Tuesday, May 8, 2012

Usah Ditanya Mengapa

Assalamualaikum,

Warkah khas ditujukan buat sahabatku yang aku kasihi. Semoga kamu sentiasa bahagia, gembira dan berada dalam reda Allah.


Sahabatku,
Di kala aku sedang mencari kekuatan, 
Jangan kau tanya di mana kisahku yang dulu
Jangan kau tanya memori ku yang dulu
Kerna aku tidak mampu
Menjawab soalan-soalan mu itu


Sahabatku,
Di kala aku sedang mencari kekuatan
Jangan pula kau kataku yang bukan-bukan
Sesungguhnya aku belum cukup kebal dengan ancaman lidahmu
Aku sedar aku ini tidak sempurna
Untuk menjadi sahabat kepadamu
Untuk menjadi sepertimu
Untuk menjadi seperti Srikandi-srikandi Islam
Aku sungguh jauh untuk itu



Sahabatku,
Di kala aku sedang mencari kekuatan
Jika ada sesuatu yang memusykilkan mu
Jangan kau tuduh dia lelaki yang jahat
Jangan kau tuduh dia lelaki yang tak bertanggungjawab
Bukan salah dia, Bukan salah dia


Sahabatku,
Sesungguhnya hanya aku, dia dan pencipta kami yang lebih mengetahui
Apa yang terjadi antara kami
Apa yang telah kami lalui
Berilah kami peluang untuk memperbaiki diri kami
Agar kami sentiasa di bawah redha pencipta kami


Salam sayang daripada sahabatmu,
Yang belum mampu untuk itu,
-abk-


"AKU MAAFKAN KAMU, TAK PERLU KITA BERTEMU CUKUP KAU TAHU"
Kerana bila kita bertemu, lebih besar fitnahnya nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...