Monday, January 21, 2013

Mas Kahwin Vs Hantaran

Disuatu petang....

Anak : Mak, ayah.. adik nak tunang bila??

Mak : Aritu dia kata bulan depan nak pergi merisik. raya nanti bertunang. dekat je kan. boleh la pergi 2 kali

Ayah : kamu bile pulak?

Anak : insyaallah. yakin pada Allh. adalah nanti. Agak2 mahal tak ek hantaran adik nnt kesian dia kene kumpul duit.. huhu

Ayah : alah keje kat farmasi je. x kan die nak letak mahal2. lain la  mcm kamu ni. ada master. paling kurang ayah letak 10 ribu.memang standard harga sekarang la tu.

Anak : paling kurang?

Mak : ish awak ni. orang nak jadi anak kita. tak kan kita nak susahkan anak kita. seberapa dia mampu la.

Ayah : kalau dia bg 3 ribu ja. macam mana. ??

Mak : xpe kita terima jela buat doa selamat sudah. boleh jemput ramai orang. kalau nak mewah kita guna duit kita sendiri. jgn susahkan anak orang. insyaallah masa adik nanti Allah mudahkan anak kita juga. tak membebankan dia. insyaallah.

Anak : akak nak ckp sikit boleh..jgn marah ye ayah mak.Rasullullah mengajar kita ada 4 ciri utk pilih pasangan. tapi plg penting pilih la yg beragama. akak fhm mak ayah mesti tau bab ni. tapi mcm mne dgn pelaksanaanya. sekarang ni sgt susah utk cari org yg baik. mmg tak dinafikan. tapi bila akak dah jmpe org yang baik tu, akak hrp mak, ayah memudahkan urusan akak dan dia. tak membebankan. dan kita buat yang mana perlu. tinggalkan yg mana tak perlu. akak harap mak dan ayah faham dgn kehendak akak. Kalau dia kaya mcm mne pun tapi tak beragama tak gune jugak kan..

mak : mak sokong je.

ayah : ayah nak ada karoke boleh??

anak : boleh.tapi akak nak semunya lelaki. boleh ayah janji xde perempuan yg nyanyi..mesti tak kan.. so x perlu kot..maaf ye ayah..

ayah : em..ikut la..

mak : tu la awk. lain kali jgn hantar anak belajar tinggi2.. dia dah belajar. bnyk la yg die x dttgr ckp kita. len kali jgn anta belajar tinggi2..keje kilang..hahahhaa


semua tertawa mendengar celoteh mak...hehehehe..

p/s : amat penting buat ibu bapa kita faham apa yang kita tahu. apq yang sepatutnya. berbincanglah dgn baik sypata tidak mengecilkan hati ibu bapa kita. terima kasih mak ayah kerana sangat memahami..


mas kahwin johor paling murah : rm 22.50. milik mutlak isteri.. encik suami..tambah sikit boleh?? :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...