Sunday, May 6, 2012

Bacalah Wahai Adik-adik-PART 2


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari seumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."  (Surah Al-'Alaq:1-5)


Kasihan Fazrin. aku tahu bukan salah dia sepenuhnya dia jadi begitu. Mungkin kurangnya perhatian daripada ibu bapa dan keperihatinan masyarakat sekarang yang semakin luntur terhadap pembelajaran Al-quran. Tapi alhamdulillah, Fazrin masih diberi kesempatan untuk belajar. Walaupun dengan guru yang tidak bertauliah seperti aku. Jujur, aku rasa tidak layak untuk itu. Tapi, hati sekadar terbuka untuk membantu.

"Fazrin rajin-rajin tau baca. nanti cepat dapat naik Al-quran, nanti boleh buat kenduri. Boleh duduk kat atas pelamin. kan best. Nanti boleh buat sama-sama dengan adik dengan abang. Untung tau kecik-kecik dah dapat naik pelamin, tak yah tunggu kawin. Akak dulu tak merasa pun"

Farhan, abang yang sulung. Hanya membisu dari tadi.
" Farhan, cuba baca" suruhku sambil melihat Iqra dihadapan.
" Akak, kita tak ingat Akak baca dulu boleh?" ujarnya pelahan.
" Okeh, ikut kakak baca ye"

Bila melihat adik-adik ini sendiri didepan mata. Inilah realiti sekarang. Teringat masa aku di Tingkatan 5, Ustaz Jawwad meminta tolong untuk buat kaji selidik tentang pengetahuan Al-quran terhadap para pelajar Tingkatan 1 yang baru mendaftar. Secara faktanya, lebih daripada 50% daridanya yang tidak pernah khatam Al-quran dan 10% yang langsung tidak tahu membaca Al-quran termasuk huruf jawi. MashaAllah. Ini baru tahun 2006. Macam mana bila 2014, 2015, 2020 nanti? Masa zaman anak-anakku nanti? Adakah Al-quran langsung tidak dikenali. Al-quran bakal disimpan dalam muzium sahaja. Astaghfirullah.

To be continued...

P/s : Idea yang datang mencurah-curah berkadar songsang dengan masa yang ada.

  • Buat sahabatku yang seorang itu, semoga kamu kuat. Jika kita diuji, itu maknanya kita adalah insan yang terpilih. Kalau nak jadi pelajar cemerlang kena lulus upsr, pmr,spm, kene masuk u. Sama jugak kita kalau nak jadi hamba yang cemerlang mesti kita kene tempuh banyak ujian. kalau tak kita jadi pengganggur je la. mana nak laku mintak keje kalau tak ada sijil. kan-kan :)
  • Buat sahabat yang seorang lagi, jangan kamu lari terlalu jauh, terlalu laju dan kamu hampir tersalah jalan. takut nanti bila kamu terjatuh tiada tangan yang akan menyambutmu. mungkin matlamat kita sama, cuma pendekatan kita berbeza. harap kamu tidak tersalah pilih. Tini sayang kamu. sungguh!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...