Saturday, May 19, 2012

Suami Soleh vs Sahabat Solehah


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. 




Kisah ini saya kongsikan bukan untuk menunjuk-nunjuk betapa baiknya diri saya. Anda yang mengenali diri saya di luar lebih tahu saya ini manusia yang bagaimana. Betapa rock, kasar dan gila-gilanya saya.

Cuma.

Kisah ini buat saya terfikir betapa pentingnya bergaul dengan orang-orang yang soleh dalam hidup kita.
Kerana kesolehan mereka bagaikan sumbangan cas untuk iman kita supaya terpengaruh baik seperti mereka juga. Walaupun kita buruk. Walaupun kita jahat. Walaupun kita tidaklah sebaik mana.


2012. 

Waktu itu, ada Program Qiamullail di universiti. Semasa duduk makan-makan dalam bulatan selepas waktu Subuh, kami bertaaruf sesama sendiri. Walaupun satu universiti, bukan semua orang kita tahu dan kenal.
Antara ramai-ramai akhawat, saya tertarik hati untuk beramah mesra dengan seseorang yang duduk berhadapan dengan saya. Orangnya murah dengan senyuman. Berwajah lembut. Seperti melihat Nur di wajahnya.

Saya: Akak tinggal di Kolej mana?
Dia: Saya duduk luar. Tidak tinggal di sini.
Saya: Jadi, datang dengan siapa?
Dia: Dengan suami.
Saya: Eh, sudah berkahwin ke?
Dia: Sudah. Baru juga. Rezeki murah. Sekarang sedang mengandung dua bulan anak yang pertama.
Saya: Alhamdulillah. Tahniah. Muda-muda sudah bernikah. 

Sejuk hati saya. Perasaan saya berbunga-bunga. Rasa teruja mengetahui ada pasangan suami isteri yang memanjangkan cinta mereka di rumah Allah. Sudut hati yang paling dalam. Ada rasa cemburu. Entahkan berpeluang atau tidak, saya ini dikejutkan suami untuk sama-sama bersolat malam di masjid.

Melihat dia yang lemah lembut, terdidik, dan bersopan-santun saya dapat membayangkan perwatakan suaminya bagaimana. Pastinya, seorang lelaki hebat. Jodoh yang Allah berikan untuk kita selalunya tidak lari jauh daripada sikap dan perangai kita juga.

Mereka berdua pastinya sekepala. Sama-sama cintakan Allah melebihi dinginnya malam bermalasan di katil. Kalau tidak masakan mereka suami isteri sanggup bersusah payah datang daripada luar melakukan Qiamullail di masjid ini.

This is sweet. Seriously, bertuahnya dia. Pada saat Tanah Melayu kekurangan lelaki-lelaki gagah,dia sudah ada seseorang yang membawanya jalan menuju rumah Allah.

Saat diulit cemburu, saya kembali teringat bagaimana kaki saya ini boleh terikat ke tempat ini. Saya kembali tersedar, saya juga bertuah. Masakan tidak. Kerana sejujurnya, saya bukan ahli tegar yang duduk solat di masjid sepenuh waktu. Tidak!

Di atas merupakan pengalaman pertama Subuh di masjid sepanjang saya bergelar sisiwi di universiti ini. Itupun selepas diajak oleh seorang kawan ataupun saya panggil dia seorang kakak yang solehah. Sudah saya katakan berulang kali, saya bukanlah seorang yang baik maksum. Saya juga pendosa. Banyak khilafnya. banyak maksiat yang saya lakukan. Namun, saya bersyukur kerana dikelilingi manusia-manusia baik yang selalu mengingatkan saya pada fitrah beragama dan kenal Pencipta.

Jikalau perempuan tadi mempunyai sorang suami soleh yang mempengaruhinya untuk pergi ke rumah Allah, saya tetap bersyukur sekurang-kurangnya Allah memberikan saya rezeki teman karib yang solehah yang selalu berusaha mengajak saya mendekati dan mencintai masjid.
Juga.

Seandainya iman saya turun, kosong dan lemah, Allah hantarkan dia untuk saya kembali ingat pada-Nya.
This is sweet tooAlhamdulillah, bertuahnya saya ada seorang sahabat macam dia. Pada saat Tanah Melayu kekurangan sahabat-sahabat yang sudi mengingatkan kita ketika alpa, saya sudah ada seseorang yang sudi menunjukkan saya jalan menuju rumah Allah.

Saya belajar satu perkara.
Kadang-kadang kita terlalu imaginastik mahu mencari seorang lelaki yang soleh untuk dibuat suami supaya hidup kita bahagia di dunia dan akhirat tetapi kita jarang sekali mengingatkan diri kita untuk berusaha mencari sekurang-kurangnya seorang kawan yang solehah supaya kita juga mendapat kebahagiaan yang sama.

Kadang-kadang kita selalu berangan-angan mahu ditemukan lelaki soleh supaya kita dapat berpimpin tangan menuju redha Allah bersama-sama padahal kita tidak berusaha mendampingkan diri mencari sahabat yang solehah yang boleh mengingatkan kita waktu solat, jom puasa sunat, ataupun mari baca Ma'thurat.
Bukankah sahabat yang baik juga adalah pembuka jalan untuk kita menjadi yang baik dan permulaan cerita untuk kita mendapat yang terbaik juga?
Bukankah seorang isteri yang baik pada masa hadapan bermula dengan menjadi sahabat yang baik juga pada masa sekarang?

Hmm. Jawab sambil melepaskan satu nafas panjang. Panjang dan berat.

Wasaalamualaikum w.b.t.

P/s : Terima kasih pada awak yang selalu menjadi idola saya. I'm copy paste what you say, what are you doing. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...