Thursday, June 21, 2012

Anak Kecil Ibarat Kain Putih

Assalamualaikum :)

Tragedi 1 :
Selepas asar, baca almathurat.
"Angah, ana nak ngaji ugak,opah ye cakap..baca bismillah" (dialog upin ipin)
Tersenyum, sambil baca doa makan bersama-sama.


Tragedi 2 :
Dalam bilik air.
"Ana nak gocok gigi. Nanti ade uyat dalam gigi. Acam dalam tibi"

Tragedi 3 :
Dihadapan tv. 
"Angah-angah!!" terjerit-jerit budak kecik ni..
"Ana nak apa??angah nak wat keje ni!!"(dalam keadaan marah)
"Tak guna angah!"
"Aish sape ajar ni??sape yang tak guna??"
"Ana la tak guna" tersengih-sengih tanpa rasa bersalah.


Takut dengan realiti sekarang. Budak-budak semakin bijak. Apa yang mereka dengar, lihat dan dengar, itu yang mereka akan ikut. Kalau benda baik, baiklah jadinya. kalau sebaliknya keluar la ayat macam 
"TAK GUNA ANGAH!!" bila carik-carik balik, rupanya dia tiru Adudu cakap pada boboboi bila dia marah 
Ni lah ADUDU

Kesimpulannya, perlu bijak untuk bercakap dengan anak kecil. Rajin-rajin tanya diorang sesuatu yang boleh buat diorang berfikir dan tunjukkan contoh yang baik. Kalau kita rajin baca surah pendek-pendek dengan diorang, nanti dia akan ikut kita baca. insyaAllah nanti diorang akan hafal??tak percaya??saya dah cuba..anada ce try buat kat anak-anak kalian nanti :) kalau korang suka menyanyi lagu omputeh kat diorang, konfem jugak diorang akan ikut sambil menari-nari..



Puasa tu kita tak boleh makan tak boleh minum, dari pagi sampai petang, PAHAM??

p/s: budak-budak akan ulang-ulang apa yang kita ajarkan pada dia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...