Saturday, May 5, 2012

Bacalah Wahai Adik-adik - PART 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari seumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."  (Surah Al-'Alaq:1-5)

"Assalamualaikum, assalamualaikum!" Kedengaran suara anak kecil yang amat aku kenali. Dalam keadaan yang masih bertelekung usai solat Maghrib secara berjemaah bersama ibu, laju ibu bersuara, sebelum sempat aku bertanya. 

"Adik-adik nak mengaji tu. Akak ajar ye. Ibu tak pandai sangat. Ada orang yang lebih layak untuk ajar adik-adik tu". Kening sedikit terangkat. Sejak bila ibu mengajar orang mengaji? Kenapa aku? Ramai ke yang perlu diajar nanti? Mereka baca apa, al-quran atau muqaddam? Berpusu-pusu soalan menerjah kedalam fikiran aku. Tapi semua itu harus kupendam dulu. Tunggu selesai semuanya, akan aku ajukan beribu-ribu soalan pada ibu. Aku menggangguk, akur akan suruhan ibu itu. Ibu pantas bangun, membuka pintu untuk adik-adik itu.

"Harini mengaji dengan kakak ye" ujar Ibu. Adik-adik itu hanya tersenyum melihatku. Ku lihat wajah seorang demi seorang. Kesemuanya 3 orang. Lelaki. Mereka adik-beradik. Yang kecil, 6 tahun giginya rongak, tersengeh melihatku. Abangnya, darjah 6, memandang tanpa perasaan. Yang sulung, Tingkatan lima. Hanya tunduk. Mungkin malu denganku.

Aku dan tiga adik itu seperti sudah paham. Kami berempat membentuk sebuah bulatan. Setelah semua persediaan seperti muqaddam rehal dan kayu penunjuk lengkap, aku menyuruh mereka memulakan pengajian dengan bacaan doa.

Ake tersenyum sendirian. Sudah lama benar tidak mendengar suara anak kecil berlagu begini. kali terakhir ketika berada di rumah mak usu. Kalu ada pun si comot Yana yang hanya tahu membaca bismillah dan selebihnya terpaksa disambung  sendiri olehku dan di 'miming' oleh yana. Tapi versi lain sedikit kerana diganggu intonasi suara yang agak garau dari pihak abang. :)

Disebabkan si abang kelihatan masih malu-malu dengan ku, aku mulakan dengan adik yang paling kecil.
" Dah sampai mana dah ngaji ni?"
" Dah an in un kak". owh tanwin, bisik hati kecil ku.
"Wah, tahniah, cuba baca akak nak dengar" 
Dengan penuh khusyuk menekan lidi penunjuk ke arah muqaddam, adik itu memulakan bacaan. Alhamdulillah, lancar cuma mungkin makhraj huruf yang perlu diperbetulkan sedikit. Mungkin juga ketiadaan gig menghalang adik itu menyebutnya dengan betul.

Berpindah pula pada adik yang tengah. Aku tidak berapa mengenali adik yang ini, kerana dia jarang berkunjung kerumah. Hanya namanya yang aku ingat. Muhammad Fazrin.
"Fazrin masih baca iqra' jugak?" tanyaku. Baru perasan dia juga membawa iqra' seperti adiknya. 
"Tapi dah jauh sikit dari die, kite dah iqra' 4" sambil menuding jari ke arah adiknya.
"Lagi hebat ni, cuba akak nak dengar" pujiku, supaya dia lagi terus bersemangat untuk meneruskan bacaannya. Allah. Panjang pendek bacaan entah ke mana Kadang-kadang huruf juga tersalah.

To be continued....


"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"


p/s : teringat impian dulu nak bukak tadika?masih ada harapankah? Bulatan baru sudah terbina. Alhamdulillah satu permulaan yang baik!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...