Tuesday, May 8, 2012

Perbandingan : Ana is Equal to Anta

Assalamualaikum.

Adakah anda sihat harini? Akal sihat? Hati sihat? Iman sihat? Alhamdulillah semoga semuanya baik-baik sahaja. :)

Harini nak berkongsi sedikit tentang perbandingan. Lumrah manusia, tek pernah puas dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang ni. Pekara paling simple sekali, Bila belajar di universiti ni, kita rasa, masa belajar kat matrik dulu la paling heaven, seronok, Tapi masa kat matrik dulu kita rasa zaman sekolah la seronok, buat kerja gila dengan kawan-kawan, dan sudah semetinya nanti bila kita kerja, pasti akan mendambakan zaman kita masa kat universiti. Kan kan.

Lagi satu penyakit hati manusia ialah suka membandingkan apa yang kita ada, dengan apa yang orang lain ada. Sebagai contoh, kita ada isteri yang cantik. Tapi bila ada isteri orang lain yang lebih cantik, pasti hati akan terdetik, kenapalah isteri aku tak secantik itu. Allah. Tu satu hal pasal isteri, jika ayah kita seorang yang kurang bertanggungjawab, pastinya kita akan membanding-bandingkan ayah kita dengan ayah kawan-kawan kita dan sudah tentu sudah secara tidak langsung kita akan membuka aib ayah kita dihadapan kawan-kawan kita. Tak sedar bukan.

Dan selalunya, jika melakukan perbandingan, pasti akan diakhiri dengan kekecewaan. Kita punya tak cantik, kita punya tak sempurna, kita punya tak berkualiti, macam-macam lagi. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan setiap yang kita punya itu pasti ada kelemahan kerana ianya adalah penciptaan. Bukan pencipta. Jadi orang lain punya yang kita rasa sangat indah berbunga-bunga itu juga pasti ada kelemahan yang tersendiri. Bersyukurlah!
Si merah dan Si hitam. Siapa kuat??

P/s : Saya perempuan yang ganas. Tak berapa nak ayu sangat lah..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...