Thursday, April 26, 2012

Mencik!

 ENTRI 1 :

"Hye wat pe tu?"

Dari tengah tersenyum boleh terus termasam mencuka
Dari gelak ketawa boleh berkerut seribu
Dari mood buat kerja terus jadi mood tidur

Ok. Aku TAK SUKA!



ENTRI 2 :

Setiap kali diganggu. Aku masih ingat akan peristiwa itu. Walaupun tak seteruk mana, tapi ia tetap berkesan dalam hati. Sungguh!

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, banyak kes rogol yang berlaku. Selalu kalau kat rumah, walaupun nak pergi kedai beli ABC kat kedai Cik Coman yang jauhnya seminit kalau naik motor pun adik dengan paksa rela kena teman. Kalau tak mesti kena dengar emak pot pet sampai dia nak teman, ataupun tak boleh keluar. Apatah lagi nak pergi bersuka ria di bandar yang tak berapa bandar tu. BAk kata orang putih, prevention is better than cure. Tapi rasenye kalau bab ni memang tak boleh cure dah.

sumber : incik google

Jumpa sesuatu yang ingin dikongsi :

Cara untuk mengelakkan diri daripada diganggu/dirogol (secara fizikal) : 
  • Gunakan laluan yang digunakan oleh ramai orang. Elakkan dari berjalan di tempat sunyi
  • Jangan berpakaian seksi/ menjolok mata. Berpakailah mengikut syariat. memang wajib kan.
  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar atau bermakan minum dengan orang yang baru/ tidak dikenali
  • Jangan biasakan diri balik lewat malam
  • Biasakan diri berjalan di dalam kumpulan
  • Jerit sekuat hati jika diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali
  • lapor kepada polis dengan segera jika diganggu
Senjata umat Islam adalah berdoa. Cara untuk mengelak diri daripada diganggu (secara rohani) :


Maksdudnya : Ya Allah sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMU dan RasulMU, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan zalim. 

Wallahualam. 


p/s : Hadi bagi kad kawin sorang satu. Jadi WAJIB pegi weeding dia. Dia kata dia nak hadiah tv. Kene korek tabung gi beli hadiah dia. Jom p Key Ell!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...