Thursday, May 3, 2012

Ku Temu Ku Duga

Bismillahirrahmanirrahim

Khamis, 3 Mei 2012, 6.15 pm

Satu nombor tidak dekenali menelefon nombor celcom. Termenung sebentar, tengok skrin telefon. Nombor telefon pejabat, dari KL atau Selangor ni, detik ku dalam hati. Biarlah, mungkin nombor sesat. Selang seminit, telefon berdering lagi. Rasa berat hati juga. dibiarkan sahaja. Tetapi pemanggil tidak berputus asa nampaknya, kembali mendail, tetapi ke no telefon yang lagi satu. Pelik. Macam mana dia ada nombor ini jugak. Mesti urgent ni. Dengan berat hati menekan punat hijau.

Cik Tini : Hello. (tak mau bagi salam sebab takut orang bukan islam)

Amoi : Hello. Miss Hartiny?

Cik Tini : (nasib bek betul orang cina). Yes. Can I help you? (terpaksa cakap omputeh jugak. kang x pasai2 die x paham pe yang di cakap.heh)

Amoi : I miss *** (x ingt nama dia apa) from Murphy Oil Corporation. Can you take a pen to write down something.

Cik Tini : Wait a minute. (blur sungguh. dalam hati apa dia nak ni, sambil teraba-raba mencari lokasi sebenar pen-pen dan seangkatan dengannya, lama jugak dalam 2 minit amoi ni tunggu). Ok I got a pen.


Amoi : You are invited to join our team. Can you attend the interview. Please take note that the interview will be at The Zone Hotel, Kuala Lumpur, first floor on 3 o'clock. You got it?

Cik Tini : Yes i got it. (tulis je apa dia cakap padahal tak sedar langsung)


Amoi : Can you attend the interview?

Cik Tini : Yes! (dengan confident jawab. tapi sebenarnya x dengar dia cakap apa. lepas letak call tu baru sedar yang i've said YES! oh no!!!!)

Amoi : Dont forget to bring your resume and related certificates, miss Hartiny, thank you for your coorperation. See you next Wednesday.

tulisan buruk dikala mau cepat dan ketika sedang mamai. asal boleh je tulis kat kertas tu. 


Ya Allah. Series tak sedar. Sebab masa tu tengah pening-pening. Tertidur masa study Food Technology. Macam mana nih. Nak pergi ke tak nak pergi?? Nak drive sorang2 kah??mana la tau jalan kat KL tu, jalan dalam johor ni pun tak pas2 lagi. Lagipun hati sekarang lebih berat untuk sambung master, insyaAllah selepas ditarbiah oleh PA selepas setahun tak jumpa. Siap dah bagi tajuk n research proposal lagi. So how?? Dan secara jujurnya memang tak ingat langsung bila entah apply mintak kerja kat Murphy ni.

Penah dengar pasal MURPHY?? Klik sini.


p/s : Nur kata, untunglah. Mak kata rezeki Allah ada kat mana-mana. Mida kata xpe cari pengalaman. Sha kata nak tiru resume. Allah kata??


Doa ketika berada dalam keadaan sedih, bimbang dan keliru atau terlibat dalam kesulitan yang membimbangkan :


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ العَظِيْمُ الحَلِيْمُ


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ العَرْشِ الَعَظِيْمِ


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْض

وَرَبُّ العَرْشِ الكَرِِيْمِ

Maksudnya : "Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun.
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Arasy yang agung
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Langit dan Tuhan Arasy yang mulia:. 



Juga perbanyakkanlah menyebut zikir ini :

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ

Bacalah sekurang-kurangnya 3 kali. Setengah daripada para solehin menjadikan zikir ini sebagai wirid atau wazifah harian mereka iaitu dengan membacanya sebanyak 100 kali pada setiap hari dan masyhur pada setengah daripada mereka mengamalkan sebanyak 450 kali setiap hari secara istiqamah.

Wallahualam.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...