Friday, January 18, 2013

Mulai saat ini...



Hari itu aku bekerja seperti biasa. Pakaian yang biasa. Dan tidak lupa aksesori yang wajib itu. Ya, memang tidak dinafikan, setiap kali aku memakainya. pasti akan ku ingat pada dia. Dia yang memberi. Walaupun aku tahu aku sudah tidak bersedih hati lagi, tapi jauh disudut hati, aku sangat sayang barang itu. Walaupun ianya kecil dan tidaklah mahal mana, tapi aku sangat menghargainya. Salah satu sebab mengapa aku tidak membuangnya kerana aku tidak boleh menipu diri aku sendiri. Aku masih teringat tentang dia. Dia yang memberi.

Namun, hari itu, sesuatu yang berada diluar jangkaan berlaku. Seperti biasa, setiap kali untuk menunaikan solat, aku perlu membuka aksesori itu. Perkara wajib perlu dilakukan. Membasuh pergelangan tangan, berkumur, membasuh hidung, membasuh muka beserta niat, dan seterusnya beberapa anggota badan yang perlu sehingga yang terakhir..kaki.. Aku kembali memakai tudung dan mencapai barang aku letak di kawasan yang lebih tinggi. Tanpa aku sedar, barang itu terlepas daripada tangan aku. Pecah. Tercabut. Aku tergamam.

Aku kutip semua serpihan. Simpan di dalam beg. Terus menunaikan solat, mengikuti jemaah yang sedia ada. Usai solat, aku kembali melihat barang itu. Memang tidak mampu untuk dibetulkan lagi. Namun, alhamdulillah, aku tidak bersedih. Dalam hatiku terdetik, mungkin Allah menegurku. Mulai saat ini, tiada lagi kenangan dia. Lupakan semuanya. Aku tersenyum sendiri. Tak perlu bersedih. Allah ada. Alhamdulillah.

Mungkin jika ia tidak rosak, aku akan terus memakainya.
Mungkin jika ia tidak rosak, aku masih terkenang pada dia.
Mungkin jika ia tidak rosak, aku tidak bergantung pada Allah sepenuh hatiku..

Ya Allah. Terima kasih. Ampunkan hambamu yang selalu terleka, terlupa dan lalai..

InsyaAllah, mulai saat ini..

bukan aku seorang..bersyukurlah hartiny...
p/s : Menghitung hari. Sepmoga Allah mudahkan. Urusan Saya dan Awak. InsyaAllah. ini yang terbaik. Allah redha. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...