Wednesday, April 25, 2012

Do Re Mi

Assalamualaikum.

3 April 1989.
Hari ini anak yang sulung dilahirkan. Jauh dari semenanjung Malaysia. Di rumah sewa, rumah panjang kaum Iban, Sarawak. Do.

4 Julai 1989.
Lahir adik kepada Do, Re. Bermata bulat tetapi kuat nangis. Dari kecil, lebih sihat dan tinggi daripada kakaknya.

6 Ogos 1989
Mi. Anak ketiga. Paling cantik. Gebu kulitnya. Kalah Siti Nur Haliza. Mewarisi kecantikan ibu kandungnya ketika muda.

1997
Dari kecil, mereka pantang berjumpa. Ada sahaja colehnya. Ada sahaja cerita baru yang ingin dikongsikan. Ada sahaja baju dan buku baru yang ingin dikongsi bersama. Kalau makan, perlu dikongsi. tak mahu makan guna pinggan, makan guna dulang, betiga. Seronok rasanya bila dapat suap sama-sama.

Kalau ada waktu cuti sekolah yang panjang, adalah perkara yang wajib untuk tinggal dirumah antara tiga. Tak boleh berdua, mesti bertiga. Teringat suatu hari, haritu Do dan Re bertandang ke rumah Mi. Sejak dari awal, Do sudah memberitahu ibunya akan tinggal di rumah Mi beberapa hari. Re tidak tahu akan itu. Yela dulu tiada khidmat pesanan ringkas lagi. Telefon rumah juga tiada. Setelah ahli keluarga lain bersiap untuk pulang, Re berkeras untuk tinggal bersama Do dan Mi. Tetapi orang tua Re berkeras tidak memberikan keizinan dengan alasan tidak menyediakan sebarang persiapan. Re menangis dipaksa pulang. Do dan Mi tidak mampu berkata apa. takut dimarah oleh orang tua. Selang puluhan minit, kelihatan kenderaan yang dipandu ayah Re kembali. Menghantar Re untuk bersama Do dan Mi. Katanya tidak tahan melihat tangisan Re yang tersedu sedan itu. Mereka bahagia berkumpul bertiga. Bukan berdua.

Do Re dan Mi mempunyai trademark tersendiri. Iaitu cara mereka bersalam. Ala-ala gaya Kuch Kuch Ho TA hai gitu. Setiap kali memulakan pertemuaan salam itu adalah wajib bagi mereka bertiga. Bila bersalaman, pasti ada mata yang melihat, tersenyum melihat telatah mereka.

25 April 2012
Tapi itu dulu, Ketika Do Re dan Mi masih kecil, masih di alam persekolahan. selepas SPM, Do membawa haluan ke Tangkak, Re membawa diri ke Perlis dan Mi masih kekal di dalam rumah kerana tidak dibenarkan oleh orang tuanya. Mi akur dan bekerja.

Hari semakin berlalu, masing-masing mempunyai komitmen sendiri. Sukar untuk bertemu antara satu sama lain. Kadang-kadang hanya berjumpa setahu sekali. Hari Raya. itupun Bukan seharian. Beberapa minit sahaja. Bila berjumpa, sudah tidak ada lagi cerita untuk dikongsikan. Kadang-kadang janggal. Tapi trademark mereka masih kekal. Kekal sehingga ke hari ini.


gambar terakhir bertiga

hari bahagia mu


rindu nak berceloteh dengan kalian...sungguh!!


p/s:next weeding 1-2 jun 2012. Insyaallah. Pengapit tak bergaji lagi~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...