Tuesday, January 8, 2013

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati.

Assalamualaikum.

Hari nak share sedikit pasal kesihatan. Sebagai wanita yang yang sangat concern pasal kesihatan, seriously bila baca apa-apa artikel pasal kesihatan akan membuatkan aku sangat teruja, and sangat excited untuk tahu.   Jadi nak share sedikit pasal info nak kat kalian.

Menurut WHO (World Health Organization) kanser serviks / kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua yang kerap berlaku selepas kanser payudara.

ini sumber dari encik google :


Kanser servik merupakan kanser yang boleh dicegah dan kunci kepada pencegahannya adalah melalui ujian saringan pap smear. Di negara-negara maju, kanser ini sangat jarang berlaku disebabkan oleh kesedaran dan langkah pencegahan yang diamalkan tetapi di negara kita kejadian dan kematian disebabkan oleh kanser ini adalah masih tinggi.

Punca terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ). Kajian menunjukkan 99.7% daripada kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV ini. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV dan ianya boleh dibahagikan kepada virus HPV berisiko rendah yang menyebabkan kutil atau wart dan virus HPV berisiko tinggi yang berkait rapat dengan prakanser dan kanser. Virus ini berkeupayaan untuk memasuki sel permukaan servik dan melepaskan DNA mereka untuk bercantum dengan DNA sel permukaan servik dan seterusnya terjadi pembiakan sel-sel di luar kawalan. Bagi kebanyakan wanita (lebih kurang 80%) yang sihat dan normal serta mengamalkan seks yang baik (tidak berbilang pasangan), mereka dapat menghapuskan jangkitan HPV ini dan bebas daripada mendapat prakanser dan kanser.

Seandainya jangkitan virus ini dapat dicegah, sudah tentu ini dapat mencegah dari terjadinya kanser dan prakanser. Sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh ‘Federation of Drug Administration’ ( FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia. Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun. Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut. Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks. Sebaik-baiknya vaksin ini diberikan ketika mereka berada pada peringkat awal remaja.
Namun, perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear MASIH perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.

Dr Murizah Mohd Zain
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah

Ha. So camne?? Ada tak kesedaran nak ambil vaksin?? Sebenarnya untuk kakak2 yang belum berkahwin macam saya  ni perlu la ambil inisiatif pergi sendiri klinik swasta untuk mendapatkan vaksin. Memang agak MAHAL (lebih kurang rm 180 satu suntikan + rm 30 untuk konsultasi doktor so total dalam rm 210 sekali suntikan). tapi mencegah lebih baik dari mengubati kan?? Tapi untuk adik2 sekolah menegah tingkatan satu anda patut berbangga sebab kerajaan memberi inisiatif untuk beri suntikan percuma. 

Suntikan ni adalah tiga kali dalam masa 6 bulan. 

pamplet untuk adik sekolah~

Dan ada terbaca blog kakak sorg ni..ngeri kot..kakak ni dah berkahwin..dan dia kata lepas kahwin 3 tahun macam tu kene pergi buat ujian pap smear. sebab virus hpv ni berjangkit selalunya disebabkan hubungan suami isteri. Tapi TAK MUSTAHIL jugak untuk berlaku walaupun tidak melakukan seks. Ok. Takut. Series. Banyak je info yang di baca tapi tak muat nak sumbat semua kat sini. so korang rajin2 la tanya encik google. Supaya ada keinsafan untuk pergi ambil suntikan dan buat pemeriksaan pap smear. Kepada yang nak berkahwin tu jangan lupa 6 bulan sebelum nak kahwin dah start pergi ambil suntikan ini. So sila simpan duit untuk vaksin skali, bukan simpan duit untuk walimah ala mak datin jer!!

Selamat menjaga kesihatan!! rajin2 lah membaca buku2 tentang kesihatan dan pemakanan..

P/s :  Ubat yang paling mujarab ialah berdoa kepada Allah s.w.t. Tapi Usaha kita sebagai manusia perlu ada. Bukan ubat yang menyembuhkan penyakit kita. Tapi semuanya berlaku atas keizinan Allah. Ingat tu kawan-kawan!!

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبِأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَفَمًا

“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, yang menghilangkan segala petaka, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada yang bisa menyembuhkan kecuali Engkau, sebuah kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Al-Bukhari).

Tengok link doa2 Rasullullah di sini

Suka pergi Klinik Siti Fatimah kat Taman Universiti. Doktor dia perempuan dan sanngggaaaaaattttt baik. Jemputlah datang klinik beliau..


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...