan azamnya dalamberghadul bashar(menundukkan pandangan) dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.
Akhwat
sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempersona,
tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran.
Dia yang senantiasa menjaga lisan dan ghibah dan namimah. pantang
baginya membuka aib saudaranya. dia yang sentiasa memahami dan merasakan
betul bahawa Allah SWT senantiasa mengawasi segala tindak tanduknya.
Akhwat
sejati bukanlah dilihat drpd liuk gemalainya ketika dia berjalan,
tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan.
Dia yang sentiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan
siapapun, dimana dirinya berada. Tak ada pembendaharaan kata "cemburu
buta" dalam kamus kehidupannya. Dia senantiasa merasa cukup dengan apa
yang Allah SWT anugerahkan untuknya, juga atas nafkah yang diberikan
sang suami kepadanya. Tak pernah menuntut apa-apa yang tidak ada
kemampuan pada seorang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang
terpancar diwajahnya. Sifat tawadu' adalah pakaian yang senantiasa dia
pakai sepanjang perguliran zaman.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi orang-orang di tempat kerja (wajihah dakwah).
tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan
dimanapun tanpa memandang status yang disandangnya. Dia yang dilihat
menyejukkan mata dan meredupkan api amarah. Baiti Jannati (rumahku syurgaku)
selalu berusaha dia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga.
Totalis dalam menyokong dakwah suami dan berderma bakti mengurus
generasi penerus yang berjiwa Rabbani.
Akhwat
sejati bukanlah dilhat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan
menaruh hati padanya, tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam
berbakti dan mencintai Allah SWT dan Rasullullah SAW. Dia yang selalu
menghindari sesuatu yang shubhat terlebih hal-hal yang yang
diharamkanNya. Akhwat sejati bukanlah banyaknya air mata yang menitik,
tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran
kasih sayang yang melesat tajam untuk selalu berbuat ihsan kala di
tempat umum mahupun kala sendirian.
Akhwat
sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah
al-Quran dan banyaknya hadis yang dia hafal, tetapi daripada keteguhan
dan konsistennya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu berusaha
mengajarkan pada yang belum memahaminya. Al-Quran dan as-Sunnah
dijadikannya sebagai suluh penerang serta pijakan dalam menelusuri
lorong-lorong gelap kehidupan.
Akhwat
sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelaran yang disandangnya
serta luasnya wawasan atau lincahnya dia bergerak, tetai tingginya
ghairah untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan
berkesinambungan. ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang.
Menjadi akhawat sejati, nescaya akan membuat iri dan cemburu para
bidadari, menjadi dambaan bagi mereka para insan yang berjiwa Rabbani,
menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta
para hamba Allah SWT yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang
semu....
Menjadi Akhwat sejati,
Seperti
yang dicontohkan oleh Khadijah, Aishah, Hafsah, Maimunah, Shafiyah,
Fatimah Az Zahra dan para sahabiah radiyallahu'anha ajmain....
p/s: Alhamdulillah :)