Sunday, June 24, 2012

Bacalah Wahai Adik-adik - Part 3

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari seumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."  (Surah Al-'Alaq:1-5)


Satu
Tersergam sebuah rumah banglo. Di sebuah taman yang sangat-sangat hampir dengan tempat aku belajar. Aku pastikan alamat yang diberikan, sama dengan pesanan ringkas yang dihantar satu jam sebelum. Melihat sahaja kawasan luar rumah, aku dapat membayangkan tentu pemilik rumah merupakan orang-orang kenamaan ataupun tergolong dalam golongan profesional. 
“Ting-tong.” Loceng rumah aku tekan. Pintu pagar rumah dibuka, tanpa melihat si pembuka. Alat kawalan jauh. 
“Assalamualaikum.” Aku melangkah masuk tanpa dipelawa.
“Waalaikumsalam, tini ye. Masuklah.” Jerit tuan rumah dari dalam.
Aku sedekahkan senyuman bersama gigi sambil menghulur tangan untuk bersalaman sejurus melihat makcik tuan rumah menyambutku dihadapan pintu. Aku yang sudah terbiasa beramah mesra dengan orang yang lebih tua tidak kekok untuk memulakan perbualan dan memulakan cerita. Sehingga seluruh ahli keluarga dalam rumah itu telah aku ketahui walaupun tidak seorang pun yang aku lihat berada di rumah itu selain kucing berbulu lebat berwarna putih yang diberi nama Gebu, segebu bulunya.

NA, perempuan, pelajar Sekolah Agama Islam Hidayah tingkatan 3, kelas pertama. Anak bongsu dalam keluarga itu. Seorang yang sangat cerewet untuk memilih orang yang disukainya. Itu perkara yang paling ibunya highlight kan sepanjang perbualan kami. Reminder makcik itu

“ Makcik minta maaf kalau nanti dia tak suka dengan tini. Nanti makcik terpaksa tukar cikgu lain. Tapi setakat yang makcik tengok, tini ada persamaan dengan anak makcik. InsyaAllah tini boleh masuk dengan anak makcik tu”


Dua
Perpustakaan Sultanah Zanariah. Suhu dibawah 20 darjah celcius mengganggu perbualan kami. Pesan pada diri sendiri lepas ini perlu bawa sweater. Makcik kali ini kelihatan lebih muda, lebih kurang sebaya dengan puan emak dirumah. Sama daerah rupanya, dan anaknya semua lelaki, dan salah seorang daripadanya adalah kawan zaman sekolah menengah dulu. Tapi sudah pasti anak makcik tu tidak mengenali diriku yang kerdil dan tidak pernah berkata-kata dengan spesis berlainan sewaktu zaman sekolah. Tapi aku kenal anaknya. Penat si makcik explain peribadi aku pada anaknya. Aku tetap undefined.  Hoho. Malu =_=' . Low profile~~~


ME, lelaki, pelajar darjah 6, SK Bandar Pontian. Pelajar kelas akhir. Juga anak bogsu dalam keluarga. Pendiam dan sangat pemalu. Sangat gembira apabila dipuji. :)


Sifat peramah makcik membuatkan aku rasa selesa. Seperti berbicara dengan Puan Emak. Namun ada sesuatu yang buat aku tersentuh. 


"Walaupun makcik tahu dia lemah, tapi setiap kali solat makcik berdoa supaya dia dapat 5A. Makcik harap sangat-sangat bila Allah jumpakan tini dengan makcik, salah satu jalan Allah nak kabulkan doa makcik"




Tiga
  • Apabila kita semakin banyak kita menjalin ukhwah, semakin indah rasanya ciptaan Dia.  Macam-macam perkara baru kita boleh pelajari
  • Anak anugerah Allah. Setiap anak ada kelemahan dan kelebihan. Sebagai ibu bapa, perlu bijak untuk mendidik dan menggilap bakat anak-anak
  • Dunia ini sangat kecil. Sejauh mana kita lari, kita tetap akan jumpa kembali.
  • Banyak perkara yang buat saya "Speachless~"



p/s : Doa ibu, sangat tinggi nilainya. Saya Taching +_+~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...